Monday, February 25, 2008

Jalan-jalan Leicester

perjalanan ke Leicester

Hujung minggu baru ini kami berjalan-jalan ke Leicester. Release Tension. Dekat sahaja Leicester dari Nottingham, lebih kurang 40 minit perjalanan. Nak jalan jauh-jauh, masa tiada.

I am no fan of pinggan mangkuk. Tetapi, khabarnya di Leicester ini terdapat satu kedai yang menjual pinggan mangkuk yang bukan dari jenis 'royal-royal' buatan UK seperti di Stoke. Khabarnya ada dijual arcopal, luminarc, correlle, corning ware etc..



Where am I? Leicester or Lahore?


All along the way on this road, almost all the shops are the Indian's or Pakistani's

bandar Leicester


Kami singgah di Kedai Cina Tai Fat ini untuk membeli kicap manis Habhal, beras pulut, ikan pekasam.

Singgah di masjid Al-Huda untuk solat Zohor. Petang Sabtu rupanya ada pengajian muslimah di kalangan bangsa Afrika. Seronok melihat mereka mengaji dan berusrah. Masing-masing bergaya si sebalik jilbab yang labuh.

Akhirnya kedai Falcon, lebih kurang Maidin Store di tempat kita. Kepunyaan bangsa India. Barang di dalamnya pun lebih kurang Maidin tetapi pinggan mangkuknya lebih kurang di Langkawi.

Deretan Arcopal

Luminarc

More of Arcoroc, Arcopal, Luminarc

Aha.. ini yang paling saya sukai. Corelle, Corning Ware. Boleh tahan mahalnya. Calling-calling pakar harga pinggan di Notts, katanya di Bradford lagi murah dan lagi banyak pilihan. Oh! ye ke??, Maka tak jadi-lah membeli.. Kita tunggu jalan-jalan Bradford pula.

Deretan periuk Mastercook - lebih kurang periuk cap Buaya kita di sana. Tapi, lebih baik kualitinya.
Perjalanan pulang ke Nottingham.

12 comments:

maklang said...

kalau jalan bradford, maklang nak kirim corelle boleh tak?memang minat betul ni corelle ni...

ZLAA said...

Maklang,
Boleh. Nak dinner set ke? Nak casserole ke?

silversarina said...

Agaknya banyak bandar di UK dikuasai orang India dan Pakistan ye...

Akak pun minat corelle..cantik , ringan dan tahan lasak .

Dalilawati Zainal said...

Bestnye jln2. Kat Bradford corelle murah? wah...shopping sakan le klu ke sana ye?

ummufawwaz said...

jalan2 lagi..
akak drive ke?
ke croydon road bila lg?
sudi2 kan lah..

nurazzah8 said...

huish...bestnya jalan-jalan cari pinggan... corelle..??? nak..nak...kirim boleh? hehehe... corelle kat rumah ni yg beli kat US masa time akak belajar dulu pun ada lagi... punyalah tahan lasak.. dah over 20 years akak pakai... tapi bunga lama-lama lah...skrg nih dah byk keluar bunga baru....

ZLAA said...

Silversarina,

Corelle mahal la.. Nampak mcm kebanyakan tempat di sini dah penuh dengan bangsa dia orang

Dalilawati,

Niat di hati nak shopping tapi budget student mana-lah cukup. Hi..hi..

ummufawwaz,

Jalan dekat je. InsyaAllah, ada rezeki boleh jln situ

Nurazzah8,

Boleh je nak kirim. Nanti bagitahu la

cikMilah said...

Zlaa, corelle mahal api alah membeli menang memakai..macam kata Azzah8,walau dah 20tahun, pakai hari2 pun masih berkilat. Ermmm, periuk tu, memang bagus.. kita beli kat Langkawi free duti jer..

cikMilah said...

Zlaa, corelle mahal api alah membeli menang memakai..macam kata Azzah8,walau dah 20tahun, pakai hari2 pun masih berkilat. Ermmm, periuk tu, memang bagus.. kita beli kat Langkawi free duti jer..

zahra said...

where could i buy the same arcopal dinner sets which were shown in your photos?
i would be very thankfull if you would kindly tell me the address.
THANK YOU

ZLAA said...

Salam

Address for Falcon is :

Falcon
82A Syston St West
Leicester
Leicestershire LE1 2JU

tunelife said...

Salam,

Saje nak share..saya ada menjual Corelle daripada USA dengan harga yang murah daripada pasaran. Ada ready stock dan ada juga pre order.

Bayaran boleh dibuat secara ansuran dan tidak lama lagi, pembayaran secara kad kredit pun boleh.

Jomlah layari http://corellemalaysia.com/ sekarang utk jamu2 mate..hehe.. Jumpa anda di sana :)