Sunday, January 27, 2008

Susah..

Minggu lepas supervisor sudah kembali dari Australia. Sepanjang percutiannya saya ada mengirim draft paper untuknya. Saya e-melkan malam dan esok pagi bangun sahaja dari tidur, saya on-kan PC dan sudah mendapat balasan ulasan draft paper saya. Tiga suku mukasurat penuh komen-nya atas penulisan saya.

Pedih, perit tapi saya bersyukur dapat belajar banyak darinya. Muga Tuhan panjangkan umurmu Supervisorku dan tetapkan dia di University ini agar dia dapat menyelia saya.. Saya risau hatinya bertukar ke Australia memandangkan ramai rakyat British sudah mula beralih arah ke Australia dan New Zealand hinggakan ada rancangan TV khas utuk mereka yang ingin berhijrah ke sana. Mudahan tidak buatmu Supervisorku..

Minggu lepas juga dia menyuarakan hasratnya untuk menghantar saya ke Belgium pada September ini untuk saya lebih terdedah dengan 'Ant'. Boleh sahaja Prof, tidak ada hal. Sudah pasti saya mahu... Saya tahu dia ragu-ragu kerana kerenah saya yang kurang respon. Mmm...sebenarnya jauh di hati saya, saya risau kerana saya rasa seperti tidak mampu menanggung berat studi ini. Sangat susah dan rumit. Hanya Tuhan yang tahu...

Minggu ini, Supervisor saya juga mengatur pertemuan saya dan seorang Professor dari Canada yang arif tentang problem domain saya. Domain ini baru sahaja saya nak terokai. Diminta saya bertanya apa-apa yang saya tidak tahu tentang domain saya pada Professor. Aduh!... saya pun tidak tahu apa yang saya tidak tahu.. Masalah sungguh.

Akhirnya dalam tidak tahu apa tidak tahu saya berjumpa Gendreau selama 2 jam. Saya membawa Gendreau melencung ke topik lain sebenarnya. Dia e-melkan paper-papernya dan selebihnya saya bawa dia bersembang tentang bab penyelidikan. Selamat... MasyaAllah, Gendreau ini walaupun sudah tahap expert tetapi sifat merendah dirinya sangat terserlah.


Tidak pernah mengaku semua penyelidikan dan penulisan adalah hasil kerjanya tetapi sentiasa menyebut semuanya adalah hasil kerja rakan-rakannya dan dia sendiri dan dia banyak belajar dari rakan-rakannya. Umurnya hampir 60 tapi masih sangat gigih bekerja. Kalau saya, entahlah.. Minggu ini saya harus lebih banyak membaca untuk bertanya apa-apa lagi yang tidak tahu kerana Gendreau akan berada hingga Jumaat depan. Oh..Tuhan, mudahkan laluanku...



Professor Gendreau

Tuesday, January 22, 2008

The Stoke

Stoke on Trent memang tidak asing bagi kaum wanita jika datang ke UK. Ahad baru ini, kami mengambil kesempatan ke Stoke. Perjalanan dalam sejam dari rumah. Stoke bandar di dalam wilayah Staffordshire, West Midland, England, terkenal dengan pinggan mangkuknya di mana kebanyakan kilang-kilang pinggan mangkuk terdapat di sini.

Wedgwood Factory Shop yang tengah sale gila-gila

Antara pinggan mangkuk yang popular adalah Royal Doulton, Portmeirion, Wedgwood etc. Saya paling suka Portmeirion tapi sangat mahal. Mmm... patutlah suka. Kebetulan kami pergi, sale masih ada. Ada yang gila-gila sale sehingga 80% tapi masih-lah sangat mahal. Tak mampu..dengan budget student ni. Telan air liur sahaja-lah..

susunan pinggan mangkuk

Johnson Brothers sale 80%

Royal Albert sale 50%

More of Royal Albert

Royal Doulton 50% off


Bagi sesetengah orang, koleksi Royal Albert, Royal Doulton menjadi gilaan untuk di'display'kan. Memang cantik tapi ada yang tidak sanggup membeli disebabkan kontroversi ianya adalah dari 'bone China'. Macam-macam versi cerita mengenai 'Bone China' ni. Sesetengah ustaz kata okay, sesetengahnya kata tak okay. Macam-macam pendapat. Kami bertanya sendiri dengan orang-orang di Wedgwood Visitor Centre di sana, katanya 'Bone' yang digunakan itu adalah dari 'heap of cattle' iaitu tulang paling kuat bagi cattle.

Di dalam Internet pula katanya diperbuat dari Ox bone. Setakat ini di dalam Internet, belum pernah lagi terjumpa bone yang digunakan itu adalah dari bone binatang 'itu'. Hanya terngiang-ngiang di telinga adalah cakap-cakap orang sahaja. Maklum sahajalah, oleh kerana bone china, maka binatang yang paling ramai populasi di China katanya adalah binatang 'itu'. Sejauh mana kesahihan entahlah...
Tetapi, sebenarnya nama bone China ini adalah sempena teknologi porcelain yang mana asalnya dari negara China, maka dari situ-lah ianya mendapat nama, dan sememangnya ianya adalah campuran serbuk tulang binatang. Binatang apa, Wallahuaklam..

Sedikit sejarah tentang bone china ini:

The story of bone china starts with Josiah Spode. Spode was born in 1733 in Stoke-on-Trent, Staffordshire, England. The county of Staffordshire is world-renowned for its ceramics and porcelain. When he was 16 or 17, young Josiah apprenticed with Thomas Whieldon, one of the area’s finest potters.

Porcelain is an ancient ceramic material perfected by the Chinese. There are examples of porcelain that date back to the 7th century. Porcelain is commonly called china, as this is where the material originated. There are three types of porcelain, hard paste, soft paste and bone china. In 1800, Josiah Spode II created bone china by adding bone ash to the formula for porcelain. The result was the hardest, most durable porcelain available.

Bone china is the toughest of porcelains and does indeed contain bones. Bone ash makes up the greatest part of the formula for bone china, with the balance of the formula containing kaolin and petuntse. The resulting material is hard, resilient and an ivory white in color. It remains the standard for porcelain manufactured in England.

Bone ash comes from the pulverized and burned bones of animals. All tissue is removed from the bones and they are fired at temperatures of up to 1000 degrees. The resulting ash is crushed to a powder and mixed with water before being added to the other porcelain material.
Spode bone china is still produced today at the Spode factory in Stoke-on-Trent, Staffordshire, England. All bone china is not Spode, however. Josiah II’s formula quickly spread to other factories within England and to other ceramics factories around the world


Portmeirion

Portmeirion Sale, tetapi masih tidak mampu, apatah lagi jika didarab dengan duit kita..
Tetapi di dalam banyak-banyak pinggan mangkuk di situ, portmeirion juga yang menjadi idaman hati saya.. Dan andaikata semua pinggan-pinggan ini diragui dari bone apa, tak perlu-lah kita sibuk-sibuk nak beli kerana banyak lagi pinggan lain yang boleh dipakai.

Tuesday, January 15, 2008

Projek Tangga

Ahad baru ini kami tidak berjalan jauh dari Nottingham. Winter time, tak berapa seronok nak berjalan. Pukul 4 petang dah malam. Cuaca pula asyik hujan sahaja di sini. So, di pagi ahad, saya dan suami cuci-cuci mata di kedai-kedai carpet sekitar. Dari tak ada kerja kami jumpa kerja.

tangga - sebelum
Dah lama benar sakit mata tengok tangga di rumah ini. Tambahan dengan anak-anak turun naik tangga berdegung-degang bunyinya. Akhirnya kami ambil keputusan tukar rupa tangga rumah sewa kami di sini.

red carpet

Pilihan carpet - mestilah lebih tebal dari yang sedia ada supaya anak-anak senang berlari turun naik tangga tanpa bunyi bising dan juga warna pilihannya, well... since tak boleh nak harapkan orang bentang red carpet untuk kita, maka warna merah menjadi pilihan kami.


man at work

at last - the red carpet stair

comfortably naik tangga at last

Bolehla.. terapi untuk orang stress seperti saya di sini..

Thursday, January 10, 2008

Invigilation Again


Minggu ini saya agak sibuk. Dah namanya cikgu, apa lagi yang boleh dibuat, tentulah jaga exam. Yes, another invigilation for the Autumn Semester. Sebenarnya saya sudah malas untuk invigilate buat kali ini. Apabila mendapat slot tugas, saya pulangkan kembali tetapi kemudiannya saya dimarah/dibebel melalui e-mail dengan ketua exam. Malas betul lah..

Tetapi apakan daya, nak tidak nak, saya terpaksa menuntut kembali slot-slot itu. Nak buat macam mana.. Selagi kepakaran jaga exam diperlukan, terpaksalah saya melayannya. Sekilas air di sungai, sudah tahu jantan betinanya. Inikan pula jaga exam, sekilas air di sungai dah tahu siapa meniru atau tidak. Begitulah kalau dah PAKAR...

Tidaklah, sebenarnya mulanya jaga exam ni sekadar suka-suka mencari pendapatan lebih. Sejam kami dibayar £7 ditambah setengah jam sebelum dan selepas invigilate. Kalau paper 3 jam, dapatlah lebih kurang £28. Kali ini saya hanya mendapat 7 kali invigilation setelah saya menolak beberapa slot. Mana tahu kot-kot saya boleh mendapat satu set periuk Tefal semasa boxing day (jualan runtuh) tahun ini nanti. Maklumlah semasa boxing day sahaja-lah yang mampu beli Tefal.

Jaga exam di sini tidaklah sesukar mana. Agak relax berbanding jaga exam semasa saya bekerja dahulu. Di tempat kerja lama saya dahulu, kami diberi amaran tidak boleh melakukan aktiviti yang boleh melalaikan kami dari jaga exam. Aduh.. 2 jam rasa seperti 2 tahun. Apa lagi kalau 3 jam!! Di sini, okay-lah. Sekurang-kurangnya boleh juga saya membelek-belek journal paper walaupun tidak membacanya...

Salam Maal Hijrah buat semua. Lagu Hijjaz ' Pepatah Pujangga' ini khas untuk KITA.

Friday, January 04, 2008

Kalendar Kuda


Awal tahun yang paling mewah adalah mendapat pelbagai jenis kalendar juga diary dan organizer. Tapi awal tahun saya di sini paling miskin dengan kalendar. Semuanya kena cari sendiri. Itupun payah sekali berjumpa.

Walau canggih bagaimanapun kalendar yang saya dapat sebelum ini, yang paling dekat dengan saya adalah kalendar kuda. Entah mengapa, tetapi setiap tahun sebelum ini saya tidak pernah lupa untuk mencari kalendar kuda. Mungkin ia agak informatif dari segi memberi maklumat tentang 'event-event' yang ada di tempat kita. Rupanya mungkin kurang tapi isinya cukup padat...

This year 2008, I miss you Kalendar Kuda...