Wednesday, September 12, 2007

Panggilan manja

Agaknya apakah panggilan anda untuk yang tersayang? Darling?, Honey? my dear?, love? mama, papa? atau sekadar panggilan nama sahaja?

Macam-macam panggilan ya yang dapat dipanggil untuk yang tersayang. Kalau orang dulu-dulu mungkin abang, sayang atau akhirnya pak hang, mak hang (orang utara lah)

Panggilan manja pada pasangan amat penting. Satu kaedah menunjukkan kasih sayang. Selalunya bagi orang melayu, yang dulu-dulu-lah panggilan kalau isteri kepada suami adalah 'abang', manakala suami kepada isteri mungkin memanggil nama atau sayang. Jarang sekali yang memanggil isterinya 'adik'.

Tapi, sekarang orang melayu semakin advance. Macam-macam panggilan yang boleh didengar untuk memanggil pasangan. Kalau isteri lebih tua dari suami takkan nak panggil abang atau nama sahaja maka mungkin 'yang' (from sayang) atau 'ling' (from darling) lebih sesuai.

Atau sekarang makin ramai yang memanggil suaminya 'bi'. Panggilan ini saya musykil sikit. Gamaknya 'bi' ni singkatan dari apa ya? Hubby atau Baby atau Abi? Kalau Hubby, kalau dimelayukan jadinya suami, so singkatannya akan menjadi 'mi'. Mungkin baby lebih sesuai. Wah..best jugak ya, suami menjadi baby...

Tetapi janganlah, apabila bergaduh 'bi' itu akan membawa maksud yang lain pula ya.. Cheers..

9 comments:

k-riey said...

salam.
ade gak isteri yang tua dari suami tapi panggil abang.
a kind of respect i think.

Kak Elle said...

zlaa untuk menghormat suami abang tu mmg sesuai:)
mmg skg zaman advance apa sahja yg kita panggil yg important kita kena lah hormat kat dia sebagai kepala keluarga.

mohdhaslanr said...

salam,
selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia dan selamat berpuasa. tentu seronok berpuasa di rantauan... teringat akak dulu, bulan puasa seronok sbb we all selalu berbuka puasa bergilir-gilir di rumah kawan2. selepas itu solat tarawikh bersama-sama.

hurm... mcm2 dah i panggil utk husband. 'Abang', 'sayang', 'darling'
..bila dah ada anak, kadang2 terikut-ikut anak..abah, tapi skrg anak2 panggil 'ummi' dan 'abi' , so terikut2 anak panggil 'abi'(bila depan anak yg kecik, sbb dia selalu confuse bila i panggil 'abang'.. dia tanya, "abi tu abang ummi ke??" ..).. tapi selalunya panggil 'abang' la

nurazzah8 said...

alamak zlaa, tak perasan pulak terhantar komen guna akaun 'abang' i

Umi said...

Zlaa and Nurazzah8,

Memang betul tu.. disebabkan anak panggilan abang dan sayang hilang.. yang tinggal panggilan ummi dan ayah.

Bila dah jauh pulak, dalam email,sms and call masih panggil sayang lagi..maklumlah rindu.. tapi bila balik cuti sayang dah hilang ummi dan ayah datang kembali..rasa kekok pulak nak bersayang2 depan anak2..mesti kena gelak..

farizah said...

aisey kak...

tak jaln le kalau saya panggil darling kat suami ku itu,geli geleman katanya..hehehhe..
cukuplah skadar kat nick name YM tu..hehe..
lgpun saya org kpg hehhe..kalau panggil yg manja giler2 tu,muntah lak org kpg dengar..muahhahah..

pada saya ABANG tu, dah kira manje dah, janji Tone ABANG tu kasi leleh skit..awwwww....

©Opah De said...

Salam Zlaa...
OD panggil anney Bby... singkatan daripada perkataan 'hubby'. Sebab itu OD tulis 'bby'. Anney pulak panggil OD 'hon'... kadang-kadang terlepas juga 'shayang' (ikut sebutan dia) dari mulut dia. Tengok keadaan jugalah. Kalau bergaduh, Bby hilang, hon terbang dan shayang melayang... ekekekeke... sihat?

Tengku said...

Dari belum kahwin sampai dah nak dapat cucu dah tak lama lagi nih, saya masih dan tetap panggil isteri saya Yang (sayang). Pernah ibu saya bersungut masa saya baru-baru kahwin dulu tentang paggilan kpd isteri saya tu katanya tak sesuai bila digunakan depan orangramai....bagi saya, ada.....ada aku kesah...?!

Anonymous said...

May I know anney tu panggilan manja juga ke?