Wednesday, February 20, 2008

Belajar-lah...


Ada orang bilang belajar di peringkat PhD ada pasang surutnya. Kadang-kala begitu bersemangat, kadang kala surut semangatnya. Kadang kala marak menyala. Kadang kala malap, gelap gelita. Apa sebenar masalahnya?...

Diri-kah yang bersalah atau 'research' itu sendiri yang bermasalah? Agaknya seperti iman kita. Ada pasang surutnya. Di kala iman tengah mendadak naik, kita bersemangat melakukan ibadat, ibadat sunat, berzikir, mengaji Quran. Di kala iman tengah malap, hanya yang mampu solat 5 waktu, itupun di akhir-akhir waktu.. Alangkah teruknya seorang manusia itu..

Maka dengan itu, perbaiki-lah diri. Muhasabah-lah tujuan hidup. Mudahan ada bara yang mampu menyalakan sesegera mungkin semangat membaca tulisan-tulisan halus untuk literature review ku ini.

Posting ini tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati..

10 comments:

silversarina said...

I respect orang yang macam you, belajar setinggi boleh, , pengorbanan yang dilakukan selama ini takkan sia-sia, kejayaan menanti dalam sedikit masa lagi... bukan salah reserach , bukan juga salah diri sendiri, ianya sebagai menjadikan diri lebih berkualiti dan lebih berilmu .. teruskan perjuangan, INsyaAllah berjaya.

epelijau said...

kak..
hihihi...sy pun hampir nak menulis tajuk yg sama dlm blog...since akak dah tulis..sy tak jadilah...
isnin sy bermasalah dgn equipment...frust sgt..terus balik rumah buat kek kukus..selasa pagi dlm perjalanan ke lab sy meraung dlm kereta..hari ni saya sakit belakang...nampaknya posting akak ni berkaitan dgn perasaan sy tika dan saat ini..hahahah...caiyok kak!! kita boleh!!

are you said...

salam kak...

bila belajar ni mmg byk pengorbanan yg perlu di buat. tho sy blm lg smp ke peringkat akak tp kdg2 bila dtg stress menangis jugek.

semangat perlu kuat kan kak? akak boleh!!!!!

ADIEJIN said...

errrr...tak paham..ni pasal apa ni ? sungguh saya tidak memahami.

hnbi said...

Hmmm...I pun berasap-asap otak masa buat lit rev. Alhamdullillah akhirnya sempurna. Kena kuat semangat dan sanggup berfikir sekuat-kuatnya. dan jgn lupa selalu discuss dengan supervisor. Kalau tak faham atau rasa tersangkut pergi je buat muka welfare depan supervisor..Wish you luck!

nurazzah8 said...

zlaa,
kuatkan semangat...(ni sebenarnya mcm cakap kat diri sendiri jek...mmg betul pun) sejak balik dari haji ni, akak pun Alhamdulillah dah bersemangat semula...segala-galanya... dari segi ibadah dan juga kerja dan belajar... nampaknya kena seimbangkan semua...tapi mmg kena disiplin yg tinggi...akak tgh pulun nak habiskan thesis...apalagi semalam seorang lagi rakan CS kita dah lulus VIVA Phd beliau(yg menyuntik semangat apatah lagi beliau tu dulu student akak. Akak mengajar dia semasa Diploma..semalam dia telah melepasi VIVA.. tak boleh jadi ni...anak murid dah potong trip cikgu!!!)
... mari kita sama-sama memberi semangat di antara satu sama lain.
InsyaAllah jgn lupa minta kpd Allah..

Nur said...

Salam kak, saya yakin kak boleh buat semuanya, kuatkan semangat..tabik la kat kak..KAK BOLEH.

cikMilah said...

Saya dengar rintihanmu, saya faham beratnya penanggungan itu, tapi saya tak reti nak nasihat atau nak tolong. Saya doakan dari jauh, Zlaa ( epel dan azzzah8 dan semua kita) akan kembali bersemangat dan bertenaga meneruskan nya...sampai jaya

ZLAA said...

To all,

Thanks for the concern. Rasanya bara tu dah mula menyala sikit demi sedikit selepas membaca kata-kata semangat dari you all.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Terima kasih kerana menyinggah di blog saya.

Sedang menyudahkan Ph.D? Kadangkala rasa 'terhimpit'? Ehmm..seperti pernah dengar..

Sebabnya, sayapun baru selesai Ph.D secara sambilan selama 8 tahun baru tahun sudah). Sepanjang pengajian, seribu satu macam perkara dan dugaan berlaku. Anak-anak menempuh peperiksaan, mereka ke asrama, ibu jatuh sakit akibat strok dan terlantar di katil selama tiga tahun, menjaga dan menguruskannya, kematiannya, penyelia bersilih ganti (pindah, tamat kontrak), orang masuk meminang anak sulong, pertunangannya, kerja kahwinnya, anak ke luar negara...sunyi mengumpul data di bilik gelap radiologi berbulan-bulan..menakutkanpun!..Macam-macam.. Dipendekkan cerita..sehingga dapat cucu berusia dua tahun baru selesai...Apabila buntu dan tertekan, saya menulis...semasa itulah lahirnya novel-novel buat remaja saya seperti "Dafodil untuk Insyirah", "Sentuhan Muttaqeen" dan sebagainya..

Puan menulis dalam blog...bagus begitu..cara mengurangkan dan mengatasi ketegangan..

Tidak mengapa Puan...Teruskan berusaha, kuatkan semangat..jangan lupa solat hajat selalu..mohon Allah permudahkan segala urusan.

Saya akan selalu mendoakan sahabat-sahabat yang sedang melanjutkan pengajian...dan tentu sekali, nama puan akan masuk dalam senarai...

Moga Puan sekeluarga juga akan sentiasa dirahmati Allah...Amin