Wednesday, May 28, 2008


Saya kini dalam proses nak cuba siapkan satu 'extended abstract'. Aisey.. perasan pandai, saya tidak mencatatkan butir-butiran berharga semasa perbincangan dengan supervisor. Semasa itu, confident sahaja saya pasti akan mengingat setiap butir point-point penting. Rupanya separuh jalan, saya sudah lupa... Itu-lah 'bodoh sombong' namanya..

Sunday, May 25, 2008

Macam-macam Resepi Ayam

Lauk pauk yang mudah dicari di sini adalah daging ayam dan daging kambing. Kalau buat BBQ pun kebanyakannya berasaskan daging-daging ini. Resepi BBQ kawan saya Laily, sedap dan lain dari resepi BBQ yang lain.

Bahan Perap

1. BBQ sos (Nando sos - mexican chilli), serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, sedikit halia, yogurt atau mayonis, garam, madu, sedikit minyak jagung

Cara-caranya

Mula2 blend bawang putih bawang merah dan halia. Setelah itu gaulkan bahan2 yg di'blend' tadi pada ayam atau kambing. Kemudian BBQ sos, mayonis, madu, garam, kunyit dan minyak tu pun gaul sekali sampai rata. Diperap sekurang-kurangnya 4 jam. Untuk pedas, tambah sedikit lada hitam.


Dan ini pula resepi ayam malas kami. Jemu dengan ayam goreng hampir setiap hari, maka kami buat ayam bakar madu.

Hanya perlu gaulkan ayam dengan kicap manis, madu, sedikit garam dan lada hitam yang dikisar kasar. Seterusnya masukkan ke dalam oven dan bakar selama satu setengah jam. Sedap..


Tetapi, ayam madu di dalam gambar ini bukanlah hasil masakan saya. Ianya dimasak oleh adik-adik undergrad yang meraikan tamatnya final exam mereka. Walaupun masih muda, bakat masakan mereka 'superb'.

Friday, May 23, 2008

Me and supervisor


Minggu ini minggu perjumpaan dengan supervisor saya. Kali ini agak lama juga 'gap'nya tidak bertemu kerana dia 'berjalan' lagi, lebih kurang sebulan. Sekejap dia ke Canada, sekejap ke Dublin, sekejap ke Poland. So, dalam masa itu boleh dikata-kan saya 'work in peace'.

Selesai perjumpaan minggu ini, saya berasa lega. Lapang fikiran walaupun masih banyak benda yang perlu dilakukan. Saya semakin selesa berjumpa dengan supervisor. Tidak seperti di tahun pertama. Setiap kali ingin berjumpa pelbagai perasaan, kecut perut, rasa seperti nak rebah, 'butterfly in my stomach' dan macam-macam lagi. Tapi, kini Alhamdulillah saya semakin selesa dan melaporkan sahaja apa yang telah saya laku-kan, apa yang saya masih 'stuck' dan lain-lain.

Perhubungan pelajar-supervisor adalah hubungan yang unik. Masing-masing mempunyai 'expectation' masing-masing. Di dalam buku 'How to get a Phd' (Phillips and Pugh) buku pertama yang diberi pinjam supervisor pada saya, katanya masa perjumpaan antara supervisor dan pelajar adalah merupakan masa di mana supervisor telah peruntukkan untuk berfikir tentang kita, masa untuknya membaca apa yang kita tulis dan juga perjumpaan untuk tutorial apa-apa yang kita musykilkan.

Maka saya sebagai pelajar menurut buku ini harus bersikap menghargai dan sedar akan masa dan usaha yang telah supervisor peruntukkan buat saya. Katanya jika saya menunjukkan appresiasi maka akan mudah-lah hubungan dua hala yang lebih jujur, tidak semata-mata perjumpaan untuk berbincang hal-hal teknikal sahaja.

Supervisor mengharapkan kita jujur melaporkan progress hasil kerja kita. Alamak!! seram saya membaca bab ini. Kata buku ini lagi janganlah difikirkan supervisor ini bodoh. Janganlah kita asyik mengula-gula-kan dia bahawasanya progress kita sentiasa okay, dan seterusnya kita ini mengharapkan meeting lagi dan akan segera akan menghantar draf penulisan. Kononnya kita ini banyak idea, kerja banyak tetapi kemudiannya menghilangkan diri dan tidak lansung menghantar apa-apa hasil pun.

Supervisor mengharapkan kita 'excited' terhadap kerja kita, berupaya mengejutkan mereka dengan maklumat dan penemuan baru, pembuktian dan idea-idea. Tetapi, janganlah mengejutkan mereka dengan berita kita telah menyalahi 'code of conduct' atau kegiatan-kegiatan plagiat.

Kita perlu berusaha menjadi seorang yang fun to be with. Ini pun satu masalah juga ni. Macamana lah nak be fun with jika muka saya ini asyik berkerut, asyik stress. Mana tak stress jika research area susah sangat...

Banyak lagilah cerita hubungan pelajar dengan supervisor ni. Cukuplah sekadar itu untuk saya berubah sikap. Doa saya muga Allah mudahkan urusan pengajian saya dan siapa-siapa yang belajar kerana kita ditaja untuk datang belajar. Kita cuba sebaik mungkin. Jika tiada rezeki, adalah hikmahnya. Pada Allah segala urusan.

Sunday, May 18, 2008

Nak masak apa ya?

Kalau-lah saya di Malaysia, nescaya hari ini Ahad saya akan mencari kedai makan dan makan di luar bersama-sama keluarga. Hu..hu..
Antara makanan yang saya akan cari adalah popia basah yang kaya dengan udang kering dengan sos cecah yang lazat, paginya mencari nasi kandar, tengaharinya mencari nasi berlauk ala kampung dan petangnya mencari mee rebus yang banyak cucur udang yang rangup.

Suppernya mungkin char keow teow yang banyak udang-udang yang besar-besar di goreng di atas api yang marak. Eee..laparnya. Minumannya mungkin ABC yang kaya dengan jagung, susu pekat dan ais krim di atasnya. Wuahh... Banyaknya angan-angan..


Di mana akan ku cari semua itu.. Nak buat sendiri macam tak thrill. Itu-lah kalau hari Ahad yang tiada apa-apa aktiviti. Tapi yang nikmatnya adalah rehat untuk diri sendiri. Hari bermalas-malasan. Di sini sekarang Subuh masuk pukul 3 pagi, dan sudah tentu tidur selepas Subuh menjadi satu kemestian.


Anak-anak hari ini awal bangunnya dan terus menonton movie 'Barnyard'. Suka benar mereka cerita-cerita begini selain dari cerita farm 'Chicken Run'. Suami pula datang memberitahu dia telah sediakan teh tarik. Wow!Ya-lah, I know it's an excuse untuk dia keluar berouting dengan rakan-rakannya ke daerah Leicester.


Belek-belek resepi online, belek-belek freezer, buat laksa johor-lah. Yang ada spaghetti Asda dan ikan salmon. Breakfast, nasi bubur semalam masih ada lagi. Nasib baik ada tetamu larut malam yang datang minta di masakkan nasi bubur berlauk ikan masin maka breakfast pagi ini beres. Sedap juga nasi bubur dimakan bersama teh tarik.

Resepi laksa Johor yang saya ceduk dari Internet:

Sumber : Jelita Mac 1995

Bahan-bahannya
500 g spageti, direbus hingga lembut
1 biji timun, dihiris bulat
Daun kesum, dihiris halus
Tauge, dicelur
Sedikit cili merah dan belacan, dibuat sambak
Limau kasturi

Bahan-bahan kuah
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2.5 cm halia, dihiris
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas, dititik
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam gelugur
200 g udang, direbus
50 sen udang kering
1/2 biji kelapa parut, dibuat kerisik
Garam secukupnya

Cara membuat kuahnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.
4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.
5. Hidangkan spageti bersama kuah dan bahan-bahan lain.
:
So: this is my version of laksa johor. Tak reti nak pintal-pintal spaghetti tu jadi bulat-bulat. Tapi okay-la makan sambil menonton cerita Eddie Murphy, 'Daddy day Care'. Best jugak.

Saturday, May 17, 2008

Cuti dan Selamat Hari Guru


Yahuu.. esok Sabtu, hari untuk berehat selepas seminggu di school. Hari melepaskan penat lelah. Hari ni Jumaat hari yang saya rasa amat perlahan geraknya. Rupanya bukan saya seorang yang rasa begitu, office mate baru, Juan, yang berasal dari Spain pun berasa begitu. Kami dah letih..

Saya suka berbual dengan Juan. Banyak ilmu baru yang saya dapat dari Juan. Maklum-lah dia generasi baru 'programming' sedangkan ilmu 'programming' yang ada pada saya sudah hampir pupus. Macam mana pun saya bersyukur ada latarbelakang 'programming'. Jika tidak, tak tahu-lah apa nak jadi dengan study saya.

Juan bertanya saya, adakah saya ingin kembali ke Malaysia sebaik sahaja tamat tempoh pengajian. Terus saya jawab 'Yes, of course', dan katanya saya menjawab tanpa berfikir panjang. Kenapa? Saya bertanya Juan, Adakah dia ingin tinggal di England selepas study? Dia juga menjawab tidak tetapi ingin sekali tinggal di Jepun. Lorr..Jepun? Apa yang istimewa dengan Jepun ya?

Saya pula, di mana saya ingin tinggal? Saya suka England tetapi untuk tinggal tidak-lah. Cukuplah sekadar menjadi student di sini. Malaysia tetap di hati.

Hari ini hari Guru. Selamat hari Guru buat semua teacher-blogger dan teristimewa buat guru-guru yang telah mendidik saya semenjak dari Kindergarden hingga kini. Besar sungguh jasa guru. Tak ternilai harganya.

Saturday, May 10, 2008

Happy Mother's Day

Happy Mother's Day to all mothers in the world, especially to my mak. You're always in my du'a.

Thank You Miss Sibert

Saya terjumpa gambar guru besar sekolah lama saya di blog QOTH. Sangat mengimbau kenangan pada sekolah itu, Sekolah Rendah St. Nicholas Convent, Alor Setar. Akhirnya persoalan apa khabar-kah Miss Sibert terjawab di blog QOTH. Saya gembira Miss Sibert masih sihat walaupun umurnya sudah 80-an. Dulunya Miss Sibert sangat besar, gemuk dan sangat garang. I think she is now quarter of her last size. Semasa itu, gerun benar kami padanya.

Miss Sibert mengajar saya subjek Poetry, di mana kami perlu menghafal poem-poem yang susah. Seorang demi seorang harus bangun dan membaca-kan poem untuknya. Barangsiapa yang tidak berjaya, alamat akan kena 'goncang' oleh Miss Sibert. Mana tak takut.. Miss Sibert pandai bermain piano, sentiasa bermain piano untuk kami menyanyi semasa 'assembly'. Kaki besar-nya menghentak-hentak lantai mengikut rentak dan kami terpaksa mengulangi nyanyian jika beliau tidak berpuas hati dengan nyanyian kami.

To Miss Sibert, Thank You for all your guidance. Hopefully you will be blessed with good health and happiness, always.

Thursday, May 08, 2008

Ayat-ayat Cinta

Semalam, target kerja saya beres. Beres buat hari tersebut walaupun sebenarnya kerja-kerja masih bersusun banyaknya. Bagi melepaskan lelah, malamnya saya menonton filem 'Ayat-ayat Cinta', filem Indonesia yang diadaptasikan dari karya Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik). Saya belum membaca novelnya tetapi berkesempatan menonton filem ini. Menitik juga air mata ini dan saya rasa tentu lebih indah jika dapat membaca novelnya.
Sebenarnya saya berasa agak bersalah menonton filem itu melalui Internet, tetapi apa-kan daya ada yang telah meng-uploadkannya untuk tontonan umum secara percuma. Mana-lah nak dicari CD-nya di sini. Saya berharap saya akan dapat membeli CD dan novel itu untuk simpanan. Jika berbaloi, saya tidak akan ragu-ragu menyimpannya. Dan saya juga berharap untuk memiliki semua buku-buku saudara Habiburrahman sepertimana saya mengumpul karya-karya Pak Hamka.

Monday, May 05, 2008

Spring BBQ


Cukup setahun, kami kembali lagi ke Derby untuk berpicnic sambil ber-bbq untuk 'release tension' setelah asyik memandang dinding dan PC di rumah dan school. Cuaca cerah dan nyaman.

Oleh kerana picnic kali ini disertai oleh ramai keluarga, maka pelbagai rasa ayam BBQ dapat dinikmati. Dalam banyak-banyak resepi ayam BBQ, saya mengemari resepi seorang kawan yang memerap ayam-ayamnya dengan pelbagai rempah, mayonaise dan perapan per-peri chicken Nando. Boleh-lah dicuba nanti.


Keretapi 'steam' - one way ride is 90 pence. Dapat menjelajah seluruh Mundy Park.


Pemandangan musim bunga dari atas keretapi.

Antara mainan untuk kanak-kanak di Park ini. Hasif riding a motorcycle.


Khadijah with friend, Damia (in pink swimming suit) playing in the pool

Donkey riding pun ada.

Qutub (the most left) mencuba skill photography untuk set self-timer pada camera.