Friday, November 23, 2007

Parents Evening


Semalam saya menghadiri hari 'Parents Evening' bersama guru-guru anak-anak di sekolah rendah. Sessi ini sama macam kita mengambil 'report card' di sekolah anak-anak. Dapat melihat hasil-hasil kerja anak-anak dan komen dari guru-guru.

Mmm.. di sini komen-komennya hebat-hebat belaka. Tak ada lansung yang merendahkan anak-anak sehingga saya sendiri pun musykil.?? ish..biar betul.. tetapi, biasalah adat orang putih.., semuanya excellent, very-very-very good, such an angel, bla..bla.. sampai naik cuak juga saya..

Teringat saya zaman sekolah rendah dahulu. Bapa saya selalunya yang akan mengambil 'report card' saya di sekolah. Sewaktu di darjah 5, di saat nak menghadapi ujian penilaian, komen guru katanya, saya sudah tiada harapan. Bermaksud result saya teruk benar. Saya pelik juga, tapi kita-kan anak kecil. Tapi, saya study lebihlah sedikit dan Alhamdulillah, result saya okay.

Bila besar, barulah tahu, itu kaedah bapa mencabar saya tapi takkan ku lupa sehingga hari ini. Saya tidak tahu samada pujian atau cabaran yang berkesan untuk anak-anak..

6 comments:

k-riey said...

salam kak.
hehe, dengan saya sekali tetiba teringat zaman sekolah.
saya ni nakal kat sekolah, so takut sangat.
lagi-lagi ramai cikgu kenal keluarga saya sebab nenek saya pernah ajar kebanyakan cikgu kat sekolah saya.
tapi bile dah lepas, senyum memanjang bila teringat kisah dulu.

MULAN said...

sini a bit detail on each student's record/report book (syllabus/motor skill/social etc) sampai tak larat nak baca report papers dlm file tu, twice a year here.. tapi takde grading pun..

KAMATO said...

saya juga perna mangalami situasi itu dulu, itu la budaya masyarakat dia orang, memang kadang2 terasa juga samada pujian dia oarang tu iklas atau sebaliknya

MAMAMIA said...

Saya rasa your kids memang betul2 excellant & well-behaved. They deserve the compliments..

Ummi said...

Zlaa, tak kisahlah dia ikhlas ke tidak tapi as parent kita akan tahu dengan sendirinya kan. Sebab hati naluri ibu ni kuat.

I ingat lagi my landlord, we served laksa for hari raya, dia tak perasaan i tenguk dia masa first suapan dia, macam terkejut jugalah bila sampai kat anak tekak dia. Tapi bila i tanya dia, dia jawab "it's great, good". tak taulah ikhlas ke tidak.

ZLAA said...

k-riey,

Best kan zaman sekolah? Zaman sekolah lah yang paling best.

mulan,

Tak larat baca? I pun. Tapi I salute guru-guru dia. Begitu detail understand character anak-anak kita sehingga boleh elaborate dengan panjang lebar.

kamato,

Ya, budaya dia orang memang berbeza. Bahaya juga tu..

mamamia,

Mmm... tak juga. Anak-anak I average sahaja. I tengok anak-anak lain pun gila-gila dihujani dengan pujian.

ummi,

Ha.ha.. kelakar la cerita you pasal land lord tu. Betul, ikhlas atau tidak, entah-lah dia orang ni..