Wednesday, December 12, 2007

Geramnya...

Syyhhh.... supervisor saya bermula semalam bercuti ke Australia sebulan. Maknanya pertengahan Januari baru balik ke sini. Mmmm...bahagia rasanya.. Ada banyak task yang ditinggalkan untuk saya dan mohon saya sentiasa berhubung melalui e-mel dengannya. Okay, boss, no problem, semua bisa diatur.

Seringkali jika perlu parking di mana-mana, jika ternampak kereta idaman saya, saya mohon suami parking di sebelah kereta tersebut. Tak dapat kereta, parking sebelah pun jadilah. Mahu lihat keretanya: Mmm... a Volkswagen, a Beetle.

Kita lihat harganya: £6,794 - keluaran 2004 atau convert duit kita = RM 47558

3 Doors, Manual, Hatchback, Petrol, 60,000 miles, Metallic SILVER. Full Main Dealer History, 400 Pounds Of VW Extras, Heated seats, CD Multichanger, Air conditioning, Alloy wheels, 1 Owner Plus Supplier

atau kita cari yang murah sedikit:


Harga beetle keluaran tahun 2002 selalunya di dalam lingkungan : £4000 atau RM 28000 duit kita. Ishh.. geramnya..

Walaubagaimanapun bagaimana pula harga beetle ini di Malaysia? Mari kita tengok di classified kita di sana:-

VOLKSWAGEN BEETLE 2.0 (A) (left hand drive) '99/06, 1 owner well kept. RM73,800 dan

VOLKSWAGEN BEETLE 1.6 & 2.0 new import '07, l/seats rain sensor ABS, a/bags, 2yrs unlimited mileage warranty RM139,888

Suami selalu berkata, jika suka sangat, belilah satu bawa balik Malaysia. Entahlah...

Tetapi sebenarnya saya pernah menaiki beetle semasa di Malaysia, kepunyaan ayah zaman saya bersekolah rendah. A yellow beetle:

Mahu tahu berapa harganya di UK jika mahu beetle antik ini? £2000 = RM 14000 duit kita. Masih ada harga rupanya.. Awatla ayah pi juai??...

16 comments:

~ahni~ said...

Kereta luar negara bila dah masuk ke malaysia harga jadi double or even triple... kiranya kalau rakyat malaysia ni yang mana pakai kereta besar tu kira dahsyat la sangat tu, gaji besar.....

k-riey said...

erm, kat UK gaji 2000 pound biase.
harga merc, bmw bawah 20k.
tapi kat malaysia, gaji RM2000, proton saga baru pun RM26k.

MAMAMIA said...

Saya pun suka Beetle baru tu, comey. Belilah satu, bawa balik Msia. Banyak betul beza harga dia!!

Beetle antique my ayah, dah turun kat abang I. Masih elok walaupun dah 40 tahun.

epelijau said...

Salam kak..
ahaa...akak dah kuar dari pertapaan ye..
belilah satu kak..bawak balik....hihihi...nanti leh bwk sy jalan2 cari makan...

FaRuHa said...

Salam Zlaa,

Ehh bila tukar langsir ni...

Elok bawa sebiji balik tu Zlaa, rugi besar kalau tak bawa balik.
Saya pun dok tengah cari kereta kecik juga ni...hihihi. Senang nak g pasar kan.

Lani dok terpikir nak jual kereta besar pulak, ada sapa2 nak beli kereta Honda STREAM saya tak (maaf ye mengiklan secara tak lansung)?

K@ssim Sel@m@t said...

Murah ya kereta di sana! Geram rasa nak beli jer.

nanti pos satu Beetle kat saya...hehehe(^_^)

are you said...

salam...

that car is my dream car...kalu jumpa tengah jalan siap terteleng2 lagi kepala tgk.

beli satu kak bwk blk mesia. besttttt... rasa cam cute jek naik beetle..hehehe...

bimmer553 said...

salam zlaa,
it's a nice car for a lady. tapi kalau orang lelaki yang drive nampak off sikit. for an engine capacity of 1.6 L memang tak ada pick up power. since you're there, suggest you look for at least a 2.0L engine performance car - audi quatro is a good option. personally i love to have one but i can afford it with a new price tag of almost 500 K

k-riey said...

wait a minute, you're a mother of six?
means u have this six to pray for you.
u are very lucky.
a teacher also is very lucky to have lots of students!

ZLAA said...

~ahni~

Orang gaji besar gamaknya besarlah gajinya. Jangan hutang besar sudahlah.

k-riey,

Kat Malaysia, berkereta besar lambang status. Kat sini, biasa-biasa sajalah.

mamamia,

I suka je mamamia. Nak beli entahlah.. Buat masa ni, belum fikir lagi. Suka-suka aja.

epelijau,

Kena masuk bertapa baliklah.. Nak beli satu? entahlah..

faruha,

Tengok dulu macam mana. Kalau ada rezeki lebih bolehlah fikir nak bawa balik ke tidak

Kassim Selamat,

Nanti saya pos satu, okay? Nak warna apa?

are you,

Memang best. Memang beetle cute. Geram tengok.

Bimmer553,

Suka-suka saja bolehlah. I don't think I can afford it.

k-riey,

Amin

Nur said...

Salam Kak Zlaa...Apa khabar? Cantiknya kereta tu, kalau kak beli nanti nak tumpang naik boleh? Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk Kak Sefamily.

epelijau said...

Eid Mubarak kak!!

are you said...

salam...

selamat hari raya aidiladha to u n family.

KAMATO said...

Beetle tu di malaysia harganya suku juta rm

Mimi Amilia said...

salam kak zlaa,

wahh..ada kereta idaman.kalau campur tax sumer tu brapa total harga nak bawak balik beetle ni?

ZLAA said...

nur,

Kalau beli, no problem, boleh naik ronda-ronda kampung. Tapi, Tak beli kot. Selamat Hari Raya Aidil Adha

Epelijau, are you,

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Kamato,

Mahal juga ya harga Beetle di Malaysia. Tak mampu..

mimi amilia,

Tak tahu-lah kalau campur tax harganya berapa di Malaysia. Tapi, yang pasti harganya lebih murah kalau beli di sini, even kalau dah dicampur tax.