Saturday, December 29, 2007

Stairlift


Saya ini orangnya tidak suka berjalan kaki. Kalau boleh ke mana-mana mesti menaiki kenderaan, walaupun jaraknya dekat sahaja. Kalau dulu-dulu zaman mengajar, tahan memandu dari bangunan ini ke bangunan sana semata-mata tidak mahu berjalan kaki. Jika boleh nak di'parking' di depan pintu kelas pun. Sehingga ada peristiwa di zaman saya mengajar di Dungun, pelajar menghantar 'assignment' dengan meletakkan nama saya dan nombor plet kereta Charade Aura hitam saya, fikir saya, begitu 'significant' saya dan kereta saya.

Baru-baru ini, ada iklan di TV di sini, agak menarik iklannya. Rasa macam nak beli satu. An Elevator at home. Menarik tu. Kini kita tak payah lagi menaiki mendaki tangga untuk ke tingkat atas bahagian rumah. Hanya duduk di kerusi dan ianya akan membawa kita mendaki tangga seperti fungsi lift atau elevator. Bestnya.. kalau dapat install satu di rumah.

Kata suami "Melampau lerr tu.." he..he..

9 comments:

ADIEJIN said...

memang melampau.. ish.. tapi best gak ek. boleh naik turun naik turun 100 kali satu hari.

Dalilawati Zainal said...

Kalau boleh beli satu bagus juga tu.Teringat masa kecil dulu, berangan nak buat escalator kat rumah kalau ibu ayah dah tua.Rupanya, tak perlu escalator. Ada stairlift sekarang...heheh...

bimmer553 said...

memang cantik. kalau ada similar chair yang boleh digunakan untuk petik buah rambutan dari pokok lagi best.

MAMAMIA said...

Rasanya bila dah tua nanti, saya duduk bilik bawah aje.

Kalau ada stairlift ni sekarang kat rumah, jadi mainan anak2lah jawabnya...

Selamat Tahun Baru 2008 & Maal Hijrah.

Nur said...

Kak..stairlift tu untuk orang yang tak larat la...tapi kalau rumah dua tingkat tu ok gak, mana larat turun naik kan?

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008 UNTUK SEMUA DI SANA.

ummufawwaz said...

hehehh...melampau tahap gaban le tu kalo ada gak benda tu..moralnya jgn wat rumah 2 tgkat daa...

cikMilah said...

Tengok benda ni teringat lawak
versi tahun 80an...waktu orientasi nak ke luar negara, pesan pakcik penceramah . "Kalau mat saleh tanya,is Malaysian living
on the tree, jawab jer YES. Bila depa tanya, how do you climb
up to the tree ; jawab ler, we use escalator.."
kwang kwang kwang....

ZLAA said...

adiejin,

Kalau dah ada kemudahan, apa salahnya digunakan..

dalilawati,

Amboi, dari kecil lagi dah berangan nak buat escalator.. Dahsyat tu.. Bolehlah beli satu.

bimmer553,

Good idea!

mamamia,

Nanti kalau you dah tua, anak-anak pun dah besar. Mungkin mainan cucu-cucu lah pulak.

nur,

Nanti tua kalau tak larat, bolehlah kalau nak install. Masa muda pun apa salahnya.

ummufawwaz,

Okay apa?

Cikmilah,

Brilliant la lawak ni.

© OD said...

Salam Zlaa...
Ekekekekeke... memang melampau... tapi best apa... seksa panjat tangga ni. Zaman bebudak dulu best ler, kan?