Monday, August 20, 2007

"Mum, can I open the merah sabun?".
Aduh.., bahasa Khadijah anak saya yang ke lima sudah tunggang langgang. Khadijah 6 tahun sudah Tahun 1 persekolahan di sini. Saya dan suami sudah di 'mum and dad'-kan oleh Khadijah. Dia lebih suka berbahasa Inggeris walaupun kami yang lain-lain semua berbahasa Melayu di rumah. Baru sahaja 6 bulan kami di sini.

Terutama Hasif, 3 tahun setengah/ nursery school di sini paling tidak suka Khadijah berbahasa Inggeris. Selalu saya mendengar Hasif memarahi Khadijah dengan bersungut :

"Kakak Ijah, boleh tak cakap macam biasa..".

Dan kemudian sekejap sahaja Khadijah kembali berbahasa Melayu tetapi, tidak lama..

Saya kagum dengan bangsa Pakistan di sini. Kami tinggal di kawasan Pakistan. Tinggal di sini memudahkan urusan terutama mencari barangan halal. Tetapi, sedikit leceh-lah apabila berada di England tetapi terasa berada di Pakistan.

Saya suka mengamati budaya mereka. Mereka masih kekal dengan pakaian kebangsaan mereka. Wanita Muslim masih kekal bertudung dan berpakaian menutup aurat. Perniagaan di sini dikuasai bangsa mereka. Daging halal lansung tiada masalah untuk dicari. Masjid di sini sahaja 4 buah. Agak-agak kalau orang kita akan adakah kemudahan seperti ini?

Paling seronok dilihat kalau terserempak anak-anak kecil sebesar anak-anak saya memegang handphone berlatarbelakang-kan muzik lagu-lagu Bollywood. Sesama sendiri berbahasa Pakistan. Begitu menghargai sekali mereka terhadap bangsa mereka. Hebat tamadun mereka. Hatta di negara kita paling mudah berselerakan kedai-kedai mamak di setiap ceruk negeri.

Agak-agaknya bagaimanakah bangsa kita?.....

11 comments:

epelijau said...

Salam Kak Zlaa..
sy rasa khadijah begitu sbb dia dlm lingkungan umur yang cepat belajar dan mengikut. My nieces pun gitu dulu, balik sini, their english sounded soooooooo english..hihihi...
jatidiri adalah perkara yang masih jauh utk dicapai bagi bangsa kita sbb 'org lain' sentiasa lebih baik...hebat ...etc....sy kat fakulti seberang jalan dr TMSK kak.. :)

MULAN said...

kids memang camtu kot.. cepat je catch up (yg elok takpe kan).. my kids ni, bila balik msia pulak, sedaya upaya nak cakap bahasa. baku habis gitu tapi ok la, they tried..

k-riey said...

Salam kak.
Lame tak jenguk sini.
saya pun sayangkan bahasa melayu.
macam kak, saya pun kagum dengan orang pakistan macam tadi tu.
orang perancis pun bagus dalam memartabatkan bahasa ni.

ADIEJIN said...

yeah yeah.. lived in Barking and East Ham for a couple of years.. macam duduk kat pakistan.

"1 chicken please " says me.
"rooster ? skin off ? " says the paki butcher..
"never mind. I want chicken" says me again.
"rooster ? " says the butcher again.
" no no, give me normal chicken"

ahhahaha..adei that was my first trip to the butcher at East Ham back in the early 80s

epelijau said...

Hahaha...i remembered first time nak gi beli ayam kat portobello market. The adik2 taught me...akak bgtau..nak beli
'baby chicken skin off 10 pounds of weight' tau...
sampai skrg takkan lupa ayat tuh...

Kak Elle said...

zlaa yes I find that their custom never die its us the malays kebanyakan yg terikut2 dek western life sometimes.I've seen a few with my own 2 eyes and my gosh!! actually we should be proud and show our identity to others.

As for children its normal they follow what others do:)

MAMAMIA said...

Throughout my stay kat sana, sewa rumah dari kaum ni aje. They all ni macam Chinese kan, campak kat mana pun, boleh siap ada their own town. Nasib baik ada dia org, kalau tak susah Msians nak makan ayam halal.

Tapi ada jugak, yg dah terwesternised...

loveujordan said...

kanak-kanak cepat dapat adapt dengan sekeliling...elok memang elok, biar dia dapat fasih pelbagai bahasa...

tentang pakistan tu , memang dah adat diaorang kot, bahasa ibunda jarang ditinggalkan walau di mana.

Umi said...

My friend's nephew has been watching channel 63 astro since he was young and now he is 6. He speaks English with the american slang. Orang ingat dia ni mix parentage, padahal mak bapak melayu jati.

ZLAA said...

epelijau,

Kat fakulti seberang? Oooo..saya pernah mengajar jugak di fakulti tu. Untuk student pengajian media dan polisi. Student outcampus. Best jugak.

mulan,

Ya, budak-budak mudah ikut. I harap depa boleh speak English well tapi jangan-lah tunggang langgang letak ayat.

k-riey,

Bangsa Pakistan rasanya bab maintain their identiti tu yang kagum. Bab lain tu tak berapa kot. How is your holiday kat Malaysia? Bila nak balik France?

Adiejin,

You bet, I la ni pun rasa tinggal kat Pakistan je. Tapi, thinking of senang nak pergi kedai untuk barang-barang dapur, area orang Islam okay-lah. Kadang-kadang sabtu baru jalan-jalan kat small English town nearby. Ha..masa tu baru rasa kat England. Best je..

Epelijau,

Sampai sekarang kena cakap pound weight atau pound money. kalau tersilap tu byk bezanya..

Kak Elle,

Betul, kita melayu cepat give in. Kalau cakap dengan Chinese, dialek kita bertukar, cakap dengan India, dialek bertukar, cakap with Indonesian, dialek pun tukar dialek Indonesia. Namanya pun Me-layu..

mamamia,

Ya-lah, nasib baik-lah ada kaum ini di sini. Kalau tak, susah jugak nak cari barangan halal. Sewa rumah memang mostly dia orang kuasai.

loveujordan,

Betul, kanak-kanak cepat mengikut. Kalau ikut yang baik, okay-lah tapi risau takut terikut budaya yang tak elok.

umi,

Anak kawan I pun camtu. Dari Astro cartoon channel tu belajar bahasa Inggeris. I suka jugak anak I pandai berbahasa Inggeris tapi, jangan sampai bahasa sendiri tunggang langgan.

©Opah De said...

Salam Zlaa...
Memang, Paki berbangga dengan adat budaya dia orang. Lagi satu, dia orang suka bertandang tidak kira waktu; sampai tengah malam pun dia orang datang dan buat rumah kita macam rumah dia orang... setelah kita kata, make yourself at home! Berhati-hati... sebab they thought literally... ekekekeeke.
Dulu, OD kerja shift, jadi, tengahari kena tidur. Ada orang ketuk pintu. Tak cukup dengan itu, dia orang ting tong ting tong sampai kita buka pintu. Bila kita beritahu, kita kerja shift, kawan tu kata, you tidurlah. I nak pinjam tv you kejap. Hubby I tengok kriket... sabar sabar... camana nak tidur bila ada tetamu kat dalam rumah? Sudahnya, terpaksa berkeras dan mereka tarik mukalah sampai sekarang... ekekekeke. Nasiblah... nak buat macamana.