Thursday, September 27, 2007

Ramadhan

Aduh..rindu benar saya pada Pasar Ramadhan. Di sini manalah nak cari kecuali jika ada jemputan berbuka puasa. Rindu sungguh suasana Ramadhan di Malaysia.

Saya bersyukur dapat merasai suasana Ramadhan di banyak negeri. Antaranya Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Selangor. Banyak kenangan indah terutama pasar Ramadhan dan terawikh. Di setiap negeri pasti ada keistimewaan makanan yang menjadi pilihan saya. Seperti di Perlis, saya amat mengemari popia di Pasar Ramadhan Mata Air dan somtam (kerabu betik). Di Kg Baru, Kuala Lumpur, saya amat mengemari nasi ayam ditambah ayam goreng tepung dan acarnya. Sekali sekala bila kami turun ke situ, sudah tiada kelihatan makcik nasi ayam itu. Entah kemana pula bisnesnya.

Ramadhan di Pulau Pinang yang paling saya ingat di zaman sekolah berasrama ialah sambal ikan bilis 50 sen di dalam plastik kecil. Amat lazat ditambah dengan makanan asrama. Tidak banyak pilihan kecuali ketika outing di Penang Road. Aduh.. nostalgia sungguh.

Hmm... Ramadhan tidak lepas dari berbicara tentang makanan sedangkan ianya sepatutnya lebih dari itu. Sepatutnya Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Monday, September 24, 2007

Tetamu Ramadhan

Lelah saya lega sudah. Minggu lepas kami amat sibuk sekali. Menerima kehadiran 2 keluarga sebagai tetamu sementara berjumpa tempat penginapan baru. September bulan yang paling sibuk di sini. Sibuk dengan kehadiran warga baru di bumi UK juga sibuk dengan kepulangan warga lama kembali ke Malaysia.

Seminggu juga, kami sibuk menguruskan persediaan tetamu kami mencari rumah sewa dan keperluan asas. Pelbagai bentuk rumah, ragam tuan rumah atau landlord ditemui. Jika landlord orang putih, berapa bilangan anak merupakan soalan pertama yang ditanya. Jika landlord Pakistan, temujanji view rumah suka dilakukan waktu malam atau hujung minggu. Maklum saja-lah, siang taxi driver, malamnya landlord.

Rata-rata rumah 2-3 bilik lingkungan sewanya adalah di antara £350-£450. Fully furnished atau not fully furnished. Pelajar Malaysia menjadi pilihan utama terutama bagi landlord-landlord Pakistan. Manakan tidak, kita pembayar sewa paling taat, tidak memakai kasut di dalam rumah. Tetapi ada juga komplennya, jika rumah disediakan fully furnished dengan perabut, nescaya perabut tuan rumah samada diletakkan di luar atau ke dalam cellar (bilik bawah tanah). Maklum sahaja-lah masing-masing berhajat membawa balik perabut UK pulang ke Malaysia di samping sebiji Mercedez idaman hati.

Alhamdulillah hanya seminggu kami berjaya menguruskan tetamu-tetamu mendiami kediaman baru. Perjuangan saya kembali bermula. Membelek kembali kertas-kertas yang sudah lama saya tinggalkan. Urgh..perjalanan saya masih panjang....

Wednesday, September 12, 2007

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Di sini puasa bermula esok, Khamis, 13 hb September, 2007

Panggilan manja

Agaknya apakah panggilan anda untuk yang tersayang? Darling?, Honey? my dear?, love? mama, papa? atau sekadar panggilan nama sahaja?

Macam-macam panggilan ya yang dapat dipanggil untuk yang tersayang. Kalau orang dulu-dulu mungkin abang, sayang atau akhirnya pak hang, mak hang (orang utara lah)

Panggilan manja pada pasangan amat penting. Satu kaedah menunjukkan kasih sayang. Selalunya bagi orang melayu, yang dulu-dulu-lah panggilan kalau isteri kepada suami adalah 'abang', manakala suami kepada isteri mungkin memanggil nama atau sayang. Jarang sekali yang memanggil isterinya 'adik'.

Tapi, sekarang orang melayu semakin advance. Macam-macam panggilan yang boleh didengar untuk memanggil pasangan. Kalau isteri lebih tua dari suami takkan nak panggil abang atau nama sahaja maka mungkin 'yang' (from sayang) atau 'ling' (from darling) lebih sesuai.

Atau sekarang makin ramai yang memanggil suaminya 'bi'. Panggilan ini saya musykil sikit. Gamaknya 'bi' ni singkatan dari apa ya? Hubby atau Baby atau Abi? Kalau Hubby, kalau dimelayukan jadinya suami, so singkatannya akan menjadi 'mi'. Mungkin baby lebih sesuai. Wah..best jugak ya, suami menjadi baby...

Tetapi janganlah, apabila bergaduh 'bi' itu akan membawa maksud yang lain pula ya.. Cheers..

Saturday, September 01, 2007

5 things

I've been tagged by mamamia:
There go mamamia:

5 benda dalam beg - currently beg sekolah;

purse, a must. Tak bawa purse susah oooo...
pencil box - student lah kata kan
planner - nak jot down peristiwa penting macam bila nak jumpa supervisor, 'red flag' datang bila.. , etc...
my Nokia N70
kunci
nak masuk rumah, nak masuk bilik photostat and my office room.

5 benda dalam dompet
duit - mestilah at least 1.40 pound spare untuk tambang bas in case driver bas 'baru' tak tahu student card eligible untuk ganti tambang bas
student card - penting untuk tambang bas, sensor untuk entrance nak masuk school buiding
debit card - sama seperti ATM card kita di Malaysia
driving licence - walaupun tak drive di sini bawa juga sebab gambar kat licence tu gambar sebelum kawin, muda trang tang-tang gitu...


5 benda favourite dalam bilik istimewa
PC/laptop - mesti untuk study dan merapu..
TV - jarang buka sebab TV here boring.. especially waktu petang cerita koboi zaman dulu, cerita hitam putih lagi, tak canggih betul
kettle - buat penghilang dahaga
heater/kipas - heater waktu winter, kipas waktu summer. No air cond please, had enough of it here
katil/duvey - habuan bergolek, 60% of my time beradu di bawah duvey, sini sejuk....


5 perkara yang sedang dilakukan
menaip di PC
menunggu queue bathroom (1 bathroom, house member 8 orang)

planning - nak pergi car boot mana esok?
relax - baru lepas makan nasi beriani beli di Kyber Pass, sedap..nyum..nyum..
baru dapat task baru - iron baju & seluar husband, dia nak keluar.. - best kan dia orang? , main order je.

Till then...