Sunday, June 29, 2008

Tetamu dari Egypt

Qutub bersama Aljoofre

Alhamdulillah, 2 minggu lepas kami cukup bertuah menerima tetamu yang sangat istimewa. Seorang ustaz dan juga seorang blogger yang saya telah link-kan blognya sekian lama. Ustaz AlJoofre mengembara ke bumi UK dan sempat meluangkan masa di Nottingham. Terima kasih ya Ustaz. Kisah-kisah pengembaraannya ke UK ada di ceritakan di dalam blog barunya.

Friday, June 27, 2008

Masih ada rumah khemah di Ulu Kelang


Pagi ini saya mendapat e-mail dari seorang rakan yang bekerja di Petronas. Anaknya sekelas dengan anak tuan punya rumah khemah ini. Saya 'cut and paste' mail itu.

Anak perempuan saya murid Tahun 5 (5 Iltizam) SRK Taman Melawati 2 selalu balik menceritakan tentang kisah sedih kawan sekelas dia yang terpaksa duduk dalam ‘khemah’ kerana tiada rumah setelah rumah setinggannya di robohkan. Mula- mula saya tidak berapa ambil kisah kerana anggapan saya manala ada di kawasan Ulu Klang/Melawati keluarga Melayu sebegitu susah, sekurang-kurangnya ada rumah.

Tetapi cuti minggu lepas, saya telah dibawa sendiri oleh anak saya untuk melihat khemah dan keadaan keluarga tersebut di Ulu Klang bertentangan dengan Zoo Negara. Memang amat menyedihkan sekali keadaan keluarga ini, En Zamri seorang guard di Puncak Niaga Klang gate, mempunyai 5 orang anak (15,14,11, 6 & 4tahun) memang tinggal dalam khemah dhaif (sebesar partition Manager kat PETRONAS) tanpa elektrik dan cuma bilik air buatan sendiri. Isteri tidak dapat bekerja kerana ada anak kecil 4 tahun walaupun ingin bekerja.

Kepada sesiapa yang hendak lihat sendiri khemah keluarga ini boleh nampak dari Highway MRR2 – Arah Ampang ke Taman Permata , selepas PETRONAS Hulu Kelang 2, berdekatan bus station ada sign board untuk U TURN ke Zoo Negara. Menurut En Zamri rumah setinggan mereka di Batu 8 Hulu Klang telah dirobohkan 3 tahun lalu dan mereka telah membeli rumah kos rumah tetapi hingga sekarang tidak siap- siap. Keluarga lain mampu untuk buat rumah ditempat lain tapi beliau belum mampu untuk buat pondok sekalipun walaupun ada plan untuk buat ‘pondok sementara’ di tapak khemah itu…saya ada nampak sedikit kayu recycle terkumpul.

Semasa kempen pilihanraya ada ada politician berjanji untuk bantu tapi diam begitu saja. Beliau dirikan khemah di situ kerana dekat sekolah dan keempat empat anak bersekolah di Melewati dapat jalan kaki ke sekolah saja. Menurut anak saya akhir-akhir ni dengan cuaca yang tak menentu, anaknya selalu demam dsb. Saya juga telah bertanya macamana kami boleh bantu dia sekeluarga. Kalau ada rezeki dia cuma mahu dirikan pondok tempat bertuduh dengan harapan rumah kos murah mereka siap, tapi beliau keberatan untuk memberitahu saya kosnya.

Setelah didesak beliau beritahu rumah Indon depan rumah dia kecil tu pun lebih kurang RM 3 ribu juga. Indon pun ada rumah, ini keluarga Melayu, En Zamri orang N9 dan isterinya orang Perak. Alhamdulilah saya dapat memberitahu kisah keluarga ini pada Hj Zul, AJK Surau PETRONAS dan beliau berjanji akan cuba meminta bantuan ADUN Hulu Klang. Pihak Surau PETRONAS juga telah bermurah hati memberi sumbangan segera RM250..

Saya dan suami juga akan cuba ikhtiarkan bantuan lain seperti carikan kerja part time untuk isterinya dsbnya. Menurut En Zamri, sekolah juga memberi bantuan. Sahabat sahabat yang prihatin, saya mohon bantuan iklas semua kalau boleh kita membantu keluarga ini untuk dirikan ‘pondok’ untuk berteduh…..saya tahu ramai yang bermurah hati untuk memberi sumbangan peribadi , zakat (saya rasa keluarga ini layak mendapat zakat)….atau sebagainya….atau mungkin FOC boleh buat ‘keluarga angkat’ sebagai projek amal jariah kita. Sesiapa yang ingin membantu sila beritahu saya. Semoga ALLAH membalas amal jariah saudara/i sekelian. Wassalam.

Aspire: The tallest freestanding sculpture in the UK/Nottingham

Pada Isnin, 23 June 2008 yang baru lepas sempena hari lahirku, terdirinya sebuah mercu tanda ' The tallest freestanding sculpture in the UK' di kampus saya (Jubilee Campus). Ianya adalah landmark baru buat Nottingham dan juga UK.

Puas berfikir apakah keistimewaannya???..

Aspire – the UK’s tallest freestanding sculpture and a new landmark for Nottingham and Britain. At 60 metres high, this towering fusion of architecture and engineering has created a work of public art which will change the Nottingham skyline forever.

Aspire stands for the aspirations of the city and people of Nottingham. Aspire stands for the ambition, knowledge and world leading innovation of The University of Nottingham. Above all, Aspire stands as a towering affirmation of optimism for the future.

‘Aspire’ — costing £80,000 and funded by an anonymous benefactor. The designer is Ken Shuttleworth of MAKE.

Monday, June 23, 2008

Wednesday, June 11, 2008

Longlai, summer dan minyak

Semalam perjumpaan dengan supervisor lagi. Banyak kerja dan seakan masa yang ada tidak mencukupi. Kalau saya bekerja 24 jam sehari sekali-pun saya rasa tidak akan cukup dengan masa yang saya ada. Sungguh cemburu saya pada mereka yang berupaya bekerja dengan mudah dan lancar tanpa banyak masalah. Kerja yang hampir berbulan saya beri tumpuan, merenung, menenung, memikir, mentelaah, berbincang seakan tiada makna. Yang saya dapat hanya titik mula, yang diharap oleh supervisor adalah result, result yang bagus-bagus.. Longlai sungguh rasanya..

Bertambah longlai bilamana badan saya sakit-sakit akibat berjalan kerana ditinggal bas akhir pulang ke rumah semalam. Perjalanan pulang mengambil masa hampir sejam berjalan kaki. Seronok juga berjalan kaki ini. Bangun pagi ini badan saya sakit-sakit kerana lama sudah saya tidak beriadah. Paracetamol 2 biji penghilang kesakitan.



Sekarang ini cuaca di UK semakin terasa bahang summernya. Panas yang terik tetapi suhunya masih nyaman. Setiap kali saya sampai ke rumah di waktu petang, yang pastinya 3 anak-anak saya akan melakukan aktiviti harian iaitu berendam di dalam air. Hati sedikit ceria memikirkan mereka ada sesuatu yang seronok untuk dilakukan.


Bagaimana-kah agaknya keadaan negara kita akibat krisis kenaikan minyak ini ya? Saya pasti kita akan hidup dalam keadaan tertekan. Bilamana harga minyak naik, maka secara tidak lansung harga barang-barang lain pun akan terlibat. Mengapa-kah tidak dikawal kenaikan harga minyak agar kehidupan kita yang lain tidak terjejas? Nampak gaya-nya gaya hidup kita perlu berubah secara drastik. Harga makanan pun nampaknya sudah di'revise' oleh peniaga-peniaga. Mungkin selepas ini, kita perlu membawa bekal makanan ke pejabat atau ke sekolah. Bermakna-kah rebet bahan api yang akan kita nikmati nanti? RM 625 untu kenderaan bawah 2000cc dan RM 120 untuk motosikal.


Saya bukan-lah pengikut tulisan-tulisan Mufti Perlis Dr Asri, tetapi saya suka pada tulisannya ini : Agama bukan mengkhayalkan Orang Miskin.


Monday, June 02, 2008

Sheffield


Hujung minggu baru ini kami mengembara ke Sheffield. Memenuhi undangan rakan-rakan untuk bermalam di sana. Kami ke Sheffield dengan keretapi. Seronok rupanya menaiki keretapi di sini. Sheffield ke utara Nottingham dan perjalanan ke sana tidak lama, hanya sejam perjalanan.

Eastmidlands train to Sheffiled

Tenang, dan rehat berada di dalam train. Manakan tidak, keadaan coach yang selesa, bersih dan juga kami mendapat tempat duduk yang bermeja. Bebas melakukan aktiviti, membaca, makan mahupun tidur.

Qutub and Khadijah posing at their seats

Sesampai di Sheffield, kami tidaklah ke mana-mana sangat. Sebaliknya meluangkan masa bertemu rakan-rakan. Indahnya ukhwah, bertemu rakan-rakan. Datang kami dijemput, diraikan, diberi tempat tidur, dijamu sehingga kenyang dan pulang berhantar sehingga ke stesen. Alangkah manisnya ukhwah..


Cross country train ke Edindurgh, Scotland

Train to London is on her way

Akhirnya kami pulang ke Nottingham dengan membawa sebilah pisau yang cukup terkenal, Pisau Sheffield.