Sunday, May 25, 2008

Macam-macam Resepi Ayam

Lauk pauk yang mudah dicari di sini adalah daging ayam dan daging kambing. Kalau buat BBQ pun kebanyakannya berasaskan daging-daging ini. Resepi BBQ kawan saya Laily, sedap dan lain dari resepi BBQ yang lain.

Bahan Perap

1. BBQ sos (Nando sos - mexican chilli), serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, sedikit halia, yogurt atau mayonis, garam, madu, sedikit minyak jagung

Cara-caranya

Mula2 blend bawang putih bawang merah dan halia. Setelah itu gaulkan bahan2 yg di'blend' tadi pada ayam atau kambing. Kemudian BBQ sos, mayonis, madu, garam, kunyit dan minyak tu pun gaul sekali sampai rata. Diperap sekurang-kurangnya 4 jam. Untuk pedas, tambah sedikit lada hitam.


Dan ini pula resepi ayam malas kami. Jemu dengan ayam goreng hampir setiap hari, maka kami buat ayam bakar madu.

Hanya perlu gaulkan ayam dengan kicap manis, madu, sedikit garam dan lada hitam yang dikisar kasar. Seterusnya masukkan ke dalam oven dan bakar selama satu setengah jam. Sedap..


Tetapi, ayam madu di dalam gambar ini bukanlah hasil masakan saya. Ianya dimasak oleh adik-adik undergrad yang meraikan tamatnya final exam mereka. Walaupun masih muda, bakat masakan mereka 'superb'.

11 comments:

Abang Long said...

Menjamu mata .... nak rasa tak dapat ... alahaiiii

alaf21fc said...

Salam hormat. Minat membaca novel ALAF 21 ?

Jomlah sertai peraduan AKU dan BUKUKU.

Nur said...

Salam...Sedapnya ayam madu tu. Anak-anak saya pun suka ayam..asyik2 ayam sampai tak tau dah nak masak apa.

iza said...

salam..terjumpa blog ni..kecur aitr liur dah ni...

Mimi Amilia said...

waaa..makan makan..nyumnyum

kak zlaa..ala, awat tak habaq awai2. saya ada plan dah sabtu tu.huhuhu takde rezeki

ZLAA said...

abang long,

Jauh sangat. Kalau tak, jemputlah.

alaf21fc,

Setakat ni tak sempat nak baca novel lagi. Mungkin dah habis belajar nanti.

nur,

Jemu-lah hari-hari ayam. Nak buat macam mana, ayam yang paling murah.

iza,

Boleh-lah dicuba resepi-resepi tu.

mimi amilia,

Tak apa, lain kali boleh pi

umai said...

kak..nando sos tuh beli kat mane.. asda ker,kedai cine atau kedai pakistan?
nak cube le buat bbq..

ZLAA said...

umai,

beli kat asda je

© OD said...

Salam Zlaa...
Hari ni nak beli ayam. Kicap manis dan madu dah ada di rumah. Garam apatah lagi... nak kejar ayam, tak mandang pun ayam di luar... he he he... lapar Opah Zlaa buat. Sihat ke Zlaa dan keluarga di sana?

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat menarik

zurena said...
This comment has been removed by the author.