Saturday, October 27, 2007

Yahoo... Elaun naik!!


Alhamdulillah, akhirnya elaun naik betul-betul. Pagi ini, sebaik sahaja on-kan PC, satu mesej offline dari seorang rakan memaklumkan elaun 'baru' sudah betul-betul masuk. Aduh.. leganya. Tapi, sayangnya saya tidak dapat mempastikannya sebab Online Banking saya bermasalah. Kalau tidak tentu seronok ber'angan' tetapi sebenarnya anganan kami tidak boleh keterlaluan memandangkan hakikat bahawa kami pelajar di sini adalah penduduk di bawah paras 'kemiskinan'. Dengan kadar tukaran yang tinggi antara United Kingdom, gaji kami selepas ditolak segala hutang piutang di Malaysia hampir tiada maknanya. Saya masih ingat kami membawa 4K GBP = RM 28000 semasa mula-mula ke sini. Habis dalam masa 2 setengah bulan.

Dengan elaun 400 lebih sedikit bagi pelajar single, tiga suku untuk sewa rumah, selebihnya untul bil letrik, gas, broadband/phone/tv. Budjet gila-gila sempit hingga memaksa sesetengahnya bekerja. Selalunya pekerjaan paling popular adalah cleaner selepas waktu belajar (6 pm - 9 pm) atau sebelum datang belajar (5 am - 8 am). Rakan sefakulti yang single selalu mengeluh betapa tersiksa letihnya dia untuk mula belajar selepas habis 'menonyoh' bangunan, tandas, makmal dsb.

Tapi bagi kami pelajar berkeluarga, lega-lah sedikit memandangkan elaun keluarga lebih sedikit. Kerja pun tidak perlu memandangkan pasangan sudah bekerja. Membeli-belah dengan barang-barang 'smart price' sahaja, sabun, ubat gigi, tepung semuanya. Jika berkereta pun, hanya kereta lama yang sentiasa semput antara tahun 1990-1998 sahaja yang mampu. Dan sebagai conclusionnya maka dengan sebab itu-lah, kami hanya mampu membeli-belah di carboot sahaja.

5 comments:

Ummi said...

Zlaa,

Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian..

bimmer553 said...

salam. way back in early 90's pun ramai postgrad students mengeluh sebab kata mereka elaun dan biasiswa tak cukup. tapi yang sedihnya ramai pula yang beli merc (masa tu 230E and 190E memang popular). ada yang sanggup tinggal di flat yang paling deplorable semata mata untuk simpan duit beli merc nak buat balik malyasia.

Nur said...

Salam Kak Zlaa..terasa penat bila akak cerita pasai belajar..tapi kak kuat semangat dan semoga dipermudah olehNYA.>Semoga berjaya dan tercapai cita-cita akak. SELAMAT HARI RAYA..

ZLAA said...

ummi,

Betul tu tapi nak senang susah jugak.

bimmer553,

Welcome. Di sini ada juga yang membeli merc. Murah kot jika dibandingkan dengan di Malaysia. Tapi, tak ramai yang membeli. Masih ramai yang tidak mampu membelinya.

nur,

He..he.. berat mata memandang, berat mata memikul tapi belajar ni ada seronoknya.

K@ssim Sel@m@t said...

Salam zlaa,
Alhamdullillah...naik gak elaun yer.

takpe susah2 dulu..esok tuai hasilnya.

belum terlambat lagi kot...slmt hari raya, maaf zahir batin.