Wednesday, April 16, 2008

Cerita beras

Benarlah cerita beras di blog Kak Rina, Kemaman. Harganya memang semakin meningkat. Kita kini di zaman 'food price crisis' dan tidak mustahil kebuluran akan berlaku di beberapa negara. Malahan, di negara seperti Mexico, Egypt, Tanzania dan Morocco sudahpun terjadi rusuhan akibat harga makanan asas meningkat atau 'tidak cukup makan'.

Mahu tahu kenapa agaknya terjadi krisis ini? Ianya kerana permintaan negara-negara kaya terhadap 'biofuel' atau 'agrofuel' iaitu bahan asasnya adalah tebu atau jagung. Maka, petani-petani di negara membangun pun mula-lah mengabaikan tanaman makanan asas dan mula beralih kepada tanaman yang lebih menguntungkan. Siapa yang tidak mahukan untung?

Negara pengeluar beras dan gandum mengetatkan syarat ekspot makanan asas keluar bagi menjamin negara mereka 'cukup makan' maka dengan sebab itulah terjadinya peningkatan harga makanan asas ini bagi negara pengimpot.

Beras kami di sini tidak ketara peningkatan harga. Alhamdulillah, hari-hari kami makan nasi walaupun rakyat negara ini makanan rujinya adalah bukan nasi. Tak boleh dibayangkan hari-hari makan roti, pasta atau jagung. Mahu kebuluran dibuatnya.

Hinggakan Ahad lepas, kami mendapat tetamu-tetamu istimewa yang datang menziarah kami di rumah. Dibawanya bersama sebagai buah tangan, nasi lemak istimewa bersambal sotong, ayam goreng tepung, kuih dan dessert untuk dinikmati bersama-sama kami. Alangkah bertuahnya kami jika sentiasa mendapat tetamu seistimewa begini selalu.....

Nasi Lemak Istimewa

Sambal sotong istimewa


Ayam goreng tepung Adabi


Telur rebus dan ulam courgette


kuih

cheesecake dan profiteroles with chocolate sauce

12 comments:

cikMilah said...

Salam Zlaa, amboi, tetamu datang membawa rezeki... yum yummm

Nur said...

Salam kak..La ni kak makan kat Perlis pun mahai, ni saya baru balik dari Pokok Sawa tu..sorang makan pun dah lebih lima ringgit...biasa la ikan keli goreng ,sayur, sambal and air. La ni kena rajin masak.. makan kat rumah lagi selamat. sedap tu nasi lemak and Sambal sotong.

KAMATO said...

Kadang2 orang diperantauan lebih mewah makan compare kat negara kita

silversarina said...

Amboi bestnya tetamu datang bawak makanan sedap..

Kenaikan harga beras ni satu dunia kesannya ... takut kebuluran makin kronik... kesian mereka.

are you said...

salam kak...

tetamu datang rumah murah rezeki. kena pulak bwk buah tgn sekali ye.

melelah air liur saya tgk sambal sotong tu.

:)

-akuni- said...

Memang meriah betul dengan makanan, geram betul tengok... heheheh...

ZLAA said...

cikmilah,

Alhamdulillah, tetamu itu rezeki. Datang pula membawa rezeki. Alhamdulillah sekali lagi.

nur,

Pokok Sawa tu memang mahal. Ni tentu bertambah mahal harganya. Tapi, orang tak surut pun walaupun mahal. Harap-harap kami balik nanti akan terus rajin memasak. Shah Alam lagi mahal lauk-pauknya.

Kamato,

Betul tu. Harga barang makanan murah di sini. Cari yang smart price. Spaggeti hanya 16 pence sepaket. Tuna cuma 29 pence. Murah. Memang jenuh nak makan. Cuma yang mahal, sewa rumah, labour cost dan lain-lain.

ZLAA said...

Silversarina,

Yang merasa bahangnya adalah negara dunia ketiga. Negara kaya tetap mewah. Harap-harap kita masih mampu bertahan.

areyou,

Lama tak dengar berita. Sambal sotong tu memang sedap. Nasi lemak pun sedap. Tukang masaknya lelaki tau. Semua rempah lengkap dimasukkan, siap daun pandan lagi. Harum mewangi. Yumm..yumm..

akuni,

Memang meriah. Apa lagi makan ramai-ramai. Lagi-lah meriah.

k-riey said...

salam kak.
baru balik cuti-cuti morocco.
tak sedar lak diorang mogok pasal ni.
bestnye cite enid blyton!
saye bace yang BM je mase kecik.
tapi suke sangat kisah penyiasatan remaja ni.

Dalilawati Zainal said...

Memang tak dpt dinafikan isu kenaikan harga barang terutamanya barang keperluan semakin menjadi-jadi skrg. Msia pun tidak terkecuali.

By the way, bestnya tgk gambar makanan tu...best dapat tetamu mcm tu ye?

ZLAA said...

k-riey,

Wah! jalan-jalan Morocco. Apa yang best kat sana?

Dalilawati,

Baca paper baru ni macam harga barang nak naik lagi. Gaji naik ciput, harga barang naik melambung

niachrysalis said...

rindunya kek asda tu.....sedap....