Saturday, April 19, 2008

Pindah ofis lagi..


Bermula hujung minggu lalu, research group kami sekali lagi mengadakan rombakan tempat duduk di ofis. Saya juga terlibat. Jika sebelum ini, rombakan atas dasar pelajar harus berdekatan dengan supervisor, kali ini kononnya rombakan atas dasar grant pula. Letih juga saya melayan kerenah rombakan sebab barangan ofis saya agak banyak. Dari kopi, gula, bekas biskut, bunga, pokok, buku dan fail-fail terpaksa diangkut. Termasuk kali ini, sudah 3 kali saya berubah tempat. Tetapi, sebenarnya saya kira berkemungkinan rombakan research group kami sebenarnya tidak mengizinkan kami terlalu selesa antara satu sama lain. Mungkin ya, mungkin tidak, kerana ofis saya kini dipenuhi oleh 3 rakyat Malaysia, seorang dari China dan seorang rakyat Iraq.

Saya suka mendengar perbualan rakyat Iraq di depan saya. Zikir-zikir memuji Tuhan sentiasa di mulut bila dia berbual. Di dalam hati, betapa saya ralat tidak serius belajar Bahasa Arab untuk memahami isi Al Quran di masa lalu. Kalau tidak, tentu mudah memahami Al Quran.

Berbalik kepada kawan seofis Iraq tadi, saya juga kenal seorang lagi rakannya, dari Iraq juga. Dua-dua mereka bertubuh sasa dan kelihatan sihat. Malangnya waktu Ramadhan tidak berpuasa. Katanya tidak larat... Dalam hati saya berkata-kata, patut-lah Iraq jadi begitu...

10 comments:

Nur said...

Salam kak..psst kat umah dah pasang streamxy tu yg cepat baca blog kak..nanti kita ym ye. Kak pindah lagi..memang pindah2 dah mangli dgn kak..teringat masa kak di perlis berapa kali pindah? Jangan marah. Salam buat b.din dan anak2.

Tygogal said...

See Please Here

nurazzah8 said...

salam...pindah randah lumrah hidup...
ada orang suka berpindah kerja, ada orang suka berpindah rumah, tidak kurang juga ramai yg suka berpindah Isteri...
kalau pasal kerja, InsyaAllah lah rasanya umur sekarang ni tak larat dah nak pindah tempat kerja baru... kalau ada rezeki dan panjang umur biarlah di UiTM ini sahaja sehingga pencen...
rumah...sebelum beli rumah sendiri, dah berapa ya?....duk rumah sewa...kejap kira dulu..haaa..6 buah rumah! masuk kali ke-7 baru dapat merasa rumah sendiri...
bilik pejabat pula...sepanjang kerja di sini, dah 5 kali tukar bilik penajabt...InsyaAllah rasanya ini yg terakhirlah kan zlaa...penat tul nak pack, unpack barang2...apalagi bila dah kerja lebih 15 tahun, buku2 semakin byk, fail pun dah byk...itupun setahun lepas bila nak pindah office baru...dah banayk buat spring cleaning... tinggal sikit saja buku dan fail..

Mimi Amilia said...

lecehnya dok pindah randah...

OLED said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the OLED, I hope you enjoy. The address is http://oled-brasil.blogspot.com. A hug.

KAMATO said...

ramai pak arab bila duduk luar negeria dia orang tak puasa, agaknya selagi mereka kat luar, mereka anggap musafir

silversarina said...

Bila pindah yang tak bestnya nak angkut barang2 yang banyak... bunga dan pokok tu kena ikut sekali pindah..hehe..

arab badan sasa tak puasa dan solat .. memang biasa ... kalau bab baca quran dan hadith memang dibibir tapi bab praktik, ada yang penuh alasan tak masuk akal .

ummu asiah said...

Zlaa..
Pertama kali tinggal komen..pindah ofis okayla gak kan..sebab tak ada brg2 besar. Kata orang 7 kali pindah randah boleh jadi papa kedana???..apalah sebabnya. Tapi kalau dah angkut semua,kira okaylah tu.

As 4 us..Alhamdulillah, at last dapat pindah rumah sendiri. And tempat pun yang disukai juga. Do'a moga berkekalan sampai masa perlu ke alam abadi...

ZLAA said...

nur,

Tu la asyik pindah saja. Alhamdulillah, rumah di sini rasanya tak pindah dah sehingga balik nanti. Kalau kena pindah, tak tahu-lah. Barang dah banyak, jenuh nak angkut.

nurazzah8,

Rasanya selagi tak beli rumah sendiri, memang kita akan berpindah rumah. Tapi, group research I memang suka reshuffle tempat duduk.

Mimi amilia,

Memang leceh, nak-nak kalau barang dah banyak.

ZLAA said...

Kamato,

Betul tu. Tapi, melampau kalau makan daging b*b* pun dianggap musafir. Bukan tak ada makanan lain.

silversarina,

Pindah-pindah ni dah manbli dengan I. That's why I have to put in mind, mana-mana tempat pun sama. Kalau tak, akan miss tempat lama. Bila fikir macam tu, selalunya akan happy kalau kena tukar ke mana-mana. Meet new friends, new place.

ummu asiah,

Thanks. Pindah ofis di sini, Alhamdulillah ramai yang tolong. Officemate ramai yang gentleman. Kita cuma perlu bawa beg ke tempat baru. Troli isi buku, drawer personal, PC semua dia orang yang tolong bawa-kan. Maklumlah research group tak ramai perempuan. Tetapi, lelaki sebelah sini memang sangat gentleman dibandingkan dengan lelaki sebelah Asia.

Pindah rumah? hu..hu.. harap-harap balik nanti dapat-lah beli rumah cepat-cepat. Rumah Bangi dah jual. Nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja pulak.