Thursday, September 27, 2007

Ramadhan

Aduh..rindu benar saya pada Pasar Ramadhan. Di sini manalah nak cari kecuali jika ada jemputan berbuka puasa. Rindu sungguh suasana Ramadhan di Malaysia.

Saya bersyukur dapat merasai suasana Ramadhan di banyak negeri. Antaranya Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Selangor. Banyak kenangan indah terutama pasar Ramadhan dan terawikh. Di setiap negeri pasti ada keistimewaan makanan yang menjadi pilihan saya. Seperti di Perlis, saya amat mengemari popia di Pasar Ramadhan Mata Air dan somtam (kerabu betik). Di Kg Baru, Kuala Lumpur, saya amat mengemari nasi ayam ditambah ayam goreng tepung dan acarnya. Sekali sekala bila kami turun ke situ, sudah tiada kelihatan makcik nasi ayam itu. Entah kemana pula bisnesnya.

Ramadhan di Pulau Pinang yang paling saya ingat di zaman sekolah berasrama ialah sambal ikan bilis 50 sen di dalam plastik kecil. Amat lazat ditambah dengan makanan asrama. Tidak banyak pilihan kecuali ketika outing di Penang Road. Aduh.. nostalgia sungguh.

Hmm... Ramadhan tidak lepas dari berbicara tentang makanan sedangkan ianya sepatutnya lebih dari itu. Sepatutnya Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

11 comments:

Dalilawati Zainal said...

Wah, dapat rasa juadah berbuka di merata tempat tu...dah puas pasar ramadhan di Msia...pegi oversea pulak...tak pe...balik msia nnt boleh pegi pasar ramadhan puas2...
bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pandangan...

Nur said...

Salam Kak Zlaa
Syoknya dapat pengalaman di banyak negeri. Tapi tahun saya tak pi lagi pasar ramadhan mana-mana, x sempat. Ku Chik kena juga sambung, kalau setakat degree tak dak apa-apa la ni.
SELAMAT BERPUASA

Restless said...

Hi ZLAA, walaupun sudah lama membaca blog ini, this is my first time commenting.

Berpuasa di sekolah asrama pastinya lain dari di rumah. Dengan deringan loceng pada pukul 330 pagi mengejutkan pelajar-pelajar untuk sahur, ianya satu pengalaman yang unik. Pastinya tak dapat dilupakan!

musaFir said...

kak zlaa,salam ramadhan.bestnyer merasa sambut raya n ramadhan di oversea kan kak!
kak....saya dah jumpa sedara akak, kak nurashikin tu :)
-najah-

MULAN said...

sabar je la kan kita ni.. i miss pasar ramadhan too for years.. yes, 10 years dah..!!! sabr je la kalau tengok news or story2 pasal pasar ramadhan tu..

u masak apa hari ni. today i "buffet" leftovers, penuh satu meja. sayang nak buang, i force everyone to eat, modified sikit2, ok la.. alhamdulillah habis semua..!! clear fridge dah..

k-riey said...

salam.
tu la pasal, saye pun rindu suasana puasa ramadhan di Malaysia.
Mase last time puasa, raye taun 2005, xpernah terlintas atau terfikir yang saya tak akan dapat raye di Malaysia untuk setahun dua ni.
Insya Allah raye makin dekat ngan summer holidays, boleh la raye kat Malaysia.
tak pun buat industrial training(practical) di Malaysia la kalau nak raye.
hehehe.
selamat berpuasa untuk kak zlaa dan keluarga.

Ummi said...

Walaupun kat KL ni banyak pasar ramadhan tapi I elakkan pergi. Sebab I kuat shopping makanan. Nanti kan sampai sahur tergolek2 je kuih muih tak dimakan. Masa beli tak fikir.. yalah tengah laparkan..

ummufawwaz said...

aduss kak,meleleh air liur bila sebut psr ramadhan ni..thun lps tiap2 hari lps blik koje singgah psr rmdhn..ari2 wajib si fadil beli popia kt bazaar rmdhan stud uia buat..peberet tul popia ni..ini thun diperantauan,wat sndiri laaa...huhuuhu..


p/s..kek carrot???best ke?heheeh

~ iNa ~ said...

salam zlaa
this is my first time writing a comment on ur blog
kat UK ke? best apa puasa kat UK. memang takde pasar ramadhan, tp sesekali dpt merasa betapa simplenya ramadhan di perantauan..
buat PhD ke kat sama? Uk kat mana yek? Mana tau kot2 blh tlg carikan umah sewa kat sana nanti...hehehe

ZLAA said...

dalilawati,

Seronok berpuasa di banyak tempat. Tetapi, teringin sekali nak berpuasa di tanah suci.

nur,

He..he.. kami ni pi Pasar Ramadhan kerap jugak. Nak cari kuih muih atau puding.

restless,

Hello, selamat datang to my blog. Sebab tak banyak choice makanan di asrama kot yang buat semua makanan sedap saja. Where are you?

Musafir,

Salam ramadhan. Puasa di sini simple. Cuma agak busy kalau ada majlis berbuka

Mulan,

I pun pening dengan lauk pauk leftovers. Kalau recycle pun tak berapa laku jugak. Nak kena kreatif sikit ni.

k-riey,

Salam ramadhan to you too. Macammana puasa orang bujang? Masak sendiri atau masak ramai-ramai?

ummi,

Tu lah godaan Pasar Ramadhan. Spending money on food yang tak tahu nak makan atau tidak. Tapi, selalunya cuba kawal diri...

ummufawwaz,

Popia semalam best jugak. Tapi sikit sgt. Nanti buat banyak-banyak sikit. Tak puas makan budak-budak tu.

~ina~,

Betul, puasa di sini simple. Kami di Nottingham. No problem kalau nak tolong carikan rumah sewa. Plan nak pergi study mana?

KAMATO said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin