Saturday, November 03, 2007

Travelog Haji

Baru-baru ini, saya mendapat offline message dari Kak NurAzzah8. Katanya: 'buku u dah sampai. Prof sendiri yang hantar ke Fakulti'. Leganya... di saat buku tersebut 'laku keras' dan hangat di pasaran, saya mendapat satu nashkah walaupun jauh di sini. Terima kasih Prof Kamil atas buku 'Travelodge Haji'.

Sebenarnya buku Travelog Haji hasil nukilan Prof Kamil bukanlah karya pertama Prof yang saya baca. Beberapa tahun lepas, saya sudahpun membeli buku beliau. Saya pernah mengirim buku 'PhD: Kecil tapi Signifikan' melalui seorang kawan yang akan ke Shah Alam sewaktu pelancarannya. Saya baca dan baca buku tersebut sehinggalah satu peristiwa menyedihkan berlaku. Permohonan saya melanjutkan pelajaran pada tahun tersebut tidak berjaya. Saya kecewa apatah lagi bila mendapat tahu borang penilaian pelajar yang diminta oleh bahagian Akademik Shah Alam tidak dihantar membuatkan permohonan saya tidak lengkap, dan dengarnya syarat umur permohonan melanjutkan pelajaran akan diketatkan. Puas membuat rayuan tetapi tidak berjaya. Saat itu memang saya lansung tidak boleh melihat buku 'PhD: Kecil tapi Signifikan' di atas rak buku di rumah. Lantas saya tarik keluar dan simpan ia di dalam kotak. Kecewanya Tuhan sahaja yang tahu.

Kemudian tahun berikutnya, saya memohon kembali. Alhamdulillah saya masih layak walaupun syarat umur sudah diketatkan. Saya pastikan memenuhi semua syarat termasuk menghantar surat tawaran belajar di UTM dan UKM. Alhamdulillah saya mendapat kelulusan pada tahun ini tetapi belajar di dalam negara. Okay-lah, itu cukup bagus memandangkan tahun lepas pun semua tawaran hanya di dalam negara.

Julai 2006, saya masuk UKM. Pulang ke Shah Alam untuk mengemas bilik pejabat, tiba-tiba kawan saya dari Fakulti Kejuruteraan menelefon memberitahu bahawa permohonannya belajar dari dalam negara ke Holland berjaya in fact semua yang memohon ke luar negara di luluskan. Wah..ini tak boleh jadi.., saya juga ingin mencuba. Akhirnya dipendekkan cerita, Alhamdulillah, permohonan saya dari dalam negara ke United Kingdom akhirnya berjaya. MasyaAllah, rupanya itu hikmahnya saya tidak mendapat tawaran tahun sebelumnya. Tahun ini saya dapat ke luar negara. Akhirnya bila di rumah, saya cari kembali buku Prof dan letakkan ia di atas rak dan mula membaca kembali buku tersebut.

Sebenarnya saya tidak sabar membaca buku Travelog Haji ini kerana saya tahu gaya penyampaian Prof Kamil tentu berbeza. Tulisannya santai dan tidak berat. Ringkas tapi penuh makna. Hmm...lambatnya lagi nak dapat buku tersebut kerana buku tersebut akan dikirimkan melalui seorang kawan yang akan pulang ke Malaysia mengumpul data. Kak NurAzzah8 dan saya akan bertukar buku melalui kawan ini. Buku Kak NurAzzah saya beli melalui Amazon UK dan dengarnya melalui Malaysia, kita tidak boleh membeli buku-buku 'second hand' melalui Amazon UK ini. Kenapa ya?

8 comments:

MAMAMIA said...

Been planning to get the book. Nampaknya kena tunggu reprintlah..

TQ for reminding..

Faruha said...

Salam Zlaa,

Berkunjung dari blog Prof. Kamil..salam kenal dari Faruha.

PhD memberi seribu satu macam pengalaman. Usaha dan doa berkat kejayaan.

ps: Saya pun dah tak sabar nak baca buku tu.

nurazzah8 said...

zlaa, I dah byr dulu buku TH tu utk you. maybank2u ke dlm akaun prof. Nanti tolak je dari jumlah yg I kena byr kat u pulak...

ZLAA said...

mamamia,

Laris betul ya buku tu. I pun tak sabar nak baca. Alhamdulillah, I dah ada buku tu.

faruha,

Salam perkenalan. You buat apa di sana (Jepun)? Study? InsyaAllah, free sikit will visit your blog. Sekarang ni sibuk menyiapkan assignment dari supervisor tapi break-break juga untuk merayau di alam siber.

nuraazzah8,

Terima kasih tolong bayar. Ya, nanti I deduct dari duit buku Kak Azah tu. Dah ready nak buat kerja Haji? Anak-anak tinggal dengan siapa nanti?

idham said...

:-) good for u...dah dapat buku tu.

my son is coming to visit us in dec...i ada pesan dia minta belikan....dimana ye???

idham

MULAN said...

shud get one for myself jugak ni. nanti balik msia cari kak azzah lah.. thanx for sharing..

ZLAA said...

idham,

Apa khabar? Maybe boleh contact Prof Kamil sendiri sebab dengarnya cetakan kedua dah ada.

Mulan,

Ya, belilah satu. Worth buyin. Wah..promote ni. I pun belum baca lagi.

nafie said...

Assalamualaikum Zlaa...,
Terima kasih atas lawatan di blog saya...harap kita akan dapat meruangkan masa untuk kujung mengunjung atas dasar berkongsi pendapat dan pandangan yang manfaat dari masa ke masa bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaatulrahim sesama islam...saya kagum dengan minat dan ketabahan Zlaa.. akhir2nya mandapat kejaan...InsyaAllah selalunya kesabaran ajelah yang sering menikmati kejayaan,dengan disertai usaha dan doa....amin..