Friday, August 03, 2007

Supervisor


Petang ni kepala sedikit pening, mata mengantuk lalu cepat-cepat ke coffee corner di ofis membancuh nescafe + susu pekat carnation, dicicah sekeping biskut empat segi/cream crackers jenama Jacobs. Mudahan lesu ini berkurangan.

Pagi ini mendapat e-mail sekali lagi dari supervisor kesayangan, another meeting:

Baru saja berjumpa 2 hari lepas, minggu lepas dan ingin berjumpa lagi minggu hadapan.

Hi All
Can I arrange the following meetings:

zaa: Fri 10th Aug at 12:00 (results from TSP experiments?? :-))

Urgh.. baru sahaja saya di sini 6 bulan, sudah diminta result experimen. Sebenarnya saya sudah submit resultnya minggu lepas, minggu hadapan yang dimintanya adalah comparison result dengan lain-lain dataset yang lebih besar. Pencarian dataset sahaja memakan masa sehingga saya buntu kerana ada dataset yang sudah tidak wujud. Akhirnya saya gagahkan diri berjumpa dengan supervisor untuk memberitahu masalah ini. Sebenarnya seboleh mungkin saya tidak mahu mengadu masalah-masalah remeh padanya. Akhirnya, memang sah dataset tersebut sudah diupdate tetapi dia masih mahu saya mencari dataset lama. Solutionnya saya perlu mencari satu paper ditulis di tahun 1969. Mesti mencari sehingga berjumpa hatta jika perlu membuat inter-library loan sekali pun. Penting bagi memastikan algoritma saya berjalan seperti sepatutnya.

Buat supervisor saya, tiada istilah masih membaca. Yang penting perlaksanaan dan dia hanya mahu melihat result. Aduh.. pening kepala saya.

Tetapi, saya bersyukur dapat belajar di sini walaupun kebiasaan tamat PhD di sini adalah mengambil masa 4 – 5 tahun. Research groupnya mantap. Jabatan kami sahaja lebih 50 pelajar PhD. Setiap minggu kami berseminar. Sebulan sekali kami bermesyuarat. Jika ingin bercuti/ membuat kerja di rumah pun perlu memohon kebenaran.

6 comments:

hnbi said...

Tak pa la...1969 aku kena cari yang 1905 punya...Nasib baik library di sini sangat membantu. nak cari asal-usul species aku tu siapa yang jumpa dulu. Bukan main susahnya. Sama-sama le kita merasai kesusahannya......Apa nak buat sendiri yang cari

cat said...

Kak Zlaa.. semoga tabah dan berjuang untuk mendapat apa yang dihajati, hanya doa dari kami disini semoga kak zlaa berjaya.

Nur said...

Kak Zlaa.. semoga tabah dan berjuang untuk mendapat apa yang dihajati, hanya doa dari kami disini semoga kak zlaa berjaya.

MAMAMIA said...

Biskut Jacobs cecah Nescafe, itu I punya morning booster.

Enjoy your research....

ZLAA said...

hnbi,

1905, macammana nak jumpa tu?

nur,

Terima kasih atas doa.

mamamia,

Thanks. Itu my evening booster.

Dalilawati Zainal said...

Seronok juga baca blog u ni...Good luck in your PhD.