Tuesday, February 12, 2008

Ambil Ringan versus Ambil 'Stress'


Semenjak dua-menjak ini saya malas pusing kepala. Saya mula cuba untuk mengambil ringan kerja-kerja study saya. Mengambil ringan di sini ialah saya cuba untuk tidak menganggap susah dan sukar. Saya perlu mengubah cara pemikiran saya. Dan mengambil ringan di sini tidak bermakna saya tidak ke school dan mula enjoy. Ia berlainan ya.. Saya masih ke school tiap-tiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Mengambil ringan juga bermakna saya mula mencari bahan-bahan tontonan di car boot. Ahad baru ini, saya memborong video (bukan CD ya). Semurah 10 pence video mudah didapati. Antaranya cerita-cerita lama seperti kisah cinta trajis Titanic, cerita lama Planet of the Apes, siri Back to the Future, Lords of the Ring, Police Story Jacky Chan dan banyak lagi. Cerita-cerita sebegini yang murah pun..

Dan juga kami membeli X-box habuan dibuat media centre bagi men'download' movie-movie terkini.., di samping mengupgrade play station 1 anak-anak ke games yang lebih canggih sedikit.

Menonton Titanic berulang kali walaupun trajis, sedih, menangis berulang kali dan juga cerita lain memang membuat saya relax..

Saya menunggu hasil 'ambil ringan' saya ini. Ok ke tidak untuk diadaptasikan pada situasi saya sekarang... Jika okay, bolehlah diteruskan.. jika tidak, ambil stress-lah..

12 comments:

Nur said...

Salam Kak..sekali sekala kita perlu juga macam tu..hilang tension tapi awas jangan terlalu ambil ringan...saya pun kadang-kadang melayan tengok video,dengar musik ke, ...hilang segala kepenatan. Kak nanti nak balik bawa balik Magnet Frige kat saya ye.

ZLAA said...

nur,

Selalu tengok TV atau Youtube saja. Jarang pergi beli cd atau video. Ambil ringan ni tak mau susah-susah hati sangat, walaupun susah study. Nak fridge magnet? Mmmm...InsyaAllah kalau ingat nanti. Lama lagi nak balik.

are you said...

salam kak..

betul kata akak. kdg2 mmg kita kena ambil ringan. mcm are you normally jalan2 makan angin. x perlu jauh2 dekat2 pun dah ckp untuk hilangkan stress...

Nur said...

Kak Zlaa

TQ kak, nanti dekat-dekat nak balik tu, ingatla..kami ni entah bila la nak sambung study, Ku Chik pun tak pi daftar lagi..Kak Kirim salam buat semua disana ye.

epelijau said...

salam kak..
saya pun dok ambil ringan gak masa cuti CNY baru ni..habes segala pavillion, klcc, balik kampung saya redah..hasilnya ok gak kak..hihi..moga Allah permudahkan urusan kita...

faizabelle79 said...

kadang2 kita perlu bg ruang untuk diri sendiri untuk relekskan minda..buat benda yang boleh mengurangkan sedikit stress seperti menonton tv/cd/wayang,jalan-jalan,shopping ker..hehehe..then,balik semula ke asal..kerja yang mesti dilakukan..betul x?

silversarina said...

Masa belajar memang kadangkala stress, tapi okaylah you tahu tahap mana yang nak kena slow down sikit and hilangkan stress... InsyaAllah work hard pays off... Cheers!!

MULAN said...

salam.. u've been tagged sis..

me here feeling boring oredi la..
jgn la stress or depress nanti..

MULAN said...

visit my blog eh..

ummufawwaz said...

salam kak..

stress ke kak??
saya pun stress sejak pindah rumah ni..brg2 bersusun tak tau nk sorok mana..semua berkumpul dlm plastik..
nanti jumpe sukan musim sejuk naaa...
bleh regangkan otot2 yg stress tu...heheheh

ZLAA said...

are you,

Betul tu. Tapi tak boleh relax sangat. Nanti hilang fokus.

epelijau,

Bestnya jalan-jalan. Kat sini sejuk lah. Nak jalan-jalan siang pendek sangat.

Faizabelle,

Betul, setuju-lah cikgu. Bila due bersalin?

silversarina,

Belajar tahap ini lain sikit dari masa kita study undergrad dulu. No more exam. Ingat senang-lah kot, rupa-rupanya.... meleset tekaan.

mulan,

Thanks. Nanti, I free, I buat, okay?

ummufawwaz,

Aik, pindah rumah pun stress? Minta-lah si Fadil tu tolong jugak.

ZLAA said...

are you,

Betul tu. Tapi tak boleh relax sangat. Nanti hilang fokus.

epelijau,

Bestnya jalan-jalan. Kat sini sejuk lah. Nak jalan-jalan siang pendek sangat.

Faizabelle,

Betul, setuju-lah cikgu. Bila due bersalin?

silversarina,

Belajar tahap ini lain sikit dari masa kita study undergrad dulu. No more exam. Ingat senang-lah kot, rupa-rupanya.... meleset tekaan.

mulan,

Thanks. Nanti, I free, I buat, okay?

ummufawwaz,

Aik, pindah rumah pun stress? Minta-lah si Fadil tu tolong jugak.