Saturday, May 17, 2008

Cuti dan Selamat Hari Guru


Yahuu.. esok Sabtu, hari untuk berehat selepas seminggu di school. Hari melepaskan penat lelah. Hari ni Jumaat hari yang saya rasa amat perlahan geraknya. Rupanya bukan saya seorang yang rasa begitu, office mate baru, Juan, yang berasal dari Spain pun berasa begitu. Kami dah letih..

Saya suka berbual dengan Juan. Banyak ilmu baru yang saya dapat dari Juan. Maklum-lah dia generasi baru 'programming' sedangkan ilmu 'programming' yang ada pada saya sudah hampir pupus. Macam mana pun saya bersyukur ada latarbelakang 'programming'. Jika tidak, tak tahu-lah apa nak jadi dengan study saya.

Juan bertanya saya, adakah saya ingin kembali ke Malaysia sebaik sahaja tamat tempoh pengajian. Terus saya jawab 'Yes, of course', dan katanya saya menjawab tanpa berfikir panjang. Kenapa? Saya bertanya Juan, Adakah dia ingin tinggal di England selepas study? Dia juga menjawab tidak tetapi ingin sekali tinggal di Jepun. Lorr..Jepun? Apa yang istimewa dengan Jepun ya?

Saya pula, di mana saya ingin tinggal? Saya suka England tetapi untuk tinggal tidak-lah. Cukuplah sekadar menjadi student di sini. Malaysia tetap di hati.

Hari ini hari Guru. Selamat hari Guru buat semua teacher-blogger dan teristimewa buat guru-guru yang telah mendidik saya semenjak dari Kindergarden hingga kini. Besar sungguh jasa guru. Tak ternilai harganya.

5 comments:

Nur said...

Salam Kak...SELAMAT HARI GURU..

k-riey said...

Salam kak.
akak pun lecturer dulu kan.
so selamat hari guru!
name juan tu mesti sbut 'huan' kan?
duk overseas ni best kalu dapat balik msia sesuke ati kite. hehe
tu bagi saye..

Abang Long said...

Salam hormat. Hakikatnya, kita semua adalah guru.

sue said...

salam Zlaa..

tempat jatuh lagi dikenang....

ZLAA said...

nur,

Baru bersalin? Yang kecik hari tu berapa umurnya? Ni kira lelaki pertama lah ya?

k-riey,

Betul, Juan disebut Huan tapi dia prefer akak panggil dia Jon. Terima kasih atas ucapan.

abang long,

Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

sue,

Betul, tempat jatuh lagi dikenang. Ini-kan pula tempat membesar.