Friday, May 23, 2008

Me and supervisor


Minggu ini minggu perjumpaan dengan supervisor saya. Kali ini agak lama juga 'gap'nya tidak bertemu kerana dia 'berjalan' lagi, lebih kurang sebulan. Sekejap dia ke Canada, sekejap ke Dublin, sekejap ke Poland. So, dalam masa itu boleh dikata-kan saya 'work in peace'.

Selesai perjumpaan minggu ini, saya berasa lega. Lapang fikiran walaupun masih banyak benda yang perlu dilakukan. Saya semakin selesa berjumpa dengan supervisor. Tidak seperti di tahun pertama. Setiap kali ingin berjumpa pelbagai perasaan, kecut perut, rasa seperti nak rebah, 'butterfly in my stomach' dan macam-macam lagi. Tapi, kini Alhamdulillah saya semakin selesa dan melaporkan sahaja apa yang telah saya laku-kan, apa yang saya masih 'stuck' dan lain-lain.

Perhubungan pelajar-supervisor adalah hubungan yang unik. Masing-masing mempunyai 'expectation' masing-masing. Di dalam buku 'How to get a Phd' (Phillips and Pugh) buku pertama yang diberi pinjam supervisor pada saya, katanya masa perjumpaan antara supervisor dan pelajar adalah merupakan masa di mana supervisor telah peruntukkan untuk berfikir tentang kita, masa untuknya membaca apa yang kita tulis dan juga perjumpaan untuk tutorial apa-apa yang kita musykilkan.

Maka saya sebagai pelajar menurut buku ini harus bersikap menghargai dan sedar akan masa dan usaha yang telah supervisor peruntukkan buat saya. Katanya jika saya menunjukkan appresiasi maka akan mudah-lah hubungan dua hala yang lebih jujur, tidak semata-mata perjumpaan untuk berbincang hal-hal teknikal sahaja.

Supervisor mengharapkan kita jujur melaporkan progress hasil kerja kita. Alamak!! seram saya membaca bab ini. Kata buku ini lagi janganlah difikirkan supervisor ini bodoh. Janganlah kita asyik mengula-gula-kan dia bahawasanya progress kita sentiasa okay, dan seterusnya kita ini mengharapkan meeting lagi dan akan segera akan menghantar draf penulisan. Kononnya kita ini banyak idea, kerja banyak tetapi kemudiannya menghilangkan diri dan tidak lansung menghantar apa-apa hasil pun.

Supervisor mengharapkan kita 'excited' terhadap kerja kita, berupaya mengejutkan mereka dengan maklumat dan penemuan baru, pembuktian dan idea-idea. Tetapi, janganlah mengejutkan mereka dengan berita kita telah menyalahi 'code of conduct' atau kegiatan-kegiatan plagiat.

Kita perlu berusaha menjadi seorang yang fun to be with. Ini pun satu masalah juga ni. Macamana lah nak be fun with jika muka saya ini asyik berkerut, asyik stress. Mana tak stress jika research area susah sangat...

Banyak lagilah cerita hubungan pelajar dengan supervisor ni. Cukuplah sekadar itu untuk saya berubah sikap. Doa saya muga Allah mudahkan urusan pengajian saya dan siapa-siapa yang belajar kerana kita ditaja untuk datang belajar. Kita cuba sebaik mungkin. Jika tiada rezeki, adalah hikmahnya. Pada Allah segala urusan.

4 comments:

KAMATO said...

saya lagi pening, kerenah supervisor kat msia lagi, kerenah supervisor sini lagi... dah lah kadang2 mereka kontra...

Nur said...

Salam Kak..nanti balik mai la umah, nanti suruh mak buat sup special. Ye la kan.. nak belajar kena ada semangat dan iltizam yang tinggi..jangan kita dok leka, supervisor yang dok ingatkan kita je. Salam buat semua.

YuszTieY said...

semoga akak tabah menghadapi dugaan semasa bergelar pelajar ni...kenangan tu..
ok dah tu kalau belajar ade org taja tak payah dok pk pasal duit dah ,tiba masa pi ambik jer..
sedap la plok nampak laksa johor akak ka t bawah...terasa cam nak buat jugak la..lama dah tak buat laksa johor..hehehee

ZLAA said...

kamato,

Susah tu nak melayan kalau kerenah yang pelbagai. Saya, supervisor seorang sahaja.

nur,

Nak belajar ni kena banyak sabar.

yusztiey,

Terima kasih atas doa