Thursday, November 29, 2007

sakit belakang

Kebelakangan ini saya mengalami sakit di belakang/leher yang agak kerap. Seumpama 'silap bantal'. Nak kata saya tidur tersilap bantal, entahlah. Tak kan lama-lama sangat sakitnya. So, saya assume ini mesti berkaitan dengan cara kerja saya. Asyik mengadap komputer sepanjang masa. Manakan tidak, itu kerja saya, bidang pangajian saya. Nak atau tidak terpaksa mengadapnya. Lagipun ianya juga kegemaran saya.

Saya masih ingat saya pernah mengalami sakit sebegini semasa di Perlis dahulu. Lama benar sakitnya. Kadang-kadang terpaksa ambil pain killer. Sampai bila saya harus melayan pain killer? Macam-macam petua orang tua diamalkan. Antaranya kain basahan diperah lawan arus. Tak berkesan pun.

Akhirnya sakit ini hilang bilamana saya memulakan rutin menyapu daun-daun di halaman rumah teres semi-d di Arau. Di tanah sekangkang kera tumbuh pokok mempelam yang lebat daunnya. Maka di suatu petang, saya tiada kerja terus menyapu halaman dan MasyaAllah leher dan belakang saya terus menjadi ringan. Mujarab sungguh aktiviti ini. Maka selepas itu, hampir setiap petang saya melakukan aktiviti ini sehingga pembantu rumah saya rasa bersalah kerana takut dikata oleh jiran-jiran. Alah..peduli apa saya, yang penting saya sihat dan bebas dari sakit itu.

Kini sakit itu kembali. Mana ya saya nak cari 'ubat'nya. Nak disapu halaman, tiada halaman. Cuaca pukul 4.00 petang sudah gelap seperti 9 malam. Pokok tiada lansung untuk saya sapu daunnya. Membuat kerja-kerja rumah, beraerobik, beriadah tiada berkesan. Saya masih mencari formula untuk sakit ini. Untuk berjauhan dengan komputer, mana mungkin...

Friday, November 23, 2007

Parents Evening


Semalam saya menghadiri hari 'Parents Evening' bersama guru-guru anak-anak di sekolah rendah. Sessi ini sama macam kita mengambil 'report card' di sekolah anak-anak. Dapat melihat hasil-hasil kerja anak-anak dan komen dari guru-guru.

Mmm.. di sini komen-komennya hebat-hebat belaka. Tak ada lansung yang merendahkan anak-anak sehingga saya sendiri pun musykil.?? ish..biar betul.. tetapi, biasalah adat orang putih.., semuanya excellent, very-very-very good, such an angel, bla..bla.. sampai naik cuak juga saya..

Teringat saya zaman sekolah rendah dahulu. Bapa saya selalunya yang akan mengambil 'report card' saya di sekolah. Sewaktu di darjah 5, di saat nak menghadapi ujian penilaian, komen guru katanya, saya sudah tiada harapan. Bermaksud result saya teruk benar. Saya pelik juga, tapi kita-kan anak kecil. Tapi, saya study lebihlah sedikit dan Alhamdulillah, result saya okay.

Bila besar, barulah tahu, itu kaedah bapa mencabar saya tapi takkan ku lupa sehingga hari ini. Saya tidak tahu samada pujian atau cabaran yang berkesan untuk anak-anak..

Thursday, November 22, 2007

The Mummy Returns


Spekulasi demi spekulasi. Akhirnya rupa mumia Raja purba Mesir paling popular, Tutankhamun dirangka semula. 3 pasukan artis forensik dunia, French, Egyptian dan Amerika merangka semula secara berasingan tetapi akhirnya menghasilkan rupa yang hampir sama bagi model rupa Raja Tutankhamun ini.

Pasukan French dan Egyption mengetahui rupa siapa yang akan mereka rangkakan tetapi bagi pasukan Amerika, mereka tidak diberitahu dari mana tengkorak itu datang. Mereka merangka semula rupa Raja ini berdasarkan 'scan' dari tengkorak Raja tersebut.


The models of the boy king, who died 3,300 years ago, reveal a young man with plump cheeks and a round chin.

The models bear a striking resemblance to the mask which covered the mummified face of King Tutankhamun when his remains were found by archaeologist Howard Carter in 1922 and other ancient portraits.

"The shape of the face and skull are remarkably similar to a famous image of Tutankhamun as a child where he was shown as the sun god at dawn rising from a lotus blossom," said Zahi Hawass, Secretary-General of the Egypt's Supreme Council of Antiquities.

The US team were not told where the skull came from Using high-resolution photos of the CT scans, the US team correctly identified the skull as coming from a North African. A CT, or "Cat", scan involves the use X-rays to map the body.

The Egyptian team was able to work directly from the scans, which could distinguish different densities of soft tissue and bone. "The results of the three teams were identical or very similar in the basic shape of the face, the size, shape and setting of the eyes, and the proportion of the skull," Mr Hawass said.

"The primary differences were in the shape of the end of the nose and ears," he added. The French and American versions had similar noses and chins, but the Egyptian team gave their reconstruction a stronger nose, the council said.
Antara lain yang menjadi spekulasi hebat ialah bagaimana Raja ini meninggal. Samada beliau meninggal di bunuh, atau kecederaan kaki masih dibahaskan sehingga sekarang.
Begitu juga dengan kematian Lady D. Sampai sekarang tak habis-habis menjadi tajuk-tajuk berita di sini.

Wednesday, November 21, 2007

Meeting with Supervisor..


Semalam, meeting lagi dengan supervisor. Nampaknya setiap minggu akan diadakan meeting. Terduduk saya selepas berjumpa dengan supervisor. Rasanya minggu lepas masih berbincang-bincang tentang framework. Semalam dia sudah bertanya mana codingnya.. Argh..!! Pengsan saya..

Bagi sesetengah orang, PhD mudah. Siapa tu ye? Tapi bagi saya, ianya susah.. ianya tidak seperti kita belajar untuk mengambil peperiksaan. Lain benar. And honestly, rasanya kalau boleh dipatah balik masa, saya tak nak sambung belajar..

PhD a lonely journey. Beruntung mendapat supervisor yang okay, yang mengambil berat progress. Tapi, jika mendapat supervisor yang tidak okay, boleh sakit jiwa dibuatnya.

My supervisor so far so good. Mudahan Allah memberi kesihatan, panjang umurnya. Teringat saya dengan seorang kawan yang belajar di Holland. Baru-baru ini, Supervisornya meninggal nahas kapalterbang. Kata kawan saya, dia terlupa mendoakan umur panjang Supervisornya.

Supervisor saya kerap berjalan mengelilingi dunia. Tetapi jika dia berada di school, saya 'sakit' . Asyik nak berjumpa dan berjumpa. Jenuh 'melayan'. Apa-apa pun, minggu depan katanya nak berjumpa lagi.. Argh...

A bit about PhD found somewhere from the Internet:

- Do not just blithely start doing a PhD because you can't think of anything better to do -- that's what Masters degrees are for.

- Just because you sailed through your undergraduate degree, do not expect to do the same with a PhD.

- Do not expect to enjoy doing a PhD.

- Do expect to go mad.

- If you do enjoy your PhD you're probably mad already.

Sunday, November 18, 2007

Carboot again

Cuaca di Notts semakin sejuk. We need an extra heater. Beli brand new surely mahal. Apa lagi mencari di car boot sahaja-lah. Sabtu tengahari kami ke carboot Junction 29 memandangkan cuaca Sabtu lebih baik. Forecast predict Ahad hujan. So, off kami ke carboot jam 1.30 tengari. Cuaca cerah tetapi sejuk sangat. Carboot Junction 29 atau Carboot Twin Oaks ini terletak antara Nottingham dan Sheffield.

Berth ditarik oleh kereta untuk bercuti

sebaik tiba di carboot

pemandangan di carboot
simpang ke hentian rehat, 'services'

at last, our 'new' 3.50 GBP heater. Working perfectly

Thursday, November 15, 2007

Jalan-jalan Leeds

hampir tiba ke Leeds
Weekend baru ni, kami ke Leeds. Ke rumah senior zaman sekolah di Penang dulu. Yahoo.. akhirnya sampai juga hasrat hati nak ke Leeds. Dulu ada juga niat nak sambung belajar di Leeds ni tapi ada je masalah nak isi borang online-nya. Last-last tak apply lansung.
Leeds hanya sejam setengah perjalanan dari Nottingham. Cuaca sejuk dan agak mendung. Tiada banyak masalah ke Leeds kerana kami dibantu oleh Pakcik Tom Tom, sat nav yang setia tetapi kadang-kadang pusing juga kepala mengikut arahannya.

pemandangan di sebuah Park berdekatan dengan rumah senior

Autumn yang hampir ke penghujung.. daun-daun berguguran..
Leeds bandar besar jika dibandingkan dengan Nottingham. Kami hanya sehari di Leeds dan Alhamdulilah apabila sampai di Leeds, cuaca cantik sekali. Kami makan-makan di rumah senior sebelum keluar Leeds City Market dan University of Leeds. Leeds City Market adalah market yang cukup besar. Over 800 traders berniaga di sini. Ada juga open market, fish market dan butchers market. Kedai makanan halal pun ada di dalam market ini.

fish market - ikan-ikan yang segar bugar

pemandangan di open market.

Tempat terakhir kami di Leeds adalah ke University of Leeds. Rupanya University ini adalah merupakan sebahagian dari kawasan bandar Leeds sendiri. Lalu lalang kenderaan bas, kereta menambah kesibukan University ini. Terdapat deretan restoran-restoren halal berhadapan Universiti ini. Tidak sukar mencari makanan halal di Leeds.

Parkinson Building di University of Leeds

Tuesday, November 13, 2007

A Reminder for me..

Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (Riwayat Muslim).
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.

2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

A copy-paste edition from: http://nurjeehan.hadithuna.com/

Oh..Tragisnya...

PBT Selangor gagal capai mutu diberi penyapu

Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada wakil Majlis Daerah Hulu Selangor pada majlis anugerah Bulan Kualiti 2007 di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 12 Nov. Pada bulan Januari lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah dan daerah (PTD) di negeri itu berusaha membaiki prestasi masing-masing.

Beliau memberi amaran mana-mana PBT dan PTD yang gagal berkhidmat dengan baik termasuk mengutip cukai akan dihadiahkan penyapu sebagai tanda simbolik untuk mereka membuat ‘pembersihan pejabat’ bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ketika itu banyak pihak menganggap amaran beliau hanya sebagai sesuatu yang melucukan. Hari ini, pada majlis Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 yang diadakan di Shah Alam, Mohamad Khir mengotakan janjinya untuk menghadiahkan ‘penyapu’ kepada Yang Dipertua PBT dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama ‘penyapu’ itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Mohamad Khir berkata, pemberian penyapu itu bukan untuk menjatuhkan maruah tetapi bagi membersihkan sikap buruk dan amalan negatif PBT dan jabatan yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang telah ditetapkan. Bagi jabatan yang cemerlang dan mencapai sasaran, kakitangannya diberi insentif seperti lawatan ke luar negara, katanya.

Friday, November 09, 2007

Pening lagi...

Aduh... pening kepala saya.. tambah satu masalah lagi. Esok regular meeting dengan supervisor. Tapi tak dapat hadir sebab ada kursus wajib buat postgrad. So dapatlah satu date lain untuk meeting:

Let's get together on Monday (12th Nov) at 11:00.

I have just spoken to Frederico and he said he had spoke to you (good idea to go and see him - he is a stats man!). He said that he told you a different stat to use (confidence interval). I'd be interested to hear what the results of that test were. Are the algorithms still "the same"?

Aduh.. Yang peningnya si Frederico (a guy from Brazil on sebatical leave) memandai buat cerita. Dah tambah satu masalah. Nak kena explain pulak pasal confidence interval dan tunjuk result guna confidence interval tu. Ish.. betullah dia bercerita dengan saya tapi sekadar bual kosong. Sekarang ni dah kena pulak guna method tu untuk proof algorithm saya still the same. Arghh...!

Meeting akan datang ni saya sepatutnya submit satu report (ni pun masih terhegeh-hegeh menulis) dan juga propose framework (yang ni mungkinlah boleh tangguh) . Esok Jumaat kursus satu hari. Then Sabtu, Ahad. Pagi Isnin dah kena mengadap. Manalah nak sempat jumpa si Frederico untuk refresh balik apa yang dia kata hari tu...

Bengang..bengang.., mana nak tengok anak-anak punya progress.

Dah solat? dah ngaji? ajar ngaji, ada homework? (nasib baik tak banyak homework), nak ajar Khadijah membaca.., dah makan? suap Hasif makan.. etc..

Aduh.. bila nak boleh study ni?...

P/s: wish I can be a mum like "My Mum is Amazing" by Naadira Ali ni.

Tuesday, November 06, 2007

Bola Berlipas hilang...

Semalam Zahraa dan Khadijah kena marah. Bukan oleh saya, tetapi oleh abangnya kerana menghilangkan bola kecil yang apabila dipicit akan mengeluarkan lipas-lipas yang kelihatan basah dan menggelikan. Bola tersebut dibeli di carboot Derby dengan harga 20 pence.
car boot Derby

I like this bus on the way to Derby

Sebenarnya semuanya angkara Khadijah yang ingin sangat nak membawa bola tersebut ke sekolah, kononnya ingin menggelikan/trick orang. Puas dilarang tetapi dia tidak mahu mendengar dan memberi 1001 alasan bahawa bola tersebut akan selamat kerana Miss Ali akan menyimpannya di dalam tray.

Akhirnya bola itu hilang. Saya tiada apa-apa tetapi adik beradiknya yang lain memang marah. Semalam saya terjumpa emel kawan Zahraa di sekolah mengenai bola tersebut:
Daripada: umairatul afiqah umaira_afiqah@yahoo.co.uk
Kepada: mariam zaharah
Dihantar: Isnin, 5 November, 2007 4:11:03

Subjek: suspect!!!!
mariam...
maisarah nampak satu budak laki ni.... dekat year 3.....
ada bola dekat jacket dia hmmmm......
ko kena tak marah....
khadijah pun lagi satu tunjuk2....
syahidah mimpi ler pasal dancing tu....

Seronok ya menjadi anak-anak. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Yang dirisaukan hanyalah adakah akan di marah atau tidak...

Saturday, November 03, 2007

Travelog Haji

Baru-baru ini, saya mendapat offline message dari Kak NurAzzah8. Katanya: 'buku u dah sampai. Prof sendiri yang hantar ke Fakulti'. Leganya... di saat buku tersebut 'laku keras' dan hangat di pasaran, saya mendapat satu nashkah walaupun jauh di sini. Terima kasih Prof Kamil atas buku 'Travelodge Haji'.

Sebenarnya buku Travelog Haji hasil nukilan Prof Kamil bukanlah karya pertama Prof yang saya baca. Beberapa tahun lepas, saya sudahpun membeli buku beliau. Saya pernah mengirim buku 'PhD: Kecil tapi Signifikan' melalui seorang kawan yang akan ke Shah Alam sewaktu pelancarannya. Saya baca dan baca buku tersebut sehinggalah satu peristiwa menyedihkan berlaku. Permohonan saya melanjutkan pelajaran pada tahun tersebut tidak berjaya. Saya kecewa apatah lagi bila mendapat tahu borang penilaian pelajar yang diminta oleh bahagian Akademik Shah Alam tidak dihantar membuatkan permohonan saya tidak lengkap, dan dengarnya syarat umur permohonan melanjutkan pelajaran akan diketatkan. Puas membuat rayuan tetapi tidak berjaya. Saat itu memang saya lansung tidak boleh melihat buku 'PhD: Kecil tapi Signifikan' di atas rak buku di rumah. Lantas saya tarik keluar dan simpan ia di dalam kotak. Kecewanya Tuhan sahaja yang tahu.

Kemudian tahun berikutnya, saya memohon kembali. Alhamdulillah saya masih layak walaupun syarat umur sudah diketatkan. Saya pastikan memenuhi semua syarat termasuk menghantar surat tawaran belajar di UTM dan UKM. Alhamdulillah saya mendapat kelulusan pada tahun ini tetapi belajar di dalam negara. Okay-lah, itu cukup bagus memandangkan tahun lepas pun semua tawaran hanya di dalam negara.

Julai 2006, saya masuk UKM. Pulang ke Shah Alam untuk mengemas bilik pejabat, tiba-tiba kawan saya dari Fakulti Kejuruteraan menelefon memberitahu bahawa permohonannya belajar dari dalam negara ke Holland berjaya in fact semua yang memohon ke luar negara di luluskan. Wah..ini tak boleh jadi.., saya juga ingin mencuba. Akhirnya dipendekkan cerita, Alhamdulillah, permohonan saya dari dalam negara ke United Kingdom akhirnya berjaya. MasyaAllah, rupanya itu hikmahnya saya tidak mendapat tawaran tahun sebelumnya. Tahun ini saya dapat ke luar negara. Akhirnya bila di rumah, saya cari kembali buku Prof dan letakkan ia di atas rak dan mula membaca kembali buku tersebut.

Sebenarnya saya tidak sabar membaca buku Travelog Haji ini kerana saya tahu gaya penyampaian Prof Kamil tentu berbeza. Tulisannya santai dan tidak berat. Ringkas tapi penuh makna. Hmm...lambatnya lagi nak dapat buku tersebut kerana buku tersebut akan dikirimkan melalui seorang kawan yang akan pulang ke Malaysia mengumpul data. Kak NurAzzah8 dan saya akan bertukar buku melalui kawan ini. Buku Kak NurAzzah saya beli melalui Amazon UK dan dengarnya melalui Malaysia, kita tidak boleh membeli buku-buku 'second hand' melalui Amazon UK ini. Kenapa ya?