Friday, April 25, 2008

Ebay

Hari ini saya menang bid. Sebuah lagi xbox buat Qutub, anak lelaki kami. Tak mahal harganya, cuma 26 GBP jika dibandingkan harga sebenarnya. Ini merupakan xbox keduanya. Yang pertama, controllernya rosak dan asyik 'hang'. Apa nak buat, kami terpaksa melayan juga permintaan anak-anak memandangkan medan permainan mereka hanya di dalam rumah.

Sejak-sejak saya pandai membida, seronok juga untuk selalu membuka laman webnya: http://www.ebay.co.uk/. Macam-macam yang boleh dibeli melalui ebay. Dari buku, perabut, pinggan mangkuk, jam, games, dll. Tetapi, saya tidak-lah gila e-bay, dan kadang-kadang tidak tahu pun untuk membeli apa. Setakat ini baru 7 barangan yang saya dapat beli dari ebay. Itupun buku panduan memandu, dvd ujian memandu dan satu dua barangan yang murah-murah.

Jika kereta kami boleh dipandu semula, antara barangan yang ingin saya beli adalah sebuah TV yang elok sedikit dari yang kami ada kini. Untuk membeli yang 'brand new' tidak mampu, cukup-lah sekadar membeli yang terpakai dari ebay.

LG 42" HD+FREEVIEW PLASMA TV+160HDD. LG42PT85 (829.)
Current bid: £0.99
Your maximum bid: £ ___
Place Bid >
(Enter £1.04 or more)
End time: 21 hours 28 mins (25-Apr-08 18:00:00 BST)
Postage costs: £3.00

Collection in PersonService to United Kingdom
Post to: United Kingdom
History:
2 bids
High bidder:
Bidder 1

Lawa-kan TV plasma di atas? Harga mula hanya 99 pence. Tapi, saya pasti harga bida-nya akan melonjak di saat-saat terakhir. Tetapi, mana tahu, jika sudah rezeki, harganya tidak semahal mana. Gigit jari-lah tuan punya-nya...

12 comments:

Anonymous said...

akk dah beli ker tv tu?menariknyer.....heee

bila nak tunjuk gbr2 perabot akk beli tu?heee...pecah rahsia lak eh....

~Nani~

ZLAA said...

nani,

Belum beli. Tak akan mampu beli sebab harganya mesti ratus. Kalu beli pun harga yang 50 GBP ke bawah. Perabut? Kabinet TV dah beli, 12 GBP je.

silversarina said...

akak lama dah jengok e bay tapi masih tak pernah bid apa-apa... murahnya x box tu. taulah izzat ni... sure meleleh air liur :P

nurazzah8 said...

so far belum pernah beli dari e-bay... selalu beli buku aja dari amazon.com...

faizabelle79 said...

zlaa..
apa khabar?
Izah pun suka beli brg dr internet sbb jimat masa.Kat e-bay jarang bid sbb selalu x dpt..huhu..tahniah menang bid.

KAMATO said...

kat msia pun dah ada lelong dot com

Nur said...

Salam kak.tahniah menang bid..dah dapat ke beli TV tu.. Saya tak pernah beli barang melalui internet kecuali buku je.

faizabelle79 said...

zlaa..u nak resepi kuetiow teng tu ke?klu nak bgtau..I leh emailkan..

k-riey said...

bid je apa hal pun..
dapat Alhamdulillah syukur..
tak dapat tak ape.. ehhehe

ZLAA said...

silversarina,

I pun bukan tahu nak beli apa-apa pun. Murah games anak-anak ni.

nurazzah8,

E-bay di UK ni macam-macam barang ada. Boleh tahan murahnya.

faizabelle79,

Khabar baik. I pun ada jugak beli barang online. Memang jimat masa.

ZLAA said...

kamato,

I tak pernah lagi cuba lelong dot com tu. Maybe boleh cuba.

nur,

Kita masih kurang membeli secara online. Banyak faktor sebenarnya yang membuat kita masih ketinggalan. Di sini khidmat pos reliable, boleh dipercayai. Dan jarang dengar barang atau parcel hilang di tengah jalan.

faiabelle79,

Bila-bila free, bagi-lah resepi tu. Teringat la makan kat Joned's cafe kat Alor Setarq tu.Husband mesti order keow teow teng tu kalau makan kat situ.

k-riey,

Bis pun ikut kemampuan lah. Yang mahal-mahal sampai tak berbaloi tak perlu bid

Popular Opinion said...

Salam ziarah dari http://malayahistory.blogspot.com/