Monday, August 27, 2007

Shopping di Bulwell

anak sungai kecil di tengah bandar


Minggu ini Isnin adalah cuti umum, bank holiday di sini. Mulanya kami bercadang membawa anak-anak ke Theme Park di Matlock. Sabtu pagi kami ke pekan kecil Bulwell membeli uniform sekolah anak-anak. Uniformnya simple sahaja, t.shirt kuning, jumper hitam dan seluar panjang hitam, bercop sekolah. Separuh hari kami di Bulwell dan apabila balik letih benar dan kami memilih untuk lepak sahaja di rumah. Rancangan ke Theme Park ditunda. Telahan seorang sahabat di sini masuk hospital dan anaknya ditinggalkan di rumah kami.

menuju ke morning market

Bulwell, pekan kecil mempunyai anak sungai di tengah bandar. Sabtu pagi selalunya di adakan morning market. Antara barangan dijual adalah bunga-bunga segar, baju, daging dan macam-macam lagi. Bangsa asing yang kelihatan hanya kami sahaja. Terasa sebentar berada di England.

van menjual daging


selamba anak-anak Mat Salleh menimba ikan di anak sungai

Qutub dengan kereta idaman

Khadijah with favourite red car

4 comments:

musaFir said...

salam kak zlaa,
mak mertua saya (wan kamariah) kirim salm kat akak. dia kata anak akak yang paling dia ingat ialah 'Qutub' :), dia pernah belajar kat pusat didikan huda ye??
-najah-
http://raiyanz.blogspot.com

ZLAA said...

Raiyanz,

Waalaikumussalam wbt. Salam kembali pada Kak Wan. Ya, Anak-anak akak 4 orang pernah belajar kat Tadika Huda. Guru-guru lama masih ada lagi ke kat situ? Kalau Cikgu Maklong ada, kirim salam rindu padanya.

Nur said...

Salam Kak Zlaa

Cantik sungai kat situ tak macam sungai2 kat sini kotor. Saya selalu contact raiyanz tu untuk simpan buku-buku tapi sampai la tak dan2 nak pi jumpa dia dan ambil buku2 tu.

ZLAA said...

nur,

Cantik sungai di sini. Bersih dan jernih airnya macam di kawasan perkelahan air terjun tempat kita. Tu di tengah pekan.

Apa yang busy sangat sampai tak dan2 pi ambil buku? Busy selalu.