Friday, March 28, 2008

Vegetarian dan makan


Berada di rantau orang, apa lagi di negara bukan Islam semestinya keraguan kami terhadap permakanan tidak boleh disangkal. Tetapi, kami agak bernasib baik dengan wujudnya golongan permakanan 'vegetarian' atau 'vegan'. Golongan ini sama sekali menolak produk yang mengandungi unsur-unsur haiwan. Maka sedikit sebanyak tempias tabiat mereka memberi 'advantage' kepada kami di sini.

Sedikit sejarah, 'vegetarians' bermula pada abad 6 sebelum Masihi lagi di India, Italy dan Greek, dan dipolopori oleh golongan ahli agama dan falsafah kuno. Popular di England sekitar 1800 sehingga Vegetarian Society ditubuhkan. Akhirnya ia merebak ke German, Netherland dan lain-lain negara Eropah. Tetapi yang paling hebat mendominasi golongan vegetarians ini adalah dari Indian Vegetarians, hampir 70% dari vegetarians dunia.
Sebenarnya golongan 'Vegetarians' dan 'Vegan' ini ada sedikit perbezaan. Golongan 'Vegan' ini wujud sekitar 1944 akibat kecewa, frust dengan golongan 'vegetarians' yang walaupun 'vegetarian' tetapi masih mengambil 'dairy products'. Golongan 'vegan' ini sama sekali menolak unsur-unsur haiwan samada dari makanan, pakaian atau apa jua keadaan yang melibatkan produk haiwan.

Tetapi, sebenarnya tidak semua produk 'vegetarians' ini sesuai untuk Muslim. Ada juga produk makanan mengandungi 'trace of alcohol'. Contohnya seperti rum dalam pembuatan roti atau kek.

Begitu juga dengan makanan yang mengandungi kandugan 'E' atau Emulsifiers. Contoh E471 yang terdapat di dalam butter, cokelat, ais krim dan lain-lain.

Juga hati-hati jika kita teringin memakan 'fish and chips'. Sesetengah pengilang menambah 'lager' yakni sejenis bir ke dalam adunan tepung mereka.

Ada banyak web mengenai maklumat permakanan halal. Antaranya: di sini dan di sini.

Friday, March 21, 2008

Cuti dan buku

Hari ini di UK adalah hari Good Friday. Kami bercuti sempena cuti Easter. Bila cuti ni terbayang pulak meja di ofis. Alahai....

Anak-anak mulai minggu lepas sudah mula bercuti sehingga hujung bulan. Kasihan juga mereka. Kerana kami tidak lagi ingin memandu akibat lesen Malaysia tamat tempoh laku setahun di sini maka semuanya tersadai di rumah. Aktiviti biasa, makan-makan, bermain PS, PC games juga menonton TV. Selain dari itu, tiada yang mampu dibuat memandangkan cuaca sejuk walaupun matahari terik. Mungkin juga sekali sekala waktu petang akan keluar bermain di padang Forest.

Si Khadijah, Zahraa merengek untuk berendam di dalam bath-tub. Anak-anak... Kita kesejukan, mereka pula ingin bermain air. Mesin basuh rosak. Kami masih menimbang samada untuk membeli yang baru atau yang 'second'. Saya sudah membuat survey online jika ingin yang baru. Order sahaja dan bayar online. Urusan penghantaran akan dibereskan. Itulah yang menarik di sini. Segala-galanya online. Urgh, saya suka sungguh dengan kaedah ini. Untuk booking ujian teori memandu pun secara online, tempah dan bayar. Tidak perlu bersusah payah pergi dan bayar. Jimat tenaga, jimat masa. Bila agaknya urusan kita di sana akan 100% online?

Saya mencari-cari buku ini "Saya Tidak Ingin Kaya tapi HARUS KAYA" untuk membeli secara online, tetapi belum bertemu. Hasil tulisan Abdullah Gymnastiar. Mencari melalui Amazon Indonesia juga tidak berhasil. Review buku ini agak menarik. Katanya di saat-saat kita futur, bingung, buku ini ada motivasinya (7B). Antaranya:

1. Beribadah dengan benar dan Istiqomah
2. Berakhlaq terpuji
3. Belajar dan berlatih tiada henti
4. Bekerja keras dengan cerdas dan ikhlas
5. Bersahaja dalam hidup
6. Bantu sesama
7. Bersihkan hati selalu

Mungkin buku ini sangat sesuai untuk diri saya, seorang pelajar tua... Salam Maulidur Rasul.

Sunday, March 16, 2008

Musibah itu Anugerah

Jumaat lalu, hari paling sedih. Kami ditahan polis di sini semasa sekatan jalan raya kerana memandu lebih dari 12 bulan.(Kami sudah 13 bulan di sini). Baru sahaja berhajat untuk mengambil lesen UK tapi kerana asyik sibuk dengan urusan seharian, kami bertangguh.

Nasib kami agak baik kerana hanya diberi amaran, tidak disaman juga kereta kami tidak ditarik. Yang datang mengambil kereta kami (oleh kerana kami tidak lagi boleh memandu) adalah salah seorang landlord Pakistan yang kami pernah berurusan. Dia mempunyai lesen penuh UK dan tercatat di insurannya boleh memandu sebarang jenis kereta.

Rasanya seperti serik untuk memandu di sini. Terlalu banyak peraturan. Lesen kita hanya laku setahun. Untuk mengambil lesen agak rumit. Untuk memiliki kereta juga banyak kerenah. Tetapi, InsyaAllah semua itu boleh diatasi cumanya yang paling sedih adalah kemungkinan kami terpaksa berpisah dengan kereta ini yang terlalu banyak jasa ini. Cara terbaik, menjualnya dan dapatkan sebuah kereta lain. Dan, belajar dan belajar untuk lulus peperiksaan memandu.

Sedih, sedih dan sedih...

Tetapi Allah tidak pernah membiarkan saya bersedih terlalu lama, sebagaimana di dalam Surah Al-Anfaal ayat 70 :

"Jika ALLAH mengetahui ada kebaikan dalam hatimu,niscaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu."

Sesungguhnya Ayat Allah itu penghibur, penenang. Saya redha Ya Allah. Dan yang saya mohon hanya-lah 'Ampunilah dosa-dosaku'. Sesungguhnya Musibah itu Anugerah.

Friday, March 14, 2008



Pilihan raya sudah berlalu..

Ada yang suka, ada yang duka. Hari itu, aku-lah segala-nya, tapi hari ini, aku tiada apa. Lumrah alam..

Buat yang menang, bekerja-lah dengan amanah untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.


Wednesday, March 05, 2008

Selamat Mengundi - 8 March 2008



Lagu Jolene Dolly Parton ini dedicated khas untuk perayu-perayu Undi yang tengah bekerja keras sekarang ini.

Selamat Mengundi. Mengundi-lah dengan bijak.


5 favourite links


Mulan has tagged me for my 5 favourite links:

The rules are:

1. Must be clean, no X-rated sites.
2. Only 5 links.
3. Must tell 5 people.
4. A link back to the person who tagged you.
5. An active link.

Here goes:

1. Yahoo - key to the Cyber World

2. Youtube - boring-boring lepak sini; lagu ada, ceramah ada, movie ada, you name it..

3. Blogger - apa lagi, blogging-lah.

4. Ebay - baru belajar bid, dah menang beberapa barang, yet trying to figure out apa lagi yang boleh di-bid.

5. Citeseer - reference...reference.. almaklumlah pelajar tua..

Can't think of anybody to tag.. if you have nothing to write, then you're welcome to do this tag.