Sunday, May 18, 2008

Nak masak apa ya?

Kalau-lah saya di Malaysia, nescaya hari ini Ahad saya akan mencari kedai makan dan makan di luar bersama-sama keluarga. Hu..hu..
Antara makanan yang saya akan cari adalah popia basah yang kaya dengan udang kering dengan sos cecah yang lazat, paginya mencari nasi kandar, tengaharinya mencari nasi berlauk ala kampung dan petangnya mencari mee rebus yang banyak cucur udang yang rangup.

Suppernya mungkin char keow teow yang banyak udang-udang yang besar-besar di goreng di atas api yang marak. Eee..laparnya. Minumannya mungkin ABC yang kaya dengan jagung, susu pekat dan ais krim di atasnya. Wuahh... Banyaknya angan-angan..


Di mana akan ku cari semua itu.. Nak buat sendiri macam tak thrill. Itu-lah kalau hari Ahad yang tiada apa-apa aktiviti. Tapi yang nikmatnya adalah rehat untuk diri sendiri. Hari bermalas-malasan. Di sini sekarang Subuh masuk pukul 3 pagi, dan sudah tentu tidur selepas Subuh menjadi satu kemestian.


Anak-anak hari ini awal bangunnya dan terus menonton movie 'Barnyard'. Suka benar mereka cerita-cerita begini selain dari cerita farm 'Chicken Run'. Suami pula datang memberitahu dia telah sediakan teh tarik. Wow!Ya-lah, I know it's an excuse untuk dia keluar berouting dengan rakan-rakannya ke daerah Leicester.


Belek-belek resepi online, belek-belek freezer, buat laksa johor-lah. Yang ada spaghetti Asda dan ikan salmon. Breakfast, nasi bubur semalam masih ada lagi. Nasib baik ada tetamu larut malam yang datang minta di masakkan nasi bubur berlauk ikan masin maka breakfast pagi ini beres. Sedap juga nasi bubur dimakan bersama teh tarik.

Resepi laksa Johor yang saya ceduk dari Internet:

Sumber : Jelita Mac 1995

Bahan-bahannya
500 g spageti, direbus hingga lembut
1 biji timun, dihiris bulat
Daun kesum, dihiris halus
Tauge, dicelur
Sedikit cili merah dan belacan, dibuat sambak
Limau kasturi

Bahan-bahan kuah
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2.5 cm halia, dihiris
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas, dititik
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam gelugur
200 g udang, direbus
50 sen udang kering
1/2 biji kelapa parut, dibuat kerisik
Garam secukupnya

Cara membuat kuahnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.
4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.
5. Hidangkan spageti bersama kuah dan bahan-bahan lain.
:
So: this is my version of laksa johor. Tak reti nak pintal-pintal spaghetti tu jadi bulat-bulat. Tapi okay-la makan sambil menonton cerita Eddie Murphy, 'Daddy day Care'. Best jugak.

18 comments:

are you said...

salam kak...

pening ye byk sgt nk mkn. heheh...kdg2 mmg la mcm tu kan. byk sgt nk mkn smp tak tau mana satu nk di sediakan. heheh..

tp laksa johor tu membuatkan saya pun kecur liur jadinya...

are you said...

salam kak...

pening ye byk sgt nk mkn. heheh...kdg2 mmg la mcm tu kan. byk sgt nk mkn smp tak tau mana satu nk di sediakan. heheh..

tp laksa johor tu membuatkan saya pun kecur liur jadinya...

-akuni- said...

Alamak, banyak nyer gambar makanan kat sini... heheheh... sedap tu laksa johor....

ummu asiah said...

Zlaa..memang bertuah dok kat msia ni..i hari2 breakfast kat luar..teruk betul rasanya..

dok tempat orang kena la rajin masak kan. untung u..husband lagi rajin masak n dah sedia teh tarik lagi sblm keluar..

silversarina said...

salam,

popia basah tu kat sini ( ganu ) pun susah nak dapat sebab diaorang tak pandai makan popia basah....

tak pe... masak sendiri lagi puas hati terutama bila duduk oversea ... akak pun duk jordan dulu rajin sikit masak..hehehe.

KAMATO said...

uhu...banyaknya makanan macam kat malaysia

mama said...

aduh sedapnya laksa johor tu... saya yang di malaysia ni pun dah berkurun tak makan laksa johor.

biasa la kak bila kat negara orang kitarindu sangat dengan food kat tempat kita ...
bila dah balik malaysia asyik teringat makanan kat sana pulak...
saya dengan hubby dulu time kat urdun sampai nak makan cendol pun boleh bua sendiri... balik malaysia rindu dengan urdun pulak..

hakikatnya manusia tak pernah puas..hhehhhehhe

-akuni- said...

Pagi tadi ada meeting dia orang order laksa johor tapi kecewa betul lah sebab rasa nyer tak macam laksa johor pun!

Mimi Amilia said...

hari ahad hari masak best2 utk saya selain mengemas umah sekemas2nya (hari lain umah cam tongkang pecah)
best gak laksa ni..nak try la nanti.

Nur said...

Salam Kak..sedapnyee laksa johor tu.. Kak, bukan saya la yang dapat baby..adik saya Zahidah tu..anak dia la 3 boys and 1 girl..he..he saya 4 princess je.

Kak..la tak boleh sangat dah nak makan kat luar.mahal, sekali dua tu ok la.

Nanti nak cuba buat laksa johor tu..

CikguZue said...

salam ziarah...

ada masak2 jugak la...

laksa johor, dah lama orang mintak saya buat. tapi tak terbuat2. ntah bila tak tahu ler...

resepi ni,ok ke? kalau best, nak cuba la...

Kak Elle said...

zlaa nak laksa tu sikit...

k-riey said...

yummy.. smua sedap2.
ni x sabar nak balik summer ni.
nak lepas rindu k makanan Malaysia. hehehe

ZLAA said...

are you,

ish.. kalau ikutkan banyak lagi nak list tu.. Macam-macam teringin nak makan. Tak mau yang masak sendiri..


~ahni~,

Ni-lah akibat hari-hari masak sendiri. Teringin pula nak makan kat luar macam di Malaysia.


ummu asiah,

Untung u hari-hari tak payah masak. Beli saja. Relax betul.

ZLAA said...

Silversarina,

Rasanya nanti I asyik makan kat luar saja mula-mula balik nanti. Kampoi makan-makan.

kamato,

Ni angan-angan je.

mama,

Elok juga kita duduk luar negara ni. Rajin lah sikit masak. kalau tak, dapur kurang berasap.

ZLAA said...

~akuni~,

I buat pun tak lah real laksa johor. Sipi-sipi laksa johor. tapi laksa johor kat sana mahal-lah.

mimi amilia,

Sabtu Ahad hari yang ditunggu. Penat 5 hari, rehat 2 hari. Relax sungguh-sungguh.

ZLAA said...

nur,

Ooo..Dah. Ingat dah bersalin. salah faham. Tu yang rasa pelik. rasa macam Cik bau bersalin hari tu. Rapat-rapat juga anak-anak dia. Salam kat dia. Nanti balik sana, nak pi rumah mak Cik, nak makan sup. Hari tu sedap sangat.

Cikgu zue,

Rajin you. nanti kalau ada penemuan terbaru, publish la. Boleh kami yang tak pandai ni buat jugak.

ZLAA said...

kak elle,

Boleh. datang-la sini...

k-riey,

Balik lagi? Mana aci ni.. nanti tolong makan nasi dagang boleh? Hu..hu..