Thursday, February 28, 2008

Orang Arab cakap Kelantan

Belajar tips belajar bahasa asing dari Ustaz Arab ni

Monday, February 25, 2008

Jalan-jalan Leicester

perjalanan ke Leicester

Hujung minggu baru ini kami berjalan-jalan ke Leicester. Release Tension. Dekat sahaja Leicester dari Nottingham, lebih kurang 40 minit perjalanan. Nak jalan jauh-jauh, masa tiada.

I am no fan of pinggan mangkuk. Tetapi, khabarnya di Leicester ini terdapat satu kedai yang menjual pinggan mangkuk yang bukan dari jenis 'royal-royal' buatan UK seperti di Stoke. Khabarnya ada dijual arcopal, luminarc, correlle, corning ware etc..



Where am I? Leicester or Lahore?


All along the way on this road, almost all the shops are the Indian's or Pakistani's

bandar Leicester


Kami singgah di Kedai Cina Tai Fat ini untuk membeli kicap manis Habhal, beras pulut, ikan pekasam.

Singgah di masjid Al-Huda untuk solat Zohor. Petang Sabtu rupanya ada pengajian muslimah di kalangan bangsa Afrika. Seronok melihat mereka mengaji dan berusrah. Masing-masing bergaya si sebalik jilbab yang labuh.

Akhirnya kedai Falcon, lebih kurang Maidin Store di tempat kita. Kepunyaan bangsa India. Barang di dalamnya pun lebih kurang Maidin tetapi pinggan mangkuknya lebih kurang di Langkawi.

Deretan Arcopal

Luminarc

More of Arcoroc, Arcopal, Luminarc

Aha.. ini yang paling saya sukai. Corelle, Corning Ware. Boleh tahan mahalnya. Calling-calling pakar harga pinggan di Notts, katanya di Bradford lagi murah dan lagi banyak pilihan. Oh! ye ke??, Maka tak jadi-lah membeli.. Kita tunggu jalan-jalan Bradford pula.

Deretan periuk Mastercook - lebih kurang periuk cap Buaya kita di sana. Tapi, lebih baik kualitinya.
Perjalanan pulang ke Nottingham.

Saturday, February 23, 2008

Kerja..


Gila.... kerja satu hari suntuk tanpa henti (kecuali makan, solat) dengan 1 PC dan 1 laptop serentak, hanya mendapat tiga paragraph pendek!!.. Apalah malang sangat hasilnya. Macam ni bila nak habis study ni..?? Nampak gayanya saya kena target tak tidur malam hari ini.

Sepanjang saya belajar dari muda hingga setua begini, tidak pernah saya tidak tidur semalaman kecuali sekali. Itupun kerana terpaksa. Esok paginya saya rasa seperti berjalan atas air. Berfikir panjanglah kawan-kawan jika mahu sambung study..

Kerja..kerja.. jangan tak kerja..

p.s kita dengar lagu raggae-lah, Bob Marley.

Friday, February 22, 2008

Kembar


My... J.Lo sudah bersalin. Di pagi Jumaat di New York. Kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Di usia 39 tahun mendapat bayi pertama.

Teringat saya kami menerima tetamu yang baru tiba dari Malaysia, di bulan puasa yang baru ini. Sepasang suami isteri, masih muda, berumur 30 tahun mempunyai anak 4, yang kecil sekali juga sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Bayangkan jika terus menerus bersalin, dan juga menerima kembar, berapakah bilangan anak mereka di usia seperti J.Lo? Caya-lah Siti dan Agus..

Wednesday, February 20, 2008

Belajar-lah...


Ada orang bilang belajar di peringkat PhD ada pasang surutnya. Kadang-kala begitu bersemangat, kadang kala surut semangatnya. Kadang kala marak menyala. Kadang kala malap, gelap gelita. Apa sebenar masalahnya?...

Diri-kah yang bersalah atau 'research' itu sendiri yang bermasalah? Agaknya seperti iman kita. Ada pasang surutnya. Di kala iman tengah mendadak naik, kita bersemangat melakukan ibadat, ibadat sunat, berzikir, mengaji Quran. Di kala iman tengah malap, hanya yang mampu solat 5 waktu, itupun di akhir-akhir waktu.. Alangkah teruknya seorang manusia itu..

Maka dengan itu, perbaiki-lah diri. Muhasabah-lah tujuan hidup. Mudahan ada bara yang mampu menyalakan sesegera mungkin semangat membaca tulisan-tulisan halus untuk literature review ku ini.

Posting ini tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati..

Saturday, February 16, 2008

Selamat Mengundi

Antara video clip yang mendapat ranking paling tinggi di 'Rude Tube' di sini. Satu-satunya video clip dari negara India. Enjoy... dan Selamat Mengundi

Tuesday, February 12, 2008

Ambil Ringan versus Ambil 'Stress'


Semenjak dua-menjak ini saya malas pusing kepala. Saya mula cuba untuk mengambil ringan kerja-kerja study saya. Mengambil ringan di sini ialah saya cuba untuk tidak menganggap susah dan sukar. Saya perlu mengubah cara pemikiran saya. Dan mengambil ringan di sini tidak bermakna saya tidak ke school dan mula enjoy. Ia berlainan ya.. Saya masih ke school tiap-tiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Mengambil ringan juga bermakna saya mula mencari bahan-bahan tontonan di car boot. Ahad baru ini, saya memborong video (bukan CD ya). Semurah 10 pence video mudah didapati. Antaranya cerita-cerita lama seperti kisah cinta trajis Titanic, cerita lama Planet of the Apes, siri Back to the Future, Lords of the Ring, Police Story Jacky Chan dan banyak lagi. Cerita-cerita sebegini yang murah pun..

Dan juga kami membeli X-box habuan dibuat media centre bagi men'download' movie-movie terkini.., di samping mengupgrade play station 1 anak-anak ke games yang lebih canggih sedikit.

Menonton Titanic berulang kali walaupun trajis, sedih, menangis berulang kali dan juga cerita lain memang membuat saya relax..

Saya menunggu hasil 'ambil ringan' saya ini. Ok ke tidak untuk diadaptasikan pada situasi saya sekarang... Jika okay, bolehlah diteruskan.. jika tidak, ambil stress-lah..

Wednesday, February 06, 2008

Friendster


Anak-anak gadisku mengilai friendster. Pantang PC free, yang dituju adalah friendster. Tak faham saya.. Benarlah, dunia mereka dan saya berbeza.

Kemudiannya saya terjumpa artikel mengenai Friendster: http://aisaralex.blogspot.com/2007/12/kempen-menjauhi-friendster-setuju-atau.html

Friday, February 01, 2008

Al Fatihah

Al Fatihah buat Almarhum Tuan Guru Dato' Haji Ishak Baharom. Muga Almarhum di tempatkan bersama golongan auliya, syuhada dan orang-orang yang soleh. Sukar mencari Mufti sepertinya.