Friday, March 21, 2008

Cuti dan buku

Hari ini di UK adalah hari Good Friday. Kami bercuti sempena cuti Easter. Bila cuti ni terbayang pulak meja di ofis. Alahai....

Anak-anak mulai minggu lepas sudah mula bercuti sehingga hujung bulan. Kasihan juga mereka. Kerana kami tidak lagi ingin memandu akibat lesen Malaysia tamat tempoh laku setahun di sini maka semuanya tersadai di rumah. Aktiviti biasa, makan-makan, bermain PS, PC games juga menonton TV. Selain dari itu, tiada yang mampu dibuat memandangkan cuaca sejuk walaupun matahari terik. Mungkin juga sekali sekala waktu petang akan keluar bermain di padang Forest.

Si Khadijah, Zahraa merengek untuk berendam di dalam bath-tub. Anak-anak... Kita kesejukan, mereka pula ingin bermain air. Mesin basuh rosak. Kami masih menimbang samada untuk membeli yang baru atau yang 'second'. Saya sudah membuat survey online jika ingin yang baru. Order sahaja dan bayar online. Urusan penghantaran akan dibereskan. Itulah yang menarik di sini. Segala-galanya online. Urgh, saya suka sungguh dengan kaedah ini. Untuk booking ujian teori memandu pun secara online, tempah dan bayar. Tidak perlu bersusah payah pergi dan bayar. Jimat tenaga, jimat masa. Bila agaknya urusan kita di sana akan 100% online?

Saya mencari-cari buku ini "Saya Tidak Ingin Kaya tapi HARUS KAYA" untuk membeli secara online, tetapi belum bertemu. Hasil tulisan Abdullah Gymnastiar. Mencari melalui Amazon Indonesia juga tidak berhasil. Review buku ini agak menarik. Katanya di saat-saat kita futur, bingung, buku ini ada motivasinya (7B). Antaranya:

1. Beribadah dengan benar dan Istiqomah
2. Berakhlaq terpuji
3. Belajar dan berlatih tiada henti
4. Bekerja keras dengan cerdas dan ikhlas
5. Bersahaja dalam hidup
6. Bantu sesama
7. Bersihkan hati selalu

Mungkin buku ini sangat sesuai untuk diri saya, seorang pelajar tua... Salam Maulidur Rasul.

12 comments:

silversarina said...

Selamat bercuti buat anak-anak zlaa.

Negara kita ni membeli online masih agak baru, orang masih takut nak gunakannya takut tertipu, tapi ianya memang senang dan menjimatkan masa dan tenaga .

Mimi Amilia said...

Kak zlaa,
Nak bagi 100% online internet kat Malaysiakena la bagus.ini..stremyx pon cam hampeh.Nak buat order pun berjanggut.ehehe

MULAN said...

bagus jugak buku tu kan. nak cari jugak la. sini nak beli online? adus, bertahun la kot. takut bogus je..

ZLAA said...

Silversarina,

Ya-lah, kepercayaan masih kurang untuk kita implement online business di tempat kita.

mimi amilia,

Betul tu. Sini tip top kan broadband dia?

mulan,

Kalau Mulan dapat cari, bagitahulah juga beli kat mana. Nanti boleh I pergi cari jugak.

nurazzah8 said...

zlaa,
I dah ambik payslip u, InsyaAllah tgk lah kalau I free hari nih I tolong pos kan...

Nur said...

Salam maulidur rasul kak..selamat bercuti buat anak-anak.saya baru cuba beli buku online, ok la juga cepat. La ni musim hujan .

Anonymous said...

Madam, Salam.

Berapa cost keseluruhan utk dptkn UK driving license termasuk "L" license & Theory/Training & Testing..dan tempoh masa utk lulus penuh?
Apa chances utk lulus (in percentage)?
Module testing dia mcm kt M'sia ker utk dptkn Full Driving License?
Ada previlege ker mcm kita yg dh driving > 15 yrs di M'sia utk dpt exemptions di UK masa ambik license UK License tu?

T.Kasih atas response...

ZLAA said...

nurazzah8,

Terima kasih. Nanti balik, I belanja you, okay?

nur,

Musim hujan? best tu. Tak banjir ka kali ni di Perlis?

ZLAA said...

Anonymous,

Mengambil lesen memandu di sini lebih kurang kita di sana. Cuma mungkin bezanya, kita tidak perlu ambil kursus/lecture.

First step ialah apply for Provisional Driving Licence - £45. Ini serupa lesen L. Kita perlu submit borang dan pasport.

Second step - apply untuk theory test - £28. Boleh book tempat dan bayar secara online. Tetapi, ini hanya boleh dilakukan setelah mendapat Provisional Driving Licence.

Third step - apply untuk Practical Driving Test - tak pasti berapa £.

Kita perlu mengambil kelas memandu. £20 sejam. Sesetengah instructor di sini mahukan kita complete 20 jam. Biasa-lah, cari makan. Susah nak jumpa yang nak kurang dari itu.

Chances untuk lulus mungkin besar untuk sesiapa yang perlu go through module kita di Malaysia.

Setakat ini, tidak ada previlege untuk M'sian yang lesennya lebih >15.

Kami pun masih dalam proses. Belum lagi settle urusan. Harap-harap berjaya-lah dengan kali pertama mencuba.

Anonymous said...

Mdm Zlaa's,

TK atas pnjelasan psl lesen tuh. Moga Mdm & Hubby berjaya dptkan lesen memandu UK tanpa byk halangan.

ummufawwaz said...

salam kak..
serba serbi online..
kami punya mesin basuh 2nd hand tk sampai sebulan stengah guna dah rosak..dh le basuh seminggu skali je..hangus duit camtu je..tipunye tokey omputeh..dia cakap kalo rosak dia bg duit smula..tipuuu..
baru je satni beli baru..serik dah..online je..tggu je lah..
pssst..tlg pas link utk amik teori test kete..heheh..

ZLAA said...

Ummufawwaz,

Oopss.. okay pulak washing machine kami. Tokey orang putih kat depan Medina yang ajar mcm mana nak baiki. Lega...