Friday, October 05, 2007


Sebagai pelajar tahun pertama kami perlu menghadiri 'Presentation Skills' yang diaturkan oleh Graduate School. Seharian semalam menghadiri kursus tersebut. Harapan memang tinggi untuk lebih pandai dalam skill present-present ini. Hampir 15 orang semuanya dari Research group kami.

Selepas lebih kurang sejam kata-kata aluan dari pengerusi majlis, kami diserahkan kepada fasilitator/demontrator yang kononnya merupakan antara presenter paling bagus di Universiti ini. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan mendapat seorang demonstrator perempuan.

Alahai, demontrator Inggeris kami dari segi luarannya sudah cukup hebat presentationnya. Rupa dan fizikalnya sebijik pelakun Malaysia yang 'se_ _ i' Sharifah Sofia. Pakaiannya benar-benar menonjolkan 'kewanitaannya'. Dengan t-shirt hitam melekat di tubuh seketat-ketatnya, skirt pendek hijau gelap kembang dan setokin hitam panjang . Naik gerun melihat. Bila bercakap, lengguk manja ala pendebat. Ooo... macam ni rupanya a good presenter. 2 peserta lelaki British agak lewat umur (50-an) sangat excited dan galak bertanyakan soalan-soalan.

Rupanya sepanjang kursus, kami yang perlu membuat presentation dan perlu diasak dengan pertanyaan dari peserta lain. Semua soalan berkaitan bahan yang dibentangkan. Kursus apa ni? Ingat kan kami akan mendapat tips-tips berguna untuk menghasilkan pembentangan yang lebih berkesan. Bosan betul.

Masa dihabiskan begitu sahaja dengan mendengar dan memerah otak untuk bertanya soalan yang berkaitan dengan presentation ahli group yang lain. Sudahlah bermacam-macam slanga bahasa yang perlu di dengar, India, Arab, Mexican dan British yang bercakap macam tak buka mulut. Bayangkan saya yang bukan bidang Bio Informatics perlu faham pembentangan berkaitan protein structure, agent based bla..bla.. , bosan giler..

Nasib baik ada ruang di waktu tengahari ke surau di main building. Bertemu dengan ramai Malaysian lain juga sahabat muslimah lain dari pelbagai pelusuk dunia menanti saat untuk solat zohor bersama. Macam-macam gaya, rupa tetapi sangat istimewa. Lebih istimewa dari demonstrator seksi tadi. Itulah hikmahnya kenapa Tuhan mewajibkan wanita menutup aurat. Istimewa..

2 comments:

ummufawwaz said...

padan ler akak tinggalkan diriku ini dengan YM terkontang kanting..hehhe..ada 'date'ngan 'awex seksis'gitu..kwang..kwang..kwang...
merundum pahala posa..heheeh

ZLAA said...

ummufawwaz,

Nak buat camna, supervisor suruh pergi kursus ni.., Buang masa lah