Friday, January 04, 2008

Kalendar Kuda


Awal tahun yang paling mewah adalah mendapat pelbagai jenis kalendar juga diary dan organizer. Tapi awal tahun saya di sini paling miskin dengan kalendar. Semuanya kena cari sendiri. Itupun payah sekali berjumpa.

Walau canggih bagaimanapun kalendar yang saya dapat sebelum ini, yang paling dekat dengan saya adalah kalendar kuda. Entah mengapa, tetapi setiap tahun sebelum ini saya tidak pernah lupa untuk mencari kalendar kuda. Mungkin ia agak informatif dari segi memberi maklumat tentang 'event-event' yang ada di tempat kita. Rupanya mungkin kurang tapi isinya cukup padat...

This year 2008, I miss you Kalendar Kuda...

13 comments:

MAMAMIA said...

I pun tengah tunggu calender kuda tu. Selalu my father dapat lebih dari kedai runcit, bolehlah minta satu.

lagi satu kalender yg I suka, yg ada waktu sembahyang, senang nak plan outings...

epelijau said...

Salam Kak Zlaa..
Memang semua orang dok mencari kalendar kuda ni. Saya ada banyak kak. Supplier bagi. Segala jenis kalendar ada. Sampai saya pulak yang tukang membahagikan kepada orang lain.

cikMilah said...

Kasi address you Zlaa, I post bagi you. Macam epelhijau I masih ada banyak kuda kat ofis dan kat umah.

ADIEJIN said...

awak suka main kuda ek ? ahaks..tih tih..

~ahni~ said...

Tahun ni belum dapat table calendar and diary/planner... teruk sungguh.... tapi kalendar kuda Alhamdulillah ada, sebab kalau rajin membeli kat kedai kecik2 dapat la.... kalau hypermarket tak dapat.. hu hu hu...

silversarina said...

salam rindu,

I'm back...

Baru ni I balik Ipoh my SIL keluarkan kalendar kuda... memang nampak classic...

Kak Elle said...

zlaa I pun tak dpt calender kuda tahun ni selalu my gas delivery will send but this year satu pun takde...maybe I will buy from the chinese new year goodies calender the year of rat.

Nur said...

Salam kak, saya pun suka kalendar kuda..kak nak ke, bg alamat nak saya pos. Adik n Kakak dapat SMKA(P)Kangar, Nasibah di Sultanah Asma, anak Kak Ah, nanti bagi tau ye.. Jadi ke Qutub balik sini?

SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1429.

Pak Ngah: said...

:: salam... ada kalendar kuda... ada kalendar koyak sebulan sekali... ada kalendar koyak hari2... ada kalendar yang memuatkan 12 bulan dalam sekeping poster... dll... macam2 ada... apa2pun semua tu ada manfaatnya...

Ummi said...

u are not alone.. i pun tak ada kalendar tahun ni. padahal shopping bagai nak rak hujung tahun.. tak satu pun supermarket bagi.. tetapi i dapat gak sampai 5 kalendar kuda dari my mom. meh i postkan satu untuk you..

ZLAA said...

mamamia,

Memang selalunya kedai runcit, kedai tayar, kedai basikal saja yang bagi kalendar kuda ni.

epelijau,

Sini jangan haraplah orang nak bagi kalendar. Cari sendirilah..

cikmilah,

Terima kasih banyak-banyak. I really appreciate it. Tapi, rasanya tak payahlah kot. Satgi I terliur tengok cuti2 you all. I sini tak ada cuti banyak macam tu.

adiejin,

he..he..

~ahni~,

Samalah kita. I tahun ni paling miskin kalendar. Ada-lah satu. Tu pun beli sendiri.

silversarina,

Salam Rindu kembali. Glad you are back to the cyber world. Kalendar kuda tak cantik tapi very imformative for me.

Kak Elle,

Kedai-kedai kecik je yang ada kalendar jenis ni. Kedai-kedai besar kalendar dia orang canggih-canggih.

nur,

Terima kasih atas ingatan nak hantar. Tak payah lah kot sebab satgi geram tengok cuti di Malaysia banyak.

pak ngah,

Memang kalendar kuda banyak manafaatnya. Banyak maklumat. Rupa out-lah

ummi,

Thanks for the thought. Tak apa-lah. I tak mau sedih tengok cuti-cuti you all. Jealous!

© OD said...

I miss Kalendar Kuda gak...

Anonymous said...

mane nk cari kalendar kuda dlm bentuk pdf ek?