Friday, March 28, 2008

Vegetarian dan makan


Berada di rantau orang, apa lagi di negara bukan Islam semestinya keraguan kami terhadap permakanan tidak boleh disangkal. Tetapi, kami agak bernasib baik dengan wujudnya golongan permakanan 'vegetarian' atau 'vegan'. Golongan ini sama sekali menolak produk yang mengandungi unsur-unsur haiwan. Maka sedikit sebanyak tempias tabiat mereka memberi 'advantage' kepada kami di sini.

Sedikit sejarah, 'vegetarians' bermula pada abad 6 sebelum Masihi lagi di India, Italy dan Greek, dan dipolopori oleh golongan ahli agama dan falsafah kuno. Popular di England sekitar 1800 sehingga Vegetarian Society ditubuhkan. Akhirnya ia merebak ke German, Netherland dan lain-lain negara Eropah. Tetapi yang paling hebat mendominasi golongan vegetarians ini adalah dari Indian Vegetarians, hampir 70% dari vegetarians dunia.
Sebenarnya golongan 'Vegetarians' dan 'Vegan' ini ada sedikit perbezaan. Golongan 'Vegan' ini wujud sekitar 1944 akibat kecewa, frust dengan golongan 'vegetarians' yang walaupun 'vegetarian' tetapi masih mengambil 'dairy products'. Golongan 'vegan' ini sama sekali menolak unsur-unsur haiwan samada dari makanan, pakaian atau apa jua keadaan yang melibatkan produk haiwan.

Tetapi, sebenarnya tidak semua produk 'vegetarians' ini sesuai untuk Muslim. Ada juga produk makanan mengandungi 'trace of alcohol'. Contohnya seperti rum dalam pembuatan roti atau kek.

Begitu juga dengan makanan yang mengandungi kandugan 'E' atau Emulsifiers. Contoh E471 yang terdapat di dalam butter, cokelat, ais krim dan lain-lain.

Juga hati-hati jika kita teringin memakan 'fish and chips'. Sesetengah pengilang menambah 'lager' yakni sejenis bir ke dalam adunan tepung mereka.

Ada banyak web mengenai maklumat permakanan halal. Antaranya: di sini dan di sini.

5 comments:

Ummi said...

Thanks for sharing.. very informative..

silversarina said...

emmm baru tau asal-usul vegetarian ... thanks.

babazahra' said...

dan vegetarian juga dipopularkan oleh pengikut punk & Straight Edge.

Pensyarah saya dulu pernah berfatwa, jika kita di Eropah, negara yang kita pasti rakyatnya majoriti Kristian, maka kita boleh aje makan sembelihan mereka sebab masih lagi ahli kitab.

Atas fatwa itu saya pun belasah makan ayam di Prague kerana sudah bosan 3 hari berturut-turut makan Filet-O-Fish siang dan malam, sudahnya dapat ayam KFC yang jelas tak sembelih, uratnya masih berdarah serta rasa macam hampeh!

UK is much easier right, since Paki and Arabs is everywhere, but you couldn't get that in Eastern block.

ZLAA said...

ummi, silversarina,

I pun teringin nak tahu pasai vegetarian ni.

Babazahra',

Thanks for sharing. Sekarang ni kat Europe pun dah mudah nak cari makanan halal.

ZLAA said...
This comment has been removed by the author.