Thursday, November 15, 2007

Jalan-jalan Leeds

hampir tiba ke Leeds
Weekend baru ni, kami ke Leeds. Ke rumah senior zaman sekolah di Penang dulu. Yahoo.. akhirnya sampai juga hasrat hati nak ke Leeds. Dulu ada juga niat nak sambung belajar di Leeds ni tapi ada je masalah nak isi borang online-nya. Last-last tak apply lansung.
Leeds hanya sejam setengah perjalanan dari Nottingham. Cuaca sejuk dan agak mendung. Tiada banyak masalah ke Leeds kerana kami dibantu oleh Pakcik Tom Tom, sat nav yang setia tetapi kadang-kadang pusing juga kepala mengikut arahannya.

pemandangan di sebuah Park berdekatan dengan rumah senior

Autumn yang hampir ke penghujung.. daun-daun berguguran..
Leeds bandar besar jika dibandingkan dengan Nottingham. Kami hanya sehari di Leeds dan Alhamdulilah apabila sampai di Leeds, cuaca cantik sekali. Kami makan-makan di rumah senior sebelum keluar Leeds City Market dan University of Leeds. Leeds City Market adalah market yang cukup besar. Over 800 traders berniaga di sini. Ada juga open market, fish market dan butchers market. Kedai makanan halal pun ada di dalam market ini.

fish market - ikan-ikan yang segar bugar

pemandangan di open market.

Tempat terakhir kami di Leeds adalah ke University of Leeds. Rupanya University ini adalah merupakan sebahagian dari kawasan bandar Leeds sendiri. Lalu lalang kenderaan bas, kereta menambah kesibukan University ini. Terdapat deretan restoran-restoren halal berhadapan Universiti ini. Tidak sukar mencari makanan halal di Leeds.

Parkinson Building di University of Leeds

3 comments:

Nur said...

Salam Kak..sihat?Di sini sekejap hujan sekejap panas...wow Leeds cantik jugak kan..Beruntung kak dapat peluang lihat negara orang.

are you said...

salam...

nice place. dah mula sejuk ye kak. dh nk msk winter tu.

take care.

ZLAA said...

nur,

Salam kembali. Lama tak update blog? Busy ka?

are you,

Salam. How's life? Ya, dah sejuk sangat sekarang ni. So, bertambah malas nak buat apa-apa..