Saturday, February 23, 2008

Kerja..


Gila.... kerja satu hari suntuk tanpa henti (kecuali makan, solat) dengan 1 PC dan 1 laptop serentak, hanya mendapat tiga paragraph pendek!!.. Apalah malang sangat hasilnya. Macam ni bila nak habis study ni..?? Nampak gayanya saya kena target tak tidur malam hari ini.

Sepanjang saya belajar dari muda hingga setua begini, tidak pernah saya tidak tidur semalaman kecuali sekali. Itupun kerana terpaksa. Esok paginya saya rasa seperti berjalan atas air. Berfikir panjanglah kawan-kawan jika mahu sambung study..

Kerja..kerja.. jangan tak kerja..

p.s kita dengar lagu raggae-lah, Bob Marley.

8 comments:

silversarina said...

Kerja dan tidor kena selari dan diselaraskan, teruskan kerja, akak sentiasa bagi moral support pada zlaa...

gimme a Z, gimme an L, gimme an A, gimme an A...

GO ZeeeLLLaaaaa...

have a nice weekend !!

nurazzah8 said...

tumpang lalu zlaa,

silversarina, ... terbayang kat kepala ni you jadi ketua cheerleaders!!!

zlaa, jom sama-sama take the batton, pass the batton..sehingga ke garisan penamat...

MAMAMIA said...

Tu recent photo ke?

Saya tak boleh tak cukup tidur... Effect dia sampai berhari2.

I pun nak cheer for U & Nurazzah8. See you both at the garisan penamat.

are you said...

nak join jugak la...

go go go kak zlaa...

faizabelle79 said...

kerja-kerja ni sampai bila pun x akan habis...so kerja la dgn bersungguh-sungguh...

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Tidak mengapa,

Belajar peringkat Ph.D ini, kita hanya berlawan dengan diri sendiri. Tidak ada persaingan dengan orang lain...

Kita berada dalam terowong sendirian...kadangkala berlari, kadangkala berjalan, bila letih sangat...kita menapak...lebih teruknya kena merangkak, namun yang pastinya kita perlu bergerak walaupun seinci sehari...kerana di hujung sana ...ada terpancar satu cahaya yang memanggil-memanggil walaupun kadangkala cahaya itu seperti begitu terlindung dan samar-samar...tiba satu selekoh nanti, ia akan bersinar dengan terangnya, Insya Allah...percaya dan yakinlah!

Teruskan perjalanan dalam terowong...Moga Allah mempermudahkan segala urusan...Amin.

(Saya ada tinggalkan sedikit komen pada entri "Belajarlah..")

Wasalam..

Mimi Amilia said...

tengah bygkan gambor serabut tu kak zlaa..

hihihi..

chaiyok!chaiyok!

selamat berusaha.Insyaallah di permudahkan segala..

ZLAA said...

Tq friends for being very supportive. Bersemangat sikit bila kawan-kawan bagi semangat ni.