Wednesday, October 17, 2007

Hari Raya in UK

Sambutan Hari Raya di sini

Hari raya tahun ini agak mengejutkan. Jatuh pada hari Jumaat di mana semua orang expect it would be on Saturday. Semua orang kelam kabut. Bagi kami, lansung tidak membuat persiapan, sekurang-kurangnya untuk membeli barangan dapur. Di pihak suami lagilah kalut. Everybody in Nottingham (Melayu) is expecting to get some news bila nak raya from him. Panggilan bertalu-talu. Suami asyik menelefon MSD London untuk berita terkini memandangkan other Muslims in Nottingham will be celebrating Hari Raya keesokkannya. Telefon Sheffiled, Coventry semua raya Jumaat except Birmingham, Sabtu.

Hampir jam sembilan , akhirnya comfirm Jumaat adalah Hari Raya, begitu juga di Birm. Apa lagi kekalutan kami bermula. Takbir raya rumah ke rumah perlu dilakukan. Ramai yang pada mulanya menawarkan rumah unutk tempat takbir mula menarik diri kerana kurang persediaan. Akhirnya hampir jam 10 baru takbir rumah ke rumah bermula. Di dalam kurang persediaan akhirnya takbir rumah ke rumah berakhir selewat jam 3 pagi.


Jamuan di Hari Raya kedua

Raya Jumaat agak muram, tetapi pada Sabtunya kembali meriah kerana Melayu sudah mula beraya sakan. Rumah-rumah open house sesak hingga ada yang terpaksa beratur, diserbu pelajar undergraduate. Pada petangnya kami tersadai kekenyangan. Hasrat ke Coventry ke rumah sahabat yang berkenduri sembelih kambing terpaksa ditunda. Tidak sanggup melihat suami memandu di dalam mengantuk kekenyangan.

Berjalan ke rumah-rumah terbuka

Dari hari ke hari semakin ramai yang menawarkan jamuan rumah terbuka. Meriah sambutan di sini. Ya-lah, masing-masing terpaksa mengembirakan diri bagi melupakan suasana sedih Hari Raya berjauhan dari sanak saudara.

7 comments:

abu.mujahid said...

Assalamualaikum warahmatullah buat akak n family,

Salam aidilfitri dari kami sekeluarga.

ZLAA said...

abu.mujahid,

waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Aidilfitri untuk Akhifaizul sekeluarga juga. Dah balik Malaysia ya?

nazm said...

salam ZLAA

ok la tu...

ZLAA said...

nazm,

Eh..eh.. orang kat sana pun ada blog? macamana study?

nazm said...

salam kak Zalilah

sibuk sikit la ni... maklum jer lah.. baru nak masuk dua bulan jagung hehheheh
mana dengan nak settle down lg...
pening gak...

ZLAA said...

nazm,

Hmm... memang pening. Sabar saja-lah.

abu.mujahid said...

alhamdulillah,

kami sekeluarga sudah kembali ke Malaysia.