Sunday, March 16, 2008

Musibah itu Anugerah

Jumaat lalu, hari paling sedih. Kami ditahan polis di sini semasa sekatan jalan raya kerana memandu lebih dari 12 bulan.(Kami sudah 13 bulan di sini). Baru sahaja berhajat untuk mengambil lesen UK tapi kerana asyik sibuk dengan urusan seharian, kami bertangguh.

Nasib kami agak baik kerana hanya diberi amaran, tidak disaman juga kereta kami tidak ditarik. Yang datang mengambil kereta kami (oleh kerana kami tidak lagi boleh memandu) adalah salah seorang landlord Pakistan yang kami pernah berurusan. Dia mempunyai lesen penuh UK dan tercatat di insurannya boleh memandu sebarang jenis kereta.

Rasanya seperti serik untuk memandu di sini. Terlalu banyak peraturan. Lesen kita hanya laku setahun. Untuk mengambil lesen agak rumit. Untuk memiliki kereta juga banyak kerenah. Tetapi, InsyaAllah semua itu boleh diatasi cumanya yang paling sedih adalah kemungkinan kami terpaksa berpisah dengan kereta ini yang terlalu banyak jasa ini. Cara terbaik, menjualnya dan dapatkan sebuah kereta lain. Dan, belajar dan belajar untuk lulus peperiksaan memandu.

Sedih, sedih dan sedih...

Tetapi Allah tidak pernah membiarkan saya bersedih terlalu lama, sebagaimana di dalam Surah Al-Anfaal ayat 70 :

"Jika ALLAH mengetahui ada kebaikan dalam hatimu,niscaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu."

Sesungguhnya Ayat Allah itu penghibur, penenang. Saya redha Ya Allah. Dan yang saya mohon hanya-lah 'Ampunilah dosa-dosaku'. Sesungguhnya Musibah itu Anugerah.

11 comments:

k-riey said...

kak, tak boleh ke kalu convert international licence kat JPJ Malaysia?
kan lesen antarabangsa tu valid di UK.
kat france tak payah tukar pn pakai lesen biase kite je

ZLAA said...

k-riey,

Tak boleh. Dia tak accept di sini. Mesti ambil lesen UK jugak. Ada kawan-kawan yang cuba, tak berjaya.

silversarina said...

oo macam tu pulak kisahnya...

Tak berapa faham... why have to let go the car ???

cikMilah said...

barang yang lepas usah di kenang. Ada la hikmah tersembunyi di sebaliknya tu.. Barang yang kita sayang atau suka tidak semestinya baik untuk kita. InsyaAllah nanti dapat kereta yang lebih baik!

Kak Teh said...

zlaa, kak teh rasa dengan pengalaman memandu yang ada, ambik saja driving test sekali lagi. Dan mesti pass. Jangan putus harapan.
and i too dontunderstand, why did you have to let go of the car?

ZLAA said...

Silversarina,

Kereta plan nak jual sebab dah masuk database dia orang. Nanti asyik kena check je. Tapi, tengoklah mcm mana..

Cikmilah,

Terima kasih. Dah okay sikit cuma rasa terkejut. Maklumlah kena dengan polis kan. Fobia jugak.

Kak teh,

Ya, we're planning nak ambil lesen sini. Dah apply P. Tunggu nak ambil theory test dia, then belajar memandu kembali, then ambil practical test. Hopefully everything will go on smooth. Rasa nak let go kereta kerana details dah masuk database. Nanti, asyik2 kena tahan je. Seram jugak. Tapi, tengoklah macam mana..

Nur said...

Salam Kak..saya pun kalau polis tahan ketar jugak..pada hal tak dak apa pun...tak pa kak ada rahmat dan hikmah disebalik itu.

MAMAMIA said...

Dulu, tak pernah ambil tahu pasal semua ni. Ya lah, kesana ke mari naik bas or cab aje...

Good luck utk dapatkan UK licence.

ZLAA said...

nur,

Memang seram kalau kena tahan dengan polis. Walaupun tak salah apa-apa. Apa lagi kat tempat orang.

mamamia,

Convenient kalau ada anak-anak ada kereta. Apa lagi kalau nak shopping barang dapur. Mau senget dan kebas-kebas tangan kalau shopping tak bawa transport. Kalau seorang diri, tak kisah, bas pun banyak.

Mimi Amilia said...

kak zlaa,
berapa kos utk lesen?

ZLAA said...

mimi,

mahal gak.Covert duit kita dekat RM 3000. he..he..