Thursday, November 29, 2007

sakit belakang

Kebelakangan ini saya mengalami sakit di belakang/leher yang agak kerap. Seumpama 'silap bantal'. Nak kata saya tidur tersilap bantal, entahlah. Tak kan lama-lama sangat sakitnya. So, saya assume ini mesti berkaitan dengan cara kerja saya. Asyik mengadap komputer sepanjang masa. Manakan tidak, itu kerja saya, bidang pangajian saya. Nak atau tidak terpaksa mengadapnya. Lagipun ianya juga kegemaran saya.

Saya masih ingat saya pernah mengalami sakit sebegini semasa di Perlis dahulu. Lama benar sakitnya. Kadang-kadang terpaksa ambil pain killer. Sampai bila saya harus melayan pain killer? Macam-macam petua orang tua diamalkan. Antaranya kain basahan diperah lawan arus. Tak berkesan pun.

Akhirnya sakit ini hilang bilamana saya memulakan rutin menyapu daun-daun di halaman rumah teres semi-d di Arau. Di tanah sekangkang kera tumbuh pokok mempelam yang lebat daunnya. Maka di suatu petang, saya tiada kerja terus menyapu halaman dan MasyaAllah leher dan belakang saya terus menjadi ringan. Mujarab sungguh aktiviti ini. Maka selepas itu, hampir setiap petang saya melakukan aktiviti ini sehingga pembantu rumah saya rasa bersalah kerana takut dikata oleh jiran-jiran. Alah..peduli apa saya, yang penting saya sihat dan bebas dari sakit itu.

Kini sakit itu kembali. Mana ya saya nak cari 'ubat'nya. Nak disapu halaman, tiada halaman. Cuaca pukul 4.00 petang sudah gelap seperti 9 malam. Pokok tiada lansung untuk saya sapu daunnya. Membuat kerja-kerja rumah, beraerobik, beriadah tiada berkesan. Saya masih mencari formula untuk sakit ini. Untuk berjauhan dengan komputer, mana mungkin...

15 comments:

Ummi said...

Kata orang tua..silap bantal, jemur bantal yang kita tidur tu. Tapi tak pernah pulak I buat. I memang selalu kena tahun lepas, adalah 4 kali, setiap kali kena, I pergi klinik buat sonotron, alhamdulillah lepas 3 kali buat sakit tu hilang. Dia macam lampu panas halakan kat tempat sakit tu.

epelijau said...

salam kak zlaa..
aktiviti di rumah dan keluar peluh...itu cara epel tangani sakit blkg plus sentiasa btolkan postur (epel pun postur berterabur) bila teringat. Kalau ada bengkung samada traditional atau moden bule juga dipakai. Untuk bantu kita betulkan postur.
Sakit di tengkuk tu kadangkala manifestasi tekanan darah kita tidak stabil...keluarkan peluh kak...mop lantai rumah 2 kali sehari perhaps??..hihihi

cikMilah said...

Salam Zlaa, I am yr silent reader.
Experienced the same. Sejak amalkan yoga, ALHAMDULILLAH, ia beransur hilang.

pakpayne said...

zlaa....semoga lega dari kesakitan itu....dah x-ray ka? diagnosis harus tepat, baru boleh di ubat.

apa kata doktor?

idham

nurazzah8 said...

Zlaa, I dah terima buku IR tu... terimakasih. tapi please let me know the exact price+ postage, I dah lupa, try search balik kat amazon.co.uk tapi dah tak ada stock buku tu... so tak tau harga... I nak bank-in harganya minus duit buku travelog haji tu... please b4 I pergi haji hari Khamis nanti...

Sakit tu, kalau dah tak boleh menyapu, you mop aje lantai kat dalam rumah. Tapi kalau tak silap I, rumah kat sana semua wall-to-wall carpeted kan...?? so tak boleh lah pulak nak mop...

are you said...

salam...

may be postur masa duduk n tido yang buatkan akak sakit blkg.

the best is, wat check-up kak.

btw, saya change dah blog add saya.

http://ayuisayu.blogspot.com

akak tukar ek...

:D

sYaNa said...

hi zlaa :o) salam

i'm one of your silent readers ... just wanna share ... i have slipped disc or bad back due to too much of sitting & standing too long ... a doctor once advised ... for every 40 minutes of sitting, make sure you get up & move around for at least 10-15 minutes. it helps to relieve tension on your spine after sitting too long. if you're standing too long, do the opposite, sit for a few minutes.

if pain persists, try sleeping on a hard flat surface, the floor or a good hard mattress. the flat surface helps to ease any tension in your body back.

pls go for a check up ... a slipped disc is pain for life, better avoid than suffer it.

take care.

K@ssim Sel@m@t said...

zlaa...harap sakit belakang tuu beransur pulih. Jaga kesihatan ya!

ekk jumpa epelijau kat sini lak...jauh sungguh kita berdua berjalan yer!

epelijau said...

haa..KS..jauh jalan2 ek...hihihi
kak zlaa dah hilang ke sakit belakang tu? :D

mki said...

Puan,

Lama tak menulis di sini sebab sibuk-sibuk di sini. Heee.... heee. Baca selalu. Semoga sihat sejahtera!

ZLAA said...

ummi,

I never took serious sakit ni. Actually, I ni penakut sikit nak jumpa Doktor. Fobia kot-kot ada penyakit lain. Hmm..sonotron? Maybe boleh cuba

epelijau,

Tekanan darah tidak stabil? Rasanya ada kena mengena juga ni. Dah jarang exercise sekarang ni. Mop lantai tak sesuai musim ni. Dah winter. Nanti sejuk giler..

Cikmilah,

Salam. Thank you for spending your time reading my blog. Might be can try yoga too. Kat sini ada juga kelas yoga.

Pakpayne,

Hello..ingat siapa tadi. I tak pergi pun jumpa Doktor. Takut.. Prescribe ubat sendiri. Ambil pain killer.

nurazzah8,

Nak mop. Maybe kitchen je yang boleh mop. Kain-lain tempat wall to wall carpeted. Actually, dah cuba mengemop ni. Tak berkesanla mengemop ni.

are you,

Setujulah sebab postur duduk dan tidur yang buat sakit ni. Ok, nanti akak update your url.

syana,

Salam. Thank you for reading my blog. Ee..jgnlah slip disc. Ni rasanya tak kot. Lengoh2 je.

Kassim Selamat,

Terima kasih. KS sihat ke? Tulis yang best-best okay?

Prof Mki,

Wah..Prof selebriti sekarang ni. Jangan busy sangat nanti pening. Tapi, saya rasa Prof memang suka busy..

tokasid said...

Salam ZLAA:

Backache?
Cor try tidoq on something hard and avoid tilam yg terlalu lembut( walau akan tidoq lena).

MAMAMIA said...

Pernah kena gak sakit ni, masa zaman student & masa kerja asyik menghadap computer dulu. Bila kena urut, rasa lega sesangat...

Buatlah senaman ringan, pusing2 bahu tu. Lancarkan perjalanan darah..

ZLAA said...

Tokasid,

Terima kasih kerana membalas kunjungan. Baru realise you seorang doktor. Thank you for the tips. InsyaAllah akan cuba.

mamamia,

I sekarang ni tgh cuba cari exercise yang lebih enjoy untuk dibuat. Sejuk di sini sehingga malas nak buat apa-apa.

Orkid said...

Assalam...akak kat UK dimana ya?Saya pun dah dua minggu sakit belakang sebab sebelum tu ada naik van avanza yang springnya melantun2.Dulu kalau sakit belakang saya hanya pergi CHIROPACTIC untuk 3 kali treatment dah ok.