Tuesday, November 06, 2007

Bola Berlipas hilang...

Semalam Zahraa dan Khadijah kena marah. Bukan oleh saya, tetapi oleh abangnya kerana menghilangkan bola kecil yang apabila dipicit akan mengeluarkan lipas-lipas yang kelihatan basah dan menggelikan. Bola tersebut dibeli di carboot Derby dengan harga 20 pence.
car boot Derby

I like this bus on the way to Derby

Sebenarnya semuanya angkara Khadijah yang ingin sangat nak membawa bola tersebut ke sekolah, kononnya ingin menggelikan/trick orang. Puas dilarang tetapi dia tidak mahu mendengar dan memberi 1001 alasan bahawa bola tersebut akan selamat kerana Miss Ali akan menyimpannya di dalam tray.

Akhirnya bola itu hilang. Saya tiada apa-apa tetapi adik beradiknya yang lain memang marah. Semalam saya terjumpa emel kawan Zahraa di sekolah mengenai bola tersebut:
Daripada: umairatul afiqah umaira_afiqah@yahoo.co.uk
Kepada: mariam zaharah
Dihantar: Isnin, 5 November, 2007 4:11:03

Subjek: suspect!!!!
mariam...
maisarah nampak satu budak laki ni.... dekat year 3.....
ada bola dekat jacket dia hmmmm......
ko kena tak marah....
khadijah pun lagi satu tunjuk2....
syahidah mimpi ler pasal dancing tu....

Seronok ya menjadi anak-anak. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Yang dirisaukan hanyalah adakah akan di marah atau tidak...

4 comments:

k-riey said...

Memang seronok jadi budak.
Tak payah fikir pasal masalah negara.
Cume fikir nak balik rumah sebelum jam 1845.
Lewat sikit tali pinggang mananti.
Lama kulit saya tak dibelai tali pinggang. hehehe.
Saya suka sangat carboot sale kat UK.
Kalau la kat France pun ada, sure bilik saya penuh dengan macam-macam barang.
Last time i went to a carboot sale was back in 1999.

MAMAMIA said...

Rindu lak kat double decker bus tu.

Dah dapat balik ke bola berlipas tu?

Masa kecik dulu tak sabar nak cepat besar, bila dah besar ni, asyik teringat zaman kanak2 dulu...

ZLAA said...

k-riey,

Seronok kan jadi kanak-kanak. Carboot memang best tapi tak boleh layan sangat. Nanti rumah penuh barang.

mamamia,

Bola tu sampai sudah tak jumpa. Bas double decker memang popular di sini.

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Salam Zlaa...
Real lipas ke? Eeee... gelinya. Ala, biasalah budak-budak. Orang punya mesti dia orang nak. Tambah budak-budak sekarang ni, yang yukky lagi best kat depa. Heran bin ajaib betul! Sihat ke Zlaa?