Wednesday, April 30, 2008

Britain's Got Talent

Wah..menjadi-jadi pengaruh Bollywood di Britain kini. This young man Suleiman, a trainee lawyer terpilih untuk meneruskan bakatnya di Britain's Got Talent. Lihat bagaimana 'Michael Jackson' menari Bollywood

Friday, April 25, 2008

Ebay

Hari ini saya menang bid. Sebuah lagi xbox buat Qutub, anak lelaki kami. Tak mahal harganya, cuma 26 GBP jika dibandingkan harga sebenarnya. Ini merupakan xbox keduanya. Yang pertama, controllernya rosak dan asyik 'hang'. Apa nak buat, kami terpaksa melayan juga permintaan anak-anak memandangkan medan permainan mereka hanya di dalam rumah.

Sejak-sejak saya pandai membida, seronok juga untuk selalu membuka laman webnya: http://www.ebay.co.uk/. Macam-macam yang boleh dibeli melalui ebay. Dari buku, perabut, pinggan mangkuk, jam, games, dll. Tetapi, saya tidak-lah gila e-bay, dan kadang-kadang tidak tahu pun untuk membeli apa. Setakat ini baru 7 barangan yang saya dapat beli dari ebay. Itupun buku panduan memandu, dvd ujian memandu dan satu dua barangan yang murah-murah.

Jika kereta kami boleh dipandu semula, antara barangan yang ingin saya beli adalah sebuah TV yang elok sedikit dari yang kami ada kini. Untuk membeli yang 'brand new' tidak mampu, cukup-lah sekadar membeli yang terpakai dari ebay.

LG 42" HD+FREEVIEW PLASMA TV+160HDD. LG42PT85 (829.)
Current bid: £0.99
Your maximum bid: £ ___
Place Bid >
(Enter £1.04 or more)
End time: 21 hours 28 mins (25-Apr-08 18:00:00 BST)
Postage costs: £3.00

Collection in PersonService to United Kingdom
Post to: United Kingdom
History:
2 bids
High bidder:
Bidder 1

Lawa-kan TV plasma di atas? Harga mula hanya 99 pence. Tapi, saya pasti harga bida-nya akan melonjak di saat-saat terakhir. Tetapi, mana tahu, jika sudah rezeki, harganya tidak semahal mana. Gigit jari-lah tuan punya-nya...

Saturday, April 19, 2008

Shopping Halal Food

Musim bunga kali ini sungguh sejuk, seakan masih berada di musim sejuk. Kadang-kadang rintik-rintik salji turun menambahkan kedinginan. Bunga-bunga pun masih malas untuk muncul.

Di kawasan kami tinggal ini tidak susah untuk shopping barangan halal. Oleh kerana kami tinggal di kawasan Pakistan, bahan makanan halal begitu mudah di dapati. Masjid sahaja ada tiga buah di kawasan perumahan kami.


Masjid Jameah Fatimah - dulunya sebuah panggung wayang, kini masjid, hanya 2 lorong dari rumah kami.


Masjid Karimia - tempat anak-anak kami mengikuti kelas KAFA setiap petang Sabtu.

Khan Halal Meat - tempat favourite kami untuk membeli sumber protin harian, selalunya daging ayam dan daging kambing. Tiada beef dijual. Jika malas, bawang kisar juga boleh dibeli disini.


Ali Halal Meat - di sini ada dijual beef, juga organ dalaman ayam. Jika ingin membeli beef, harus berbisik. Hari Ahad pun dibuka.


Harun Halal Meat - satu lagi kedai halal meat.


Medina Food Store - kedai paling popular di kalangan Muslim di Notts. Macam-macam ada. Barangan dari Malaysia pun ada. Roti canai segera kita harus ke India dulu baru diekspot ke sini. Jauh berjalan roti canai kita. Setiap minggu pasti ke sini.

Kedai Atuk - kedai runcit yang paling dekat dengan rumah. Pelbagai rempah, beras, sayuran, buah ada dijual di sini.


Di sini kami makan beras basmati. Beras long-grain sukar didapati. 10 kilo beras basmati gred paling murah adalah 13 BGP = RM 84.50.

George Fish Bar - kedai favourite untuk chicken pie, pizza, kebab, fish and chips.


George, si Pakistan - preparing chicken pie with mushroom for me and fish fillet for my husband in early Saturday morning after our shopping routine activity.

Pindah ofis lagi..


Bermula hujung minggu lalu, research group kami sekali lagi mengadakan rombakan tempat duduk di ofis. Saya juga terlibat. Jika sebelum ini, rombakan atas dasar pelajar harus berdekatan dengan supervisor, kali ini kononnya rombakan atas dasar grant pula. Letih juga saya melayan kerenah rombakan sebab barangan ofis saya agak banyak. Dari kopi, gula, bekas biskut, bunga, pokok, buku dan fail-fail terpaksa diangkut. Termasuk kali ini, sudah 3 kali saya berubah tempat. Tetapi, sebenarnya saya kira berkemungkinan rombakan research group kami sebenarnya tidak mengizinkan kami terlalu selesa antara satu sama lain. Mungkin ya, mungkin tidak, kerana ofis saya kini dipenuhi oleh 3 rakyat Malaysia, seorang dari China dan seorang rakyat Iraq.

Saya suka mendengar perbualan rakyat Iraq di depan saya. Zikir-zikir memuji Tuhan sentiasa di mulut bila dia berbual. Di dalam hati, betapa saya ralat tidak serius belajar Bahasa Arab untuk memahami isi Al Quran di masa lalu. Kalau tidak, tentu mudah memahami Al Quran.

Berbalik kepada kawan seofis Iraq tadi, saya juga kenal seorang lagi rakannya, dari Iraq juga. Dua-dua mereka bertubuh sasa dan kelihatan sihat. Malangnya waktu Ramadhan tidak berpuasa. Katanya tidak larat... Dalam hati saya berkata-kata, patut-lah Iraq jadi begitu...

Wednesday, April 16, 2008

Cerita beras

Benarlah cerita beras di blog Kak Rina, Kemaman. Harganya memang semakin meningkat. Kita kini di zaman 'food price crisis' dan tidak mustahil kebuluran akan berlaku di beberapa negara. Malahan, di negara seperti Mexico, Egypt, Tanzania dan Morocco sudahpun terjadi rusuhan akibat harga makanan asas meningkat atau 'tidak cukup makan'.

Mahu tahu kenapa agaknya terjadi krisis ini? Ianya kerana permintaan negara-negara kaya terhadap 'biofuel' atau 'agrofuel' iaitu bahan asasnya adalah tebu atau jagung. Maka, petani-petani di negara membangun pun mula-lah mengabaikan tanaman makanan asas dan mula beralih kepada tanaman yang lebih menguntungkan. Siapa yang tidak mahukan untung?

Negara pengeluar beras dan gandum mengetatkan syarat ekspot makanan asas keluar bagi menjamin negara mereka 'cukup makan' maka dengan sebab itulah terjadinya peningkatan harga makanan asas ini bagi negara pengimpot.

Beras kami di sini tidak ketara peningkatan harga. Alhamdulillah, hari-hari kami makan nasi walaupun rakyat negara ini makanan rujinya adalah bukan nasi. Tak boleh dibayangkan hari-hari makan roti, pasta atau jagung. Mahu kebuluran dibuatnya.

Hinggakan Ahad lepas, kami mendapat tetamu-tetamu istimewa yang datang menziarah kami di rumah. Dibawanya bersama sebagai buah tangan, nasi lemak istimewa bersambal sotong, ayam goreng tepung, kuih dan dessert untuk dinikmati bersama-sama kami. Alangkah bertuahnya kami jika sentiasa mendapat tetamu seistimewa begini selalu.....

Nasi Lemak Istimewa

Sambal sotong istimewa


Ayam goreng tepung Adabi


Telur rebus dan ulam courgette


kuih

cheesecake dan profiteroles with chocolate sauce

Tuesday, April 08, 2008

Famous Five get on case for Disney

Di sini kami tidak subscribe siaran TV. Yang ada adalah channel asas seperti BBC, ITV. Alasannya saya ingin kami bebas dari TV setelah asyik terikat dengan Astro dulu. Well, I might say, life is quite peaceful. Tiada perebutan channel. Nothing to look forward in TV nowadays. Kalaulah ini berterusan di Malaysia nanti, alangkah bagusnya

Tetapi, nampaknya angan-angan ini mungkin tidak lama. Teringin pula nak menonton siri 'Famous Five' yang baru dikartunkan. Saya mahu anak-anak mengemari apa yang saya gemari di masa kecil, Enid Blyton. Saat ini mereka lebih kepada Roald Dahl dan siri Harry Porter. Saya rasa karya Enid Blyton lebih murni dan menarik.

Berbalik kepada siri 'Famous Five', siri kartun ini adalah penerusan generasi 'Famous Five'. Jika kita masih ingat pada George si Tomboy, Julian, Anne, Dick dan Timmy. Kali ini ianya adalah zaman anak-anak mereka.


Sixty-six years after Enid Blyton created her child detectives, the Famous Five are to be revived in a TV cartoon series and books. Enid Blyton's characters continues with a more international generation of adventurers led by Jyoti, the Anglo-Indian daughter of George. Julian's place is taken by his adventure-sports loving son Max, 13, while drippy Anne is replaced by Allie, her California-born daughter, a shopping and texting-obsessed mall rat. Dylan, the son of Dick, is a geekish 11-year-old, who follows the markets on his laptop. Timmy is still Timmy. Uncle Quentin is no more. The cream buns and lashings of ginger beer have been replaced by pizza and mobile phones.

More stories:

Trailernya: