Thursday, October 25, 2007

Lega..


Lega sungguh dah selesai perjumpaan dengan supervisor. Bertambah lega bila kerja yang selama ini dibuat berbulan-bulan sampai ke titik penamat. Akhirnya... tamat dengan 'not significantly different' dengan algoritma pencipta asal. Lega.. Maka, akan bermula-lah kerja-kerja sendiri yang perlu tersendiri.

Saya perlu menyiapkan satu penulisan dan framework. Penulisan mengenai apa yang saya buat selama ini dan framework kerja akan datang. Hmm.. saya ingat saya boleh lari dari 'pointers' in C++ tapi rupanya ianya akan menjadi 'makanan' saya selepas ini. Banyak yang perlu dibaca sebagai literature sebelum berjumpa dengan idea untuk framework.

Supervisor saya seorang Professor. Paling selalu ke luar negara. Minggu depan ke Cairo. Sebelum itu ke Malaysia, Hawaii, China, Canada etc.. Tetapi kami tidak pernah diabaikan. Sentiasa sahaja menerima 'surat cinta' darinya untuk berjumpa. Tidak keruan dibuatnya bila hampir waktu bertemu. Semuga saya dapat mencontohi kerja-kerjanya.

5 comments:

ADIEJIN said...

A'kum..Slamat Hari Raya diucapkan..semuga panjang umur murah rezeki..

MAMAMIA said...

Kurang arif dengan apa yang Zlaa lalui, tapi dengar cerita pun saya dah semput...

epelijau said...

Salam Kak Zlaa...
Epel slalunya kalau pas jumpa supervisor and discussion rasa mcm nak balik tido terus...letih...hihihi...epel doakan kak Zlaa dpt cari the framework u r looking for..doakan epel gak ek...

maklang said...

penatnya...asyik nak belajar aje...

maklang pun tengah belajar ni...belajar jahit ribbon embroidery...taklah tension sangat!

selamat belajar...

ZLAA said...

Adiejin,

Wah..lamanya bercuti.. Selamat Hari Raya.

mamamia,

Memang semput tapi nak buat macam mana, kena redah jugak.

epelijau,

Salam kembali. Uh..memang kalau dah habis jumpa supervisor, enjoy bukan main. Mau 2 hari juga enjoynya.

Mak Lang,

Ish.. kalau saya belajar menjahit lagi tension dari belajar yang ini. Pernah menagis dulu masa nak belajar guna mesin jahit. Tak reti. Menangis geram. Lama-lama give up sehingga ke hari ini. Tapi, suka sekali dengan cross stitch.