Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua. Awal Muharam tahun ini, 1430H bermula pada 29 Disember 2008, tarikh mula bagi kalendar umat Islam. Amalan yang disunatkan pada bulan ini termasuklah berdoa akhir tahun dibaca selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah dan doa awal tahun dibaca apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah. Di samping itu kita disunatkan berpuasa antara 1-10 Muharram.

Doa akhir tahun:


Maksudnya:



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa awal tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

kredit: http://kojoe2kill.blogspot.com/

Saturday, December 27, 2008

Boxing Day

Lama sunggguh saya tidak menjenguk blog ini. Apa lagi untuk menulisnya. Penyakit 'm' untuk menulis melanda. Bukan kerana apa, sibuk. Sibuk dengan pelbagai hal, projek study dan projek personal. Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai 'boxing day' di sini. Jatuh pada 26 Disember, hari ini adalah hari membeli-belah seluruh UK di mana kononnya harga barangan betul-betul murah. Sejarahnya ada kaitan dengan upacara keagamaan penganut Kristian. Boxing Day juga dikenali sebagai St Stephen's Day, iaitu perayaan bagi mengenang Saint Stephen yang dilontar batu sehingga menemui ajal di Jurusalem. Selain itu, hari ini juga adalah hari para majikan yang kaya di waktu dahulu memberi hadiah kepada para pekerjanya.

Kini, Boxing Day lebih kepada hari shopping warga UK. Di England, tempat-tempat terkenal yang akan dilawati adalah seperti McArthurGlen di York, Cheshire Oaks yang berhampiran Liverpool, merupakan outlet terbesar di UK dengan 145 buah kedai
berjenama. Antaranya seperti
Bose, Levi's, Burberry, The North Face, Calvin Klein Jeans, Karen Millen, Polo Ralph Lauren, Molton Brown, East, Diesel, Monsoon, Warehouse, Whittard of Chelsea, Nike Factory Store dan GAP, Logo. Satu lagi retail outlet yang besar terletak di selatan London adalah Bicester.

Designer Outlet J28 Mansfiled

Deretan kedai di outlet ini

Periuk berkualiti tinggi yang pastinya mahal

Boxing day pula bagi kami hanyalah 'window shopping' di sekitar Nottingham sahaja. Teringin juga melihat bagaimana keghairahan manusia membeli belah. Kami ke Junction 28, Mansfield, juga retail outlet tetapi berskala rendah. Ramai juga manusia yang bershopping di sini. Tidaklah menarik sangat 'sale' nya. Masih mahal, mungkin dari kesan 'credit crunch' . Agak berbeza dari tahun lepas, di mana ramai manusia berkulit putih berbanding bangsa Asia. Agaknya tahun ini ramai dari mereka tidak mampu bercuti keluar negara di musim winter ini. Masing-masing terpaksa berjimat, termasuklah kami yang sudah pasti lebih perlu untuk berjimat.

Kedai peralatan dapur.

Monday, December 08, 2008

Wednesday, December 03, 2008

Sakit


Di saat masa itu seperti emas, saya jatuh sakit.. Hu..hu.. demam, sakit perut. Nak study pun susah. Sesungguhnya kesihatan yang baik itu lebih berharga dari harta berjuta.. Moga sakit ini menjadi kifarahku buatmu Tuhan..
p.s kredit foto buat ukhti27

Friday, November 28, 2008

Zahraa- budak kecik paling depan

Saya selalu berjumpa pelbagai karangan tulisan anak saya Zahraa, merata-rata di dalam buku nota kecil atau di dalam PC di rumah. Lebih setahun dia tidak menulis di blognya. Malam semalam dia mengarang lagi. Lalu saya minta dia tulis kembali di blognya, instead of her writing here and there.
Since I don't have anything to write this week, siapa-siapa yang kemaruk nak membaca boleh lah melawat Zahraa. She wrote something for the anti-bullying week.

Tuesday, November 18, 2008

Kerja..kerja..

Tadi, sekali lagi perjumpaan dengan Professor. Paling singkat, tidak sampai pun 10 minit. Masuk sahaja, perkataan yang disebut oleh guruku adalah, "Well, tell me good news". Maka, dengan beraninyaku menjawab, "I have stopped all my work". Berubah sekejap muka guruku.

I know he's trying to calm down. Maka, akhirnya saya menjawab saya terpaksa berhentikan semua kerja programming kerana ingin tumpukan perhatian pada penulisan. Senyum juga akhirnya dia. Saya mohon 2 minggu untuk submit. Dia menawarkan hanya seminggu. Sabar sahaja-lah. Apa, dia ingat kerja penulisan akademik seperti menulis blog. Hu..hu..

Penulisan akademik perlukan tumpuan, fokus..fokus.. Kerja perlu detail dan teliti. Nak susun ayat perlu hati-hati supaya tidak jatuh ke alam plagiat. Ayat sedap sikit pun susah jugak. Sebab nanti supervisor akan bising menyoal, "Is it copied from somewhere?", walhal, kita punya-lah berhempas pulas menyusun ayat. Reference kena betul, kalau tak tanda soal besar di mana-mana. Memang sakit mendapat supervisor yang cerewet ni. Menulis ini memakan masa. Ini belum lagi campur kerja-kerja experimen. Berlambak experimen perlu dilakukan. Belum lagi bab nak faham problem domain, datanya. Sabar saja-lah. Patutlah ayahku sentiasa berkata, "Belajar ini perlu sabar". "Ya Ayah, Kalau tak sabar, sudah lama saya lari balik".

Monday, November 17, 2008

Caravan Holiday

Dah lama benar saya dan keluarga tidak keluar dari Nottingham dengan kereta, sejak-sejak peristiwa diperiksa polis akibat lesen tamat sah laku tempohari. Asyik bertapa di dalam Nottingham sahaja. Mak dan anak-anak pergi sekolah, balik sekolah. Bapa kayuh basikal ke tempat kerja, balik tempat kerja. Kena ingat dalam hati, kayuh basikal itu satu senaman walau dalam cuaca hampir paras beku. Masalah lesen selesai sudah. Akhirnya kami bercuti di tepi pantai Scarborough di York. Teringin nak lihat seaside negara sebelah sini. Selama 3 hari kami tinggal di dalam caravan. Seronok juga. Macam main pondok-pondok. Tak puas rasanya.

Caravan home 3 bilik, dapur kecil, ruang makan, satu bilik air dan satu ruang tamu comel

ruang tamu ada TV dan pemanas haba

Selepas menyiapkan barangan bahan mentah makanan untuk 3 hari, kami pun mengemas barangan lain untuk dibawa. Tidak lupa kami membawa 2 portable heater memandangkan musim sekarang cuaca sejuk sekali. Sungguh berehat kami tanpa gangguan. Yang hanya tahu berjalan, makan, menonton TV dan sedikit shopping barang dapur di Tesco Scarborough. Sempat singgah di Sealife Scarborough melihat hidupan laut sebelah sini. Rindu pula pada ikan haruan dan ikan keli.

Khadijah dan Zahraa di dapur


nun di bahagian hujung adalah bilik-bilik tidur


memberi makan pada seal
Khadijah dan Hasif bersama ikan-ikan di Sealife
Pagi Ahad bersiar sepanjang pantai orang putih di sini. Cantik, bersih tapi tidak tertanding pantai di tempat kita. Di sini cantik juga tetapi angin bertiup terlalu sejuk. Cantik tempat orang, indah lagi di tempat kita. Maka, teringatlah pantai indah di Langkawi dan Dungun.

Bersiar bersama binatang peliharaan

suasana tepi pantai di sini

Thursday, November 13, 2008

Rumah

Akhirnya urusan jual beli rumah kami di Fasa 4, Bandar Baru Bangi selesai. Sedih sebenarnya melepaskan rumah itu tapi apakan daya, ianya tidak praktikal lagi bagi kami. Oleh kerana tempat kerja saya di Shah Alam dan suami di Kuala Lumpur, sudah tentunya Bangi agak jauh untuk kami ke pejabat. Tidak mengapalah, ada rezeki lain bagi kami nanti, Insyaallah.

Suami dan saya tidak bercadang untuk menyimpan rumah lebih dari satu sebagai harta. Antara sebab utama adalah sudah pastinya kami tidak mampu dan sebab yang lain adalah kami tidak mahu pusing kepala dengan kerenah penyewa. Hati kami tidak kuat untuk melayan kerenah rumah sewa. Maka, jalan penyelesaian tidak perlu ada rumah lebih dari satu bagi kami. Sebenarnya sangat beruntung bagi mereka yang boleh bersabar dengan kerenah rumah sewa ini. Selain dapat membuat kebajikan meyediakan rumah tempat berteduh buat manusia lain, mereka juga boleh mendapat imbuhan kewangan. Untung bukan?

Rumah idaman kami selepas ini? Biarlah sedehana, tidak perlu besar yang penting kami bahagia di dalamnya. Rumah yang paling saya senangi hingga kini adalah rumah teres kecil 3 bilik di Gombak yang disewa pertama kali selepas saya dan suami menikah. Sangat sederhana tapi sangat menyenangkan. Oleh kerana kekerapan kami berpindah, hampir semua jenis rumah pernah kami duduki, teres setingkat, teres 2 tingkat atau semi-D. Rumah paling cantik yang pernah kami duduki adalah sebuah bangalow hampir tepi pantai di Dungun. Besar, cantik tetapi hati kami kosong. Sejak itu, saya tidak berangankan rumah yang hebat dan besar. Cukuplah teratak yang comel tapi ada keceriaan dan kebahagiaan di dalamnya.

Thursday, November 06, 2008

Bonfire Night

Semalam 5 Nov adalah merupakan bonfire atau Guy Fawkes night di UK. Sambutan dengan upacara besar-besaran menyalakan unggun api dan bunga api ini adalah untuk memperingati 'Gunpowder Plot', iaitu cubaan meletupkan Parlimen di London pada 5 November 1605. Di Nottingham sambutan diadakan di padang Forest, tidak jauh dari rumah kami, hanya sepelaung sahaja. Tetapi disebabkan kesejukan yang agak melampau, kami malas untuk keluar. Hanya Qutub dan rakan-rakannya sahaja yang pergi. Kami hanya melihat dari tingkap di rumah.

Suasana di malam Bonfire, funfair juga ada

Nyalaan unggun api.

Ada yang suka ber'juggler' dengan api

Qutub dan rakan mengambil peluang memanaskan diri. Suhu waktu ini lingkungan 8 darjah Celcius.

Friday, October 31, 2008

Rest in peace - Miss Sibert


Saya bangun pagi ini dengan menerima berita sedih bahawa bekas guru besar sekolah rendah saya meninggal semalam. Miss Millicent Sibert, 80 our former headmistress of St. Nicholas Convent in Alor Setar, Kedah, passed away at 7.15 pm, 29 October 2008. Rest in Peace Miss Sibert.

The news are from here:
More of Miss Sibert from our alma-mater:

Kak teh's Choc-a-blog

RantingsbyMM

Musing from my heart

A journey to remember

p.s: Miss Sibert's photo is from QOTH's blog

Thursday, October 30, 2008

My favourite chef

Siapa kata lelaki tidak pandai masak? The best chef in the world are guys. My favourite, Chef Wan dan Jamie Oliver. Masakan Jamie sangat simple tapi menarik. Celoteh Chef Wan sambil masak sangat menghiburkan. Kenapalah Chef Wan tidak dapat title 'Datuk' instead of that Datuk Shah Rukh Khan. Dengan masak, Chef Wan mengenalkan Malaysia di mata dunia.

Kalau Chef Wan ke udara, tidak pernah jemu saya menontonnya. Jamie pula dengan masak sahaja berupaya membuatkan dia manusia bernilai 25 million pound pada masa kini. Sumbangan besar Jamie dalam masyarakat UK bagi meningkat nilai kualiti makanan semasa 'school dinner' (makanan yang disediakan pada waktu rehat tengahari di sekolah) telah membuatkan dia dinamakan sebagai 'the Most Inspiring Political Figure of 2005". Wah., dari masak boleh dibawa ke pengaruh politik pula..

Well, I got a 'good guy chef' at home too. Today, while I'm at school and the children is having a week of half term holiday, my 'chef' juga memasak untuk anak-anaknya. Chicken chop for lunch. Boleh tahan sedap.

Lunch for today - chicken chop, salad, baked potato, black pepper sauce and chick peas

The chicken chop chef of today

Thursday, October 23, 2008

Cari pasal..


Kita ini manusia kadang-kadang membuat perkara yang kita tidak mampu menanggungnya. Mungkin jika kenal diri kita, kita akan memilih membuat perkara yang hanya mampu dilakukan sahaja. Namanya pun kita manusia yang dibekalkan Tuhan akal dan nafsu...

Di dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja untuk tatapan supervisor saya minggu depan, saya dapat kerja baru. Minggu depan saya harus memberi kuliah! Tawarannya menarik hingga saya sukar menolaknya. Mulanya saya hanya cuba-cuba menerima pelawaan menyemak kertas kursus seorang pensyarah di sini. 25 jam pada kadar 10 GBP sejam. Agak berbaloi. Bila bertemunya, dia memujuk pula saya untuk memberi kuliah. Puncanya dia tidak sempat menyediakan bahan kerana baru pulang dari cuti sebatikal dan mempunyai anak kecil (boleh tahan juga masalahnya, dia tak tahu saya ada 6 orang anak, kalau tahu entah ditarik balik tawaran). Tidak banyak kuliah, hanya 3 kali saja, sejam sekali kuliah. Hmmm....menariknya. Sukar nak tolak. Sudahnya saya menerimanya kerana subjek itu bukan asing bagi saya. Lagipun ianya bagus untuk mengilap skil mengajar saya. Tapi, untuk mengajar di depan pelajar-pelajar orang putih di sini??? ho..ho..ho..

Wish me Luck..

Friday, October 17, 2008

Eid Celebration di ofis ku

Kita selalu tertanya-tanya apakah jenis makanan bangsa-bangsa lain di dunia. Bila ditanya pada orang Inggeris, sukarnya mereka menjawab. Makanan pertama dijawab selalunya 'fish and chips'. Rakan seofis saya dari Spain selalu merungut tentang makanan di sini. Katanya di sini tidak banyak variety. Tidak seperti di Spain. Katanya makanan utama mereka adalah nasi pilau (disebut paija) dimakan bersama daging atau ayam. Bagi orang Cina, kebiasaannya jika di pantry ofis, mereka memanaskan makanan di dalam microwave samada nasi atau mee. Baunya, uh.uh..boleh tahan.

Bagi sebelah Timur Tengah atau Pakistan dan India, kedai-kedai makan bangsa mereka di sini biasanya menjual nasi beriani, nasi butter, kebab atau roti nan. Seperti kebanyakan kedai mamak di tempat kita. Cuma tiada teh tarik sahaja.

Memandangkan bilangan Malaysian agak ramai di jabatan kami, maka kami bercadang untuk juga memperkenalkan makanan kita pada bangsa-bangsa asing di sini. Maka, Rabu baru lalu, kami mengadakan 'eid celebration' buat mereka. Sambutan sangat menggalakkan. Memang-lah kan, bukannya sukar untuk mengajak orang makan....

Menu : satay, nasi impit, kuah kacang, nasi lemak, laksa johor, rendang, lemang karipap, popia dan menu sampingan lain.

Ada yang tak tahan pedas. Ada yang berkali-kali join queue

Pelayan-pelayan menerangkan kaedah nak makan

Berfikir-fikir nak makan apa..

Paling istimewa selepas majlis, ada yang menghantar e-mail penghargaan. Kami juga menghargai kehadiran mereka kerana sudi juga hadir menikmati makanan kita.

Saturday, October 11, 2008

Alhamdulillah, every second week of Syawal is our anniversary. This year, it's the 17th. How time flies! 'Happy 17th Anniversary my dear'. Thanks for being so patient with me all this while..
17 years of marriage = these four girls plus..

... these 2 boys

Wednesday, October 08, 2008

Cerita Lailatul Qadar yang saya baca dari Internet. Lucu juga..


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.

Aku cuit bahu dia dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku."Kenapa?" tanya Abah."Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah sambil marah2 lagi.

Kesimpulannya... Berhati-hati-lah dengan alamat lailatul qadar.

Tuesday, October 07, 2008

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

Raya in Nottingham 1429H

Jamuan Hari Raya Aidilfitri buat masyarakat Melayu Nottingham tahun ini.

We had the best raya this year. Alhamdulillah. Open house di sana sini. Small and big gathering diadakan untuk meraikan Hari Raya kali ini. Walaupun di perantauan namun kehangatan hari raya tetap terasa. Kami belum sempat mengadakan jamuan Hari raya buat sahabat-sahabat tetapi pada petang hari raya pertama hingga ke malamnya, rumah kami penuh dengan adik-adik 'undergrad' yang datang beraya. Kami menyediakan nasi minyak, dalca daging, nasi himpit, kuah lodeh, kuah kacang dan ayam goreng. Alhamdulillah semua habis licin. Seronok melihat mereka makan. Masing-masing lapar selepas kelas pukul 5 petang. Tetamu terakhir pulang 1.30 pagi. Memang meriah sambutan raya kali ini.

Friday, September 26, 2008

Brussels

Salam AidilFitri buat semua. Maaf zahir batin.

Saya baru pulang dari Brussels, ibukota Belgium. Menghadiri konference di bulan puasa kerana mengikut kehendak supervisor. Bagus konferencenya. Banyak manfaat. Banyak juga cerita cuma tiada masa nak menulis. Perjalanan ke Brussels tiada banyak masalah. Apa lagi jika sebaik tiba di sana dijemput oleh rakan blogger sipencoret. Jutaan terima kasih buat pencoret yang sabar melayan kami (saya dan anak lelaki) sepanjang kami di sana. Akak doakan urusanmu dipermudahkan Tuhan. Juadah berbuka kami plus bersahur ditanggung beres oleh pencoret walaupun masih 'single'. Mudahan bertemu isteri solehah idaman hati ya..

Channel Tunnel - terowong dasar laut yang menghubungi UK dan France

Perjalanan paling significant bila kami akhirnya dapat merasai pengalaman melalui Euro Tunnel antara 'seven wonders of modern world'. Menaiki keretapi Eurostar melalui terowong bawah laut yang menghubungi England dan Peranchis. Perjalanan hanya mengambil masa 2 jam dari England ke Brussels. Kami berada di bawah dasar laut merentasi Selat Inggeris kira-kira 31.4 minit untuk sampai ke Peranchis.


Anganan jurutera Peranchis dan Inggeris seawal 1802 hanya direalisasikan pada tahun 1994. Untuk cerita panjang tentang tunnel ini bolehlah ke sini.

Brussels..here we come, ini-lah keretapi Eurostar yang membawa kami dari London ke Brussels. Perjalanan hanya 2 jam London-Brussels. Transit sebentar di Lille, France.



Bangunan di sana besar dan gagah. Ada ciri seni. Kalaupun bangunannya plain sahaja, pasti ada sekurang-kurang grill balkoni yang berukir. Berseni sungguh orang sebelah sini ya..

Belgium negara berjiran Peranchis. Patut-lah saya lihat ramai penghuninya bergaya ranggi. Tak mahu kalah dengan Peranchis agaknya. Makanan halal mudah dicari. Muslim yang ada kebanyakannya dari golongan Arab Maghribi. Bahasa pertuturan samada bahasa Peranchis atau Belanda. Best jugak kalau dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut plus Arabic. What else do you want from a language?


Our hotel room in Hotel Beau Site. Simple sahaja tapi agak mahal. 97 euro semalam.



We are in Grand Place again. Banyak kedai souvenir di sini. Famous souvenirs dari Belgium adalah cokelat, kain lace dan banyak lagi.



Souvenir di balik cermin. Hanya mampu melihat, tidak mampu membeli.

Kami pulang ke UK selesai conference. Singgah di Malaysian Hall, London untuk berbuka. Menu berbuka kami - nasi ulam, ikan patin asam pedas, nasi dan ikan keli goreng bercili.

Licin habis makanan. Musafir lapar makanan Melayu

Side order, mee goreng mamak. Sedap sungguh. Harga 3.50 GBP


Perjalanan pulang melalui Stesen Underground Tube Bayswater. Berselerakan kedai-kedai souvenir. Tawaran menarik buat pelancung dari Malaysia pun ada. " Promosi Istimewa untuk Pelancung dari MALAYSIA. Sila tanya di Kaunter. Terima Kasih". Amboi...istimewanya duit kita!!

Saturday, September 20, 2008

A week in Southampton

Seminggu lamanya saya berkursus di University of Southampton. Kursus yang panjang dan meletihkan. Ada tajuk yang kena mengena dan ada juga yang tidak kena mengena. Bila tidak kena mengena, serasa waktu bergerak sungguh lambat, apa lagi jika ia melibatkan simbol-simbol cacing.
Simbol-simbol cacing menguasai hari-hariku minggu lepas

Suasana di dalam bilik kuliah

Rakan Vietnam yang 'boring' di dalam bilik kuliah.

Alhamdulillah sepanjang kami (Malaysian 9 orang) di sana, kami tiada masalah untuk mencari makanan berbuka. Ini kerana ada rakan di Southampton menyediakan bisnes makanan. Hari pertama nasi putih, daging black pepper dan sayur lemak. Kuihnya karipap dan apam balik. Hari kedua hingga hari terakhir, menu-menunya boleh tahan. Ada hari yang menunya nasi ayam goreng berempah, nasi minyak etc..


Glen Eyre Hall, kediaman kami selama seminggu

Accomodation first class. Kami tinggal di hall atau asrama pelajar. Walaupun asrama, biliknya seperti bilik hotel lengkap dengan room service. Ada talian internet dan juga telefon. Beruntung pelajar University ini. Pihak penganjur prihatin dengan 'kebisingan' yang akan kami timbulkan sewaktu sahur maka ditempatkan kami berdekatan antara satu sama lain untuk memudahkan kami memasak dan bersahur di dapur yang disediakan.

Titanic Museum
Southampton bandar pelabuhan dan sangat bangga dengan Titanic. Sehari sebelum pulang, kami dibawa berjalan (guided walk) sekitar bandarnya oleh pemandu pelancung. Tiada cerita lain selain sejarah Titanic. Dibawa kami ke kawasan tempat tinggal Jack (watak utama Titanic). Ah!! sungguh nostalgik. Dapat dirasakan kesedihan ketika melalui lorong tersebut. Tetapi rupa-rupanya kesedihan itu sia-sia bila mendapat tahu kisah cinta Jack dan Rose hanya dongengan. Penat bersedih!
Bersungguh-sungguh pemandu pelancung ini bercerita tentang Titanic


Salah satu Titanic Memorial di Pelabuhan Southampton. There's lots more!

Selepas penat berjalan dan berbuka puasa dengan kurma pemberian rakan dari Iran, kami dibawa ke Restoran Kuti's bagi menikmati dinner percuma. Kuti's restoran halal tetapi saya agak ragu-ragu untuk makan. Kami disambut oleh seorang Sikh berturban. Ada patung-patung di sana sini. Tak confident lansung untuk makan walaupun si Sikh ini berkali-kali mengatakan ianya halal. Akhirnya saya dan Yusuf, rakan dari UAE cuma makan salad dan kentang, nasi dan kari udang.

Restoran Langkawi bersebelahan dengan tempat makan kami

Semalam, Jumaat kami pulang. Sungguh letih. Belumpun hilang letih, saya harus ke Belgium esok. Risau juga sebab Euro Tunnel laluan keretapi Eurostar mengalami masalah akibat kebakaran baru-baru ini. Hopefully, journey saya ke Brussels selamat.