Saturday, April 19, 2008

Shopping Halal Food

Musim bunga kali ini sungguh sejuk, seakan masih berada di musim sejuk. Kadang-kadang rintik-rintik salji turun menambahkan kedinginan. Bunga-bunga pun masih malas untuk muncul.

Di kawasan kami tinggal ini tidak susah untuk shopping barangan halal. Oleh kerana kami tinggal di kawasan Pakistan, bahan makanan halal begitu mudah di dapati. Masjid sahaja ada tiga buah di kawasan perumahan kami.


Masjid Jameah Fatimah - dulunya sebuah panggung wayang, kini masjid, hanya 2 lorong dari rumah kami.


Masjid Karimia - tempat anak-anak kami mengikuti kelas KAFA setiap petang Sabtu.

Khan Halal Meat - tempat favourite kami untuk membeli sumber protin harian, selalunya daging ayam dan daging kambing. Tiada beef dijual. Jika malas, bawang kisar juga boleh dibeli disini.


Ali Halal Meat - di sini ada dijual beef, juga organ dalaman ayam. Jika ingin membeli beef, harus berbisik. Hari Ahad pun dibuka.


Harun Halal Meat - satu lagi kedai halal meat.


Medina Food Store - kedai paling popular di kalangan Muslim di Notts. Macam-macam ada. Barangan dari Malaysia pun ada. Roti canai segera kita harus ke India dulu baru diekspot ke sini. Jauh berjalan roti canai kita. Setiap minggu pasti ke sini.

Kedai Atuk - kedai runcit yang paling dekat dengan rumah. Pelbagai rempah, beras, sayuran, buah ada dijual di sini.


Di sini kami makan beras basmati. Beras long-grain sukar didapati. 10 kilo beras basmati gred paling murah adalah 13 BGP = RM 84.50.

George Fish Bar - kedai favourite untuk chicken pie, pizza, kebab, fish and chips.


George, si Pakistan - preparing chicken pie with mushroom for me and fish fillet for my husband in early Saturday morning after our shopping routine activity.

30 comments:

ummu asiah said...

Wah...zlaa..bestnya..lagi senang nak shopping makanan kat sana. Dekat2 dgn rumah and banyak choices. Agaknya lagi terjamin tak kehalalan makanan di sana tu? sebab kat malaysia ni kita kdg2 terlalu confident..tengok2 nanti baru keluar news, yg brand itu atau ini tak halal.

Tgh hari tadi dgr tips masakan dari chef ismail, dia kata if kita mkn donuts yg extra lembut meaning that kemungkinan ada bahan2 yang meragukan..ishh..risau..itu just satu example.

cikMilah said...

Cantiknya bunga kuning tu, dafodil ka tu Zlaa. Hui, bestnya dapat mushroom chicken pai pepagi sejuk ni..

hnbi said...

Hmm..mudah mencari yang halal di sana. Kami disini terpaksa mengembara naik turun bas mencari halal meat. Ada la...2-3 jam perjalanan pergi & balik. Kalau malas terpaksalah makan sandwich hari2

k-riey said...

dekatnye masjid ngan umah.
dah aa banyak, bestnye!
anyway apsal nak beli daging kena bisik?
sebab jaga sensitiviti orang hindu tak makan daging ke?
beras basmathi brand carrefour kat La Rochelle €1.10 sekilo.
sekarang tak tau kalu da naik harga.
skali borong banyak terus, hehe.

U.Lee said...

Hello Zlaa, just drooped by and enjoyed seeing you pics here.
Wow! The prices not cheap, huh? I was in England in the 60's...and love London's fish and chips, especially eatingfrom a newspaper, sometimes get wrapped in news of the World, then makan and bacha the spicy gossips same time, ha ha.
Weather must be nice now? Anyway, you stay easy and have a nice day, Lee.

Dalilawati Zainal said...

Senangla k zlaa nak shopping food kat sana ye? semuanya berdekatan dgn rumah. Mmg pandai akak cari tempat tinggal kat sana...

epelijau said...

salam kak zlaa...wahh...chanteknya bunga...

Anonymous said...

Best la akk...seme dekat
KAFA tu dekat ke ngan rumah?hw abt sekolah anak2?

wpun x berada kt sana...tp dpt merasakan kedinginan surrounding sana based on photos je....
cam best je....:-D

George tu Muslim ker?heeee

~Nani~

umai said...

alamak..rindunye nak pg kedai2 kat notts...

MULAN said...

waaaa... lagi senang dari vietnam gitu..

silversarina said...

Bestnya, senang nak cari makanan halal.

macam kata cikmilah, bunga kuning tu cantiknya... dah spring ye di sana...

KAMATO said...

kat uk memang mudah sangat cari kedai2 macam tu, saya pernah duduk plymouth dulu tapi tak la sehebat kedai2 macam di birm atau leed

Nur said...

Salam Kak..wah bestnya kat sana, cantik sekali..senang kak nak shopping barang-barang kat sana. HUh..kat sini pun beras dah naik harga dan barang lain pun banyak dah naik, kena lebih rajin masak nampaknya, kalau hari-hari makan luar alamatnya over budgetla..lagi pun la ni bukan macam dulu dah anak-anak pun tak boleh share dah, x cukup..anyway semoga akak sekeluarga sihat dan selamat berjaya kak.

ZLAA said...

ummu asiah,

Di sini ada juga badan yang berfungsi macam Jakim. Kami rujuk pada Muslim Green Page dan ada juga kawan-kawan yang provide halal info ttg kedai mana yang recommended utk dapatkan halal meat.

Cikmilah,

Sedap chiken pie tu. Kebab pun sedap. Tapi, makan selalu pun muak jugak.

hnbi,

Alhamdulillah, sini mudah. Walking distance je. Bab makan no problem. Thanks kepada golongan bangsa Pakistan di sini. kat sekolah anak pun ada halal meal serving.

ZLAA said...

k-riey,

Alhamdulillah, sini masjid mudah cari. Makan pun mudah dapat. Kena berbisik sebab nak jaga customer India. Balik Malaysia, bye-bye-lah beras basmati. Mahal.

u.lee,

Thanks for dropping by. Weather geting better. Surely will miss them when we have to back home.

dalilawati,

Kawasan ini sahaja yang boleh menerima immigrant. Pelbagai bangsa ada. kawasan yang ramai orang putih belum tentu boleh menerima kita. Racist jugak.

epelijau,

Cantik bunga tetapi tak banyak. Tetapi, dah mula nampak sikit-sikit dah sekarang ni.

ZLAA said...

nani,

George itu Muslim. Cuma nama glamour untuk universal-kan kedainya. Tetapi, bangsa Pakistan yang lain nama-namanya best jugak seperti, jabbar, nabil, talib, shahid, wahid. Ini semua nama-nama landlord yang nama mereka sering disebut-sebut. Semua taxi-driver.

Kafa dekat dgn rumah. Walking distance. Sekolah depan je masjid Karimia tu.

umai,

Rindu kan? Akak yang masih berada di sini pun sayang nak tinggalkan kedai-kedai di sini. Tentu, nanti akan miss.

mulan,

Alhamdulillah, so far senang cari makan di sini.

ZLAA said...

silversarina,

Dah spring. Weather getting better.

Kamato,

Sini senang cari barangan halal. Kami plan juga nak ke Plymouth ke rumah kawan nanti.

nur,

Cantik di sini tapi kawasan kami tinggal ni tak lah cantik sangat. Kalau pergi kawasan orang putih, MasyaAllah lagi cantik. Macam dalam gambar.

Mimi Amilia said...

Kak zlaa,
kat glasgow pon ada medina store tu tapi tak sebesar kat sana la.
Wahh..sungguh seronok membeli belah kalau barang2 senang nak dapat.Sini pon alhamdulillah, senang nak dpt maanan halal. Eh,kenapa kena bisik kalau nak beef?kat sini cakap jerrr.Siap dia iklankan harga murah lagi.

-akuni- said...

Alhamdulillah dekat tempat zlaa senang nak dapat makanan yang halal. Kdg2 tu sy dengar cerita susah dok kat oversea tu pasal susah nak cari halal food.

Kak Elle said...

salam zlaa maaf lama tak melawat sibuk dgn atok masa di hospital tapi skg bolih lah berblog hopping.

bagus juga kawasan tempat you tinggal senang membeli barangan halal.

Kassim Selamat said...

zlaa....suka tengok gambar², tak dapat pegi UK...tengok gambar pun cukup ler

jalan² sambil layan lagu dil kya kare.....(^_^)

MAMAMIA said...

Tengok gambar2 ni menggamit rindu kat Notts. Teringat the fresh fruits ceri, peaches, apricot...

Ahmed said...

Salams
Mash'Allah you have a very good website, Please visit and link to http://www.haqislam.org.
Jazakallah
Wasalam

Humyrah said...

assalammualaikum kak zlaa,
sy nk ucapkan terima kasih atas nasihat peribadi kak sebelum ini. saya tidak menggugurkan kandungan :) dan alhamdulillah sudah selamat melahirkan.

mahalnya beras di sana..

Izan Syahriah said...

yuhuuu akak...amboi glamer kedai atuk, khan halal meat dll masuk internet kihkihkihkih...kiter selalu baca blog akak yak ni dgn yak satu lagi tu. tapi tak letak komen. dikala bengong ni tetiba terasa nak meninggalkan jejak :). fav entry saya ialah bola berlipas. kahkahkahkah...baca tajuk pun dah sakit perut gelak...

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum

Love your daffodils...

Feeling nostalgic!

Wasalam

ZLAA said...

mimi amilia,

Medina ada juga kat sana? Di Glasgow mungkin tak ramai kaum India. Sin, ramai jugak tapi tak seramai macam di Leicester.

~akuni~,

Tengok tempat juga. Sini sebab kami tinggal di kawasan pakistan maka mudah-lah cari makan halal. Ada juga tempat yang Muslim sikit, susah juga.

Kak Elle,

Lega ya Atok dah pulang ke rumah. wah..lepas ni makin rancak-lah ya berblogging.

ZLAA said...

Kassim Selamat,

Tak apa, tengok gambar pun jadi-lah. Sama je cuma sejuk dia lebih sedikit.

mamamia,

I pun akan miss Nots bila balik Malaysia nanti. A very nice place to stay. But, home sweet home.

Ahmed,

Thanks for dropping by.

ZLAA said...

Humyrah,

Alhamdulillah. Apa jua yang Allah takdirkan, kita terima dengan redha. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Kagum Humyrah tabah. MasyaAllah.

Izan,

Fotopages you all menarik. Siap ada gambar lagi. Blog ni tempat nak hilangkan boring, bingung dan stress.

umi kalthum,

Walaikumussalam wbt. Nostalgik kan? I will be missing them too soon.

Anonymous said...

http://mymedia2.blogspot.com/