Monday, September 24, 2007

Tetamu Ramadhan

Lelah saya lega sudah. Minggu lepas kami amat sibuk sekali. Menerima kehadiran 2 keluarga sebagai tetamu sementara berjumpa tempat penginapan baru. September bulan yang paling sibuk di sini. Sibuk dengan kehadiran warga baru di bumi UK juga sibuk dengan kepulangan warga lama kembali ke Malaysia.

Seminggu juga, kami sibuk menguruskan persediaan tetamu kami mencari rumah sewa dan keperluan asas. Pelbagai bentuk rumah, ragam tuan rumah atau landlord ditemui. Jika landlord orang putih, berapa bilangan anak merupakan soalan pertama yang ditanya. Jika landlord Pakistan, temujanji view rumah suka dilakukan waktu malam atau hujung minggu. Maklum saja-lah, siang taxi driver, malamnya landlord.

Rata-rata rumah 2-3 bilik lingkungan sewanya adalah di antara £350-£450. Fully furnished atau not fully furnished. Pelajar Malaysia menjadi pilihan utama terutama bagi landlord-landlord Pakistan. Manakan tidak, kita pembayar sewa paling taat, tidak memakai kasut di dalam rumah. Tetapi ada juga komplennya, jika rumah disediakan fully furnished dengan perabut, nescaya perabut tuan rumah samada diletakkan di luar atau ke dalam cellar (bilik bawah tanah). Maklum sahaja-lah masing-masing berhajat membawa balik perabut UK pulang ke Malaysia di samping sebiji Mercedez idaman hati.

Alhamdulillah hanya seminggu kami berjaya menguruskan tetamu-tetamu mendiami kediaman baru. Perjuangan saya kembali bermula. Membelek kembali kertas-kertas yang sudah lama saya tinggalkan. Urgh..perjalanan saya masih panjang....

7 comments:

maklang said...

patut lama tak berupdet. Selamat belajar kembali.

Maklang takmau dah membaca untuk periksa. Membaca untuk suka2 nak laa....:)

Nur said...

Salam Kak Zlaa, oh..dapat kawan baru..apa-apa pun selamat berjuang dan semoga berjaya..saya ni?????. Insyallah next year, ku chik sambung master di usm.

nurazzah8 said...

zlaa, salam ramadhan, ada sesiapa dari ftmsk ke dtg sana? I nih pun asyik mengeluh aje..bila lah nak siap???? poning2

MAMAMIA said...

This N3 begitu nostalgia utk saya. Teringat zaman cari rumah dulu. 1st yr yang teruk sekali. Lepas tu, selalu by words of mouth aje.
Anak2 dah mula sekolah balik ke?

ADIEJIN said...

hehehe...landlord saya dulu bawak bas. Nombor 86 dari Ilford tu Stradford. kalau kebetulan terserempak naik bas dia, tak leh dapat naik free gak..

"show ur travel card pls. Your rent late again ?"

Dah paki tu paki jugak.

mki said...

Lady Zlaa,

Selamat belajar. Bukan senang nak dapat momentum belajar bila ada pause sekejap.

ZLAA said...

Maklang,

Terima kasih. Seronok juga belajar ni. Tapi ada sedikit susah..

nur,

Ku Chik nak sambung? Rajin dia no... Kami ni memang kena belajar kalau kerja mengajar.

nurazzah8,

Salam Ramadhan. Tak tahulah siapa lagi yang nak datang sini. Universiti lain berlunggoklah. Dari tempat kita tak ada seorang pun.. Kenapa ya?

mamamia,

Sini rumah senang gak nak cari tetapi jangan memilih-lah. kalau memilih, memang susah-lah.. Lagipun rumah di sini mana ada banyak choice. Lebih kurang sama saja.

Adiejin,

Betul cakap you. Kami ada juga usik2 Pakistan2 ni tentang komisyen sebab terlalu ramai yang mencari rumah sewa. Katanya komisyen haraam dalam Islam.

Prof Mki,

Memang susah nak dapatkan momentum balik bila pause sekejap. Ambil masa juga nak recall balik.