Sunday, January 27, 2008

Susah..

Minggu lepas supervisor sudah kembali dari Australia. Sepanjang percutiannya saya ada mengirim draft paper untuknya. Saya e-melkan malam dan esok pagi bangun sahaja dari tidur, saya on-kan PC dan sudah mendapat balasan ulasan draft paper saya. Tiga suku mukasurat penuh komen-nya atas penulisan saya.

Pedih, perit tapi saya bersyukur dapat belajar banyak darinya. Muga Tuhan panjangkan umurmu Supervisorku dan tetapkan dia di University ini agar dia dapat menyelia saya.. Saya risau hatinya bertukar ke Australia memandangkan ramai rakyat British sudah mula beralih arah ke Australia dan New Zealand hinggakan ada rancangan TV khas utuk mereka yang ingin berhijrah ke sana. Mudahan tidak buatmu Supervisorku..

Minggu lepas juga dia menyuarakan hasratnya untuk menghantar saya ke Belgium pada September ini untuk saya lebih terdedah dengan 'Ant'. Boleh sahaja Prof, tidak ada hal. Sudah pasti saya mahu... Saya tahu dia ragu-ragu kerana kerenah saya yang kurang respon. Mmm...sebenarnya jauh di hati saya, saya risau kerana saya rasa seperti tidak mampu menanggung berat studi ini. Sangat susah dan rumit. Hanya Tuhan yang tahu...

Minggu ini, Supervisor saya juga mengatur pertemuan saya dan seorang Professor dari Canada yang arif tentang problem domain saya. Domain ini baru sahaja saya nak terokai. Diminta saya bertanya apa-apa yang saya tidak tahu tentang domain saya pada Professor. Aduh!... saya pun tidak tahu apa yang saya tidak tahu.. Masalah sungguh.

Akhirnya dalam tidak tahu apa tidak tahu saya berjumpa Gendreau selama 2 jam. Saya membawa Gendreau melencung ke topik lain sebenarnya. Dia e-melkan paper-papernya dan selebihnya saya bawa dia bersembang tentang bab penyelidikan. Selamat... MasyaAllah, Gendreau ini walaupun sudah tahap expert tetapi sifat merendah dirinya sangat terserlah.


Tidak pernah mengaku semua penyelidikan dan penulisan adalah hasil kerjanya tetapi sentiasa menyebut semuanya adalah hasil kerja rakan-rakannya dan dia sendiri dan dia banyak belajar dari rakan-rakannya. Umurnya hampir 60 tapi masih sangat gigih bekerja. Kalau saya, entahlah.. Minggu ini saya harus lebih banyak membaca untuk bertanya apa-apa lagi yang tidak tahu kerana Gendreau akan berada hingga Jumaat depan. Oh..Tuhan, mudahkan laluanku...



Professor Gendreau

11 comments:

silversarina said...

Bertuah zlaa dapat bertemu para ilmuwan di sana.

InsyaAllah dipermudahkan urusan menuntut ilmu untuk zlaa.Amin.

epelijau said...

Salam kak..
seronoknya akak boleh jumpa ramai expert dlm bidang akak.
sy cukup seronok jumpa org yg bagus dan berilmu tp merendah diri...sbb tak bunyi bising mcm tin kosong diletakkan syiling 10 sen dalam tu..hehehe..all the best kak..

nurazzah8 said...

salam zlaa,
apa khabar? lamanya tak dgr berita...akak baru balik minggu lepas dari haji. Alhamdulillah semua sihat, bila balik sini baru terasa penat. After 1 week dah okay, dah boleh adjust dgn time Msia...kalau tak asyik mengantuk aje...maklumlah 44 hari kat Mekah dan Madinah dgn beza waktu 5 jam...
have to start my gear back...loads of works r waiting for me...gud luck for ur study...erlier this month Kak Liza(PM Nursuriati, wife Tn Hj Khalil) dah lepas viva dia... hurm...hv to finish writing my thesis...supervisor dan bising..."balik haji ni u kena siapkan tulis thesis!!!"
wslm.

Ummi said...

seronoknya dengar orang buat phd nilah.. susah ya? tak laratlah ummi rasanya.

harap zlaa terus berjuang untuk habiskan ya.

nampak muda lah professor you tu! :)

cikMilah said...

Kita tau Zlaa kuat hadapi cabaran PhD. Doa saya semuga dipermudahkan segala urusan dan sihat rubuh badan , cerdas minda. Amin.

MULAN said...

insyaAllah.. usaha, doa & tawakkal. semoga dipermudahkan segalanya..

ZLAA said...

Silversarina,

Terima kasih atas doa.

epelijau,

Terima kasih. All the best juga buat epelijau.

Nurazzah8,

Welcome back home. Takziah atas pemergian MIL you. Harap-harap you diberi kekuatan, laluan yang mudah untuk siapkan writing you. Nanti dah grad, belanja I kat cafe bawah tu ye..

ummi,

I rasa belajar tahap ini yang paling susah. Dulu-dulu I ingat tak susah kot since taka ada exam selalu. Rupanya tekaan I meleset..

Cikmilah.

Terima Kasih atas doa. I really need that.

Mulan,

Terima Kasih. Hope you dah settle down and enjoy staying back in Malaysia.

Nur said...

Salam Kak Zlaa..semoga dipermudahkan semua urusan. Salam buat semua di sana.

© OD said...

Salam Zlaa...
Semoga doa Zlaa dimakbulkan. Memang ramai Briton yang datang ke sini. Entah apa yang menariknya, OD pun tak tahu (well, as for me... I have come here for love!!! Gegegegegege). All the best Zlaa.

ZLAA said...

Nur and OD,

Terima kasih. Apa yang best kat Australia tu OD?

hnbi said...

Salam..
Tu lah kan dah habaq dulu. Mai la ke Austolia ni.