Tuesday, October 23, 2007

Open House


Hari Raya tahun ini memang sibuk. Sibuk dengan makan-makan dan ziarah. Meriah dan selalunya hujung minggu letih kekenyangan. Kami juga tidak lupa membuat sedikit jamuan Aidilfitri, sarapan pagi bagi melengkapkan pusingan rakan-rakan agar tidak perlu memasak untuk seharian.

Agak meriah open house kami. Menu simple sahaja, nasi lemak berlauk ayam goreng dan sambal, roti canai, meehun sup dan teh/nescafe tarik. Seorang sahabat menyediakan dadih dan pisang aroma (kulit popia membalut pisang).


Tiada foto mengambarkan suasana kerana kami tidak menang tangan melayan tetamu. Sedikit kesal kerana suasana agak kelam kabut. Nak buat macam mana, nak sediakan makanan panas-panas pada tetamu. Sepatutnya kami perlu lebih bersedia dengan perancangan agar layanan kepada tetamu lebih tersusun. Tidak mengapa, ini pengalaman pertama beraya di perantauan.

4 comments:

k-riey said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kak!
Bestnye raye. Kami sini pun not bad.
Orang bujang punye open house tak kurang hebatnye tau.hehe.
Isnin depan kami student Malaysia kat La Rochelle host sambutan raya France.
Macam mane la kami cume 11 orang nak prepare makan untuk 100 org lebih.
Buat roti jala untuk 11 orang pn dah smalaman.hahaha
What an experience it is going to be i think!
wish us all the best. Insya Allah.

MULAN said...

wallaa sis..!! meriah nya raya..!!! seronok tengok.. selamat beraya lagi.. maaf zahir batin lagi ya..

Ummi said...

Bestnyer raya!!

Perut mesti terkejut tu tiba2 makan banyak..

ZLAA said...

k-riey,

Wah..orang bujang pun buat open house!! Masak apa untuk sambutan raya tu? Tapi bila di perantauan ni memang kita akan boleh pandai memasak.

mulan,

Selamat hari raya. So, it's going to be your last raya in Vietnam-lah kan? Sedih tak?

ummi,

Ya, memang perut terkejut. Ada yang sakit2 perut, cirit birit dan muntah. Terkejut!!