Wednesday, June 11, 2008

Longlai, summer dan minyak

Semalam perjumpaan dengan supervisor lagi. Banyak kerja dan seakan masa yang ada tidak mencukupi. Kalau saya bekerja 24 jam sehari sekali-pun saya rasa tidak akan cukup dengan masa yang saya ada. Sungguh cemburu saya pada mereka yang berupaya bekerja dengan mudah dan lancar tanpa banyak masalah. Kerja yang hampir berbulan saya beri tumpuan, merenung, menenung, memikir, mentelaah, berbincang seakan tiada makna. Yang saya dapat hanya titik mula, yang diharap oleh supervisor adalah result, result yang bagus-bagus.. Longlai sungguh rasanya..

Bertambah longlai bilamana badan saya sakit-sakit akibat berjalan kerana ditinggal bas akhir pulang ke rumah semalam. Perjalanan pulang mengambil masa hampir sejam berjalan kaki. Seronok juga berjalan kaki ini. Bangun pagi ini badan saya sakit-sakit kerana lama sudah saya tidak beriadah. Paracetamol 2 biji penghilang kesakitan.



Sekarang ini cuaca di UK semakin terasa bahang summernya. Panas yang terik tetapi suhunya masih nyaman. Setiap kali saya sampai ke rumah di waktu petang, yang pastinya 3 anak-anak saya akan melakukan aktiviti harian iaitu berendam di dalam air. Hati sedikit ceria memikirkan mereka ada sesuatu yang seronok untuk dilakukan.


Bagaimana-kah agaknya keadaan negara kita akibat krisis kenaikan minyak ini ya? Saya pasti kita akan hidup dalam keadaan tertekan. Bilamana harga minyak naik, maka secara tidak lansung harga barang-barang lain pun akan terlibat. Mengapa-kah tidak dikawal kenaikan harga minyak agar kehidupan kita yang lain tidak terjejas? Nampak gaya-nya gaya hidup kita perlu berubah secara drastik. Harga makanan pun nampaknya sudah di'revise' oleh peniaga-peniaga. Mungkin selepas ini, kita perlu membawa bekal makanan ke pejabat atau ke sekolah. Bermakna-kah rebet bahan api yang akan kita nikmati nanti? RM 625 untu kenderaan bawah 2000cc dan RM 120 untuk motosikal.


Saya bukan-lah pengikut tulisan-tulisan Mufti Perlis Dr Asri, tetapi saya suka pada tulisannya ini : Agama bukan mengkhayalkan Orang Miskin.


22 comments:

CikguZue said...

kat mana2 terasa kenaikan harga minyak la ni. masing2 pun dah mula naik minyak jugak....

-akuni- said...

1 jam jalan kaki?

Mau melecet tu...

Tabik spring lah kat Zlaa...

Mimi Amilia said...

jauh nyer jalan..tapi memang best jalan waktu summer ni.Kekadang tu terasa bahang panas sampai migraine dibuatnya.

Nur said...

Salam kak...jauhnya kak berjalan, ok la kat sana tak panas kalau kat sini mau berkilat. Terasa sangat kak akibat kenaikan harga minyak ni.dah jarang makan kat luar..masak la apa yang patut. P kerja tumpang kereta kawan.

shopforshoppers said...

Salam Zlaa..

Semua orang terasa bahang kenaikan harga minyak, terpaksalah rakyat berjimat cermat...

Hilang penat bila tengok ketawa riang anak2 kan..

ummufawwaz said...

biar betul jln kaki??..cayalah akak..pocah lomak2 kat kaki tu..heheh..
semuo org 'sakit'dek kenaikan hrga barang2 asas ni..
mak saya kt kpg dah malas nk masak jadinya bila brg naik...sian org kpg..

silversarina said...

bila minyak naik pstinya barng lin juga naik, nanti julai letrik pulak naik, ni yang buat akak parah.

harap longlai berjalan kaki dah baik :)

KAMATO said...

Kat sini pun cuaca dah sejuk balik....
Macamana study...proposal dah clear ke. Saya tengah mabuk analisa data, dah naik berserabut. Sekarang ni tengah mula writing chapter 4 & 5. Saya sebenarnya buat phd secara part time dgn 2 universiti serentak, UTHM dan Bremen. Syarat kena duduk 6 bulan di german. 2006 dula dah 3 bulan, sekarang ni 3 bulan, sobulan depan balik msia. Yg mencabarnya balik ni dgn kerjanya menunggu...nak siapkan thesis lagi....taktaula bial boleh complete

YuszTieY said...

salam
bukan takat budak2 suka berendam dgn air,mak budak pun suka gak panas22 ni..kat sin lagi er panas kak..
moga allah prmudahkan urusan akak dgnsupervisor tu..

© EM Muhammad said...

Rasanya tak masuk akal tapi tak tahulah nak cakap. Kita bukan ahli ekonomi.

Abang Long said...

Bahang pemanasan akibat kenaikan harga minyak sudah tidak terkawal. Rakyat sahaja yang perlu mengubah cara hidup.

arsaili said...

salam kena pasang strategi agar dpt menempuh kehidupan yg makin sukar di msia

Dalam Dakapan Ibu said...

Hi Zlaa.. lama tak dengaq habaq.. I pun dah x dpt email SAS lg. Semua bz kot.. Eh, bila habis blajaq?

ZLAA said...

cikguzue,

ya, betul tu. bahang dia dah terasa di mana-mana.

akuni,

Jalan kaki di sini best. Nyaman saja walaupun summer. Nikmat Allah pada mereka.

mimi amilia,

Bukannya selalu jalan pun. Sekali sekala. Weather sangat baik. Tu yang pilih jalan. Lagipun call taxi lambat sangat nak kena tunggu.

ZLAA said...

nur,

Dah mula tukar gaya hidup? Rasanya lepas ni nak kena beli basikal kot.. Boleh jimat minyak..

shopforshoppers,

Betul tu. Tengok anak-anak happy, hilang penat. Rasanya kita dah habis jimat dah.. Tak tahu nak jimat macam mana lagi. Kerajaan kena-lah lebih peka dengan masalah rakyat lepas ni. Mungkin boleh restructure agenda ekonomi kita.

ummufawwaz,

Ala..jalan dengan suami mana nak penat. Abang datang jemput akak kat rumah Kak Yati then kami jalan sama-sama balik rumah. Tak penat lansung..

ZLAA said...

silversarina,

Dah okay badan cuma letih balik ingat kursus nak kena attend.

Kalau elektrik naik, susah jugak. Bil yang sedia ada dah memang tinggi.. Sabar saja-lah.

Kamato,

Kalau kita tak study, kita tak tahu susah payahnya belajar ni. Rupanya study peringkat ni amat perlu-kan kesabaran, ketahanan diri. Muga Allah beri-kan kita kejayaan.

yusztiey,

Terima kasih atas doa. Sini panasnya nyaman. Nikmat Allah pada mereka.

ZLAA said...

OD,

How's Australia? Petrol naik tak? UK naik dan barang makanan lain pun naik jugak. Tapi, rakyat dia tak teruk sgt mengeluh. Apa dia orang nak susah, ramai yang dapat duit bantuan dari kerajaan.

Abanglong,

Sejauh manakah kita nak ubah cara hidup? Melainkan perubahan yang cukup drastik. Cth, jgn pakai kenderaan. Tapi, perubahan yang lain seperti jgn makan di luar/kedai mungkin cadangan yang bagus.

ZLAA said...

arsaili,

kalau ada strategi yang bagus, harap dapat dikongsi.

dalamdakapanibu,

Hi, I guess ini mesti Miza. Best..best.., Wah..bertambah SAS_ gals ada blog. Dah baca Chit @ ummuasiah punya blog? Nanti I link blog u kat blog I. Write more dalam mail.

Nur said...

Salam kak..biasala kak tension kat tempat kerja..macam2 hal.. ha.ha beli basikal, dah ada 4 biji kat umah tu tapi nak pi kerja naik basikal huh huh 22 km kak...

MULAN said...

lepas ni, semua belanja berpada2 la jawabnya. ok jugak sebab nanti tak akan belanja yg bukan2.

MAMAMIA said...

Bila terasa weather panas sikit, dulu2 kami akan mula menggayakan baju kurung ke kelas. Ya lah, asyik dgn sweater, kot tebal aje, rindu jugak nak berbaju kurung...

Harga minyak naik, mula lah domino effect dia....

david santos said...

Nice, nice and very nice Baby`s!
Happy forever