Thursday, January 10, 2008

Invigilation Again


Minggu ini saya agak sibuk. Dah namanya cikgu, apa lagi yang boleh dibuat, tentulah jaga exam. Yes, another invigilation for the Autumn Semester. Sebenarnya saya sudah malas untuk invigilate buat kali ini. Apabila mendapat slot tugas, saya pulangkan kembali tetapi kemudiannya saya dimarah/dibebel melalui e-mail dengan ketua exam. Malas betul lah..

Tetapi apakan daya, nak tidak nak, saya terpaksa menuntut kembali slot-slot itu. Nak buat macam mana.. Selagi kepakaran jaga exam diperlukan, terpaksalah saya melayannya. Sekilas air di sungai, sudah tahu jantan betinanya. Inikan pula jaga exam, sekilas air di sungai dah tahu siapa meniru atau tidak. Begitulah kalau dah PAKAR...

Tidaklah, sebenarnya mulanya jaga exam ni sekadar suka-suka mencari pendapatan lebih. Sejam kami dibayar £7 ditambah setengah jam sebelum dan selepas invigilate. Kalau paper 3 jam, dapatlah lebih kurang £28. Kali ini saya hanya mendapat 7 kali invigilation setelah saya menolak beberapa slot. Mana tahu kot-kot saya boleh mendapat satu set periuk Tefal semasa boxing day (jualan runtuh) tahun ini nanti. Maklumlah semasa boxing day sahaja-lah yang mampu beli Tefal.

Jaga exam di sini tidaklah sesukar mana. Agak relax berbanding jaga exam semasa saya bekerja dahulu. Di tempat kerja lama saya dahulu, kami diberi amaran tidak boleh melakukan aktiviti yang boleh melalaikan kami dari jaga exam. Aduh.. 2 jam rasa seperti 2 tahun. Apa lagi kalau 3 jam!! Di sini, okay-lah. Sekurang-kurangnya boleh juga saya membelek-belek journal paper walaupun tidak membacanya...

Salam Maal Hijrah buat semua. Lagu Hijjaz ' Pepatah Pujangga' ini khas untuk KITA.

10 comments:

~ahni~ said...

Tak pe lah ZLaa, kuatkan semangat mu demi TEFAL! Heheheh

Kak Elle said...

salam maal hijrah zlaa...good $$ to earn kan just to invigilate..tefal must be cheaper over there rite?

ukhti27 said...

Salam Ma`al Hijrah 1429 ya Habibati :)

May ALLAH `Azzawajalla
preserve and protect U,
keep U strong on the straight path,
forgive Ur sins and make U successful
in this life and the hereafter.

ALLAHumma amiin.

Nur said...

Salam Kak Zlaa..pulun kak untuk dapatkan TEFAL tu....Saya pulak asyik kena panggil buat soalan exam PTK, tahun lepas je 3 kali..ni minggu depan nak pi pulak KL buat soalan jugak..Macam kak jugak le, tambah pendapatan tambahan..boleh la kalau mengidam apa-apa kan?

cikMilah said...

Salam Maal Hijrah Zlaa
Semauga makbul segala cita-cita mu...

bimmer553 said...

best kalau dapat buat part time job macam tu. sure seronok tengok pelajar pelajar yang tengah mengelabah tu ....

silversarina said...

salam maal hijrah.

oklah dapat extra money untuk beli TEFAL...idaman setiap wanita ..hehe. Masa kat jordan tengok ajelah Tefal sebab teramat mahal. Bulan lalu minta hubby belikan di Abu Dhabi boleh tahanlah murah harganya...kena pilih jugak Tefal ni sebab ada yang ringan ada yang berat dan bagus quality... selamat membeli tefal :)

alqasam said...

Salam kak.

Salam Maal Hijrah.

Kullu 'Am Wanahnu ilAllahi aqrabu. Kagum akak dah selesai thesis. Saya, aduhai tengah correction. Pening kepala. Tolong doakan ya.

ZLAA said...

~ahni~,

He..he..kena kuat semangat tapi kalau boleh next semester tak nak dah..

Kak elle,

Yup, Tefal is much much cheaper here especially waktu sale dia. Worth buying.

ukhti27,

Salam Maal Hijrah. Thank you so much. Wishing you happiness too.

nur,

Ni last lah kot buat part time. Dah malas dah..

cikmilah,

Salam Maal Hijrah buat Cikmilah juga. Muga bahagia selalu

bimmer553,

Seronok memang seronok tetapi time consuming jugak..

silversarina,

Tefal memang bagus. Non stick pan dia boleh harap.

alqasam,

Salam Maal Hijrah. Akak belum habis. Masih terkial-kial.. Doakan ya..

suria said...

I love teaching..
I dont mind marking..
Tapi I HATE invigilting..
Sabar ajelah masa invigilate ni..

My boss ni..masa invigilate ..tak boleh baca...tak boleh borak borak...