Monday, June 02, 2008

Sheffield


Hujung minggu baru ini kami mengembara ke Sheffield. Memenuhi undangan rakan-rakan untuk bermalam di sana. Kami ke Sheffield dengan keretapi. Seronok rupanya menaiki keretapi di sini. Sheffield ke utara Nottingham dan perjalanan ke sana tidak lama, hanya sejam perjalanan.

Eastmidlands train to Sheffiled

Tenang, dan rehat berada di dalam train. Manakan tidak, keadaan coach yang selesa, bersih dan juga kami mendapat tempat duduk yang bermeja. Bebas melakukan aktiviti, membaca, makan mahupun tidur.

Qutub and Khadijah posing at their seats

Sesampai di Sheffield, kami tidaklah ke mana-mana sangat. Sebaliknya meluangkan masa bertemu rakan-rakan. Indahnya ukhwah, bertemu rakan-rakan. Datang kami dijemput, diraikan, diberi tempat tidur, dijamu sehingga kenyang dan pulang berhantar sehingga ke stesen. Alangkah manisnya ukhwah..


Cross country train ke Edindurgh, Scotland

Train to London is on her way

Akhirnya kami pulang ke Nottingham dengan membawa sebilah pisau yang cukup terkenal, Pisau Sheffield.

21 comments:

Kak Elle said...

zlaa mmg selesa train tu saya menaiki nya dari Paris ke London sgt berbeza dgn KTM kan?Kami pun dpt seat with table tu ...

MULAN said...

waahhh seronok tu jenjalan.. kalau saya dapat beli pisau tu lagi seronok..

k-riey said...

rindunye Sheffield!
sini laa saye mule jatuh cinta pade negare Eropah..
weekend baru ni bawak mak cik saye jalan-jalan kat Paris.
saye gi Sheffield dulu ngan mak cik saye yang ni la.
Insya Allah taun depan dia ade praktikal 9 bulan di Sheffield.
tak sabar rasenye nak ke sane setelah 10 taun berlalu!

Sheffield tu pi mane kak?
saye dulu duk kat Darnall.

i remember almost every single thing bout that journey even thou i was only 11 at that time.

sbab bukan snang nak dapat pluang pi sane mase tu.
abah, mama sume pon tak gi, saye sorang je. hehehe

Nur said...

Salam Kak..best tu jalan-jalan..cantik dan selesa train dia tak macam kita punya.kak saya balik kg, jumpa kak zaini tapi tak sempat tengok baby baru shitah.

shopforshoppers said...

Salam Zlaa..teringin juga nak naik train ni lagi du naik fm Paris pi London, selesa tapi tak selesa dgn immigration dia je, sampai kena buka tudung, hampess..

Mimi Amilia said...

apa istimewanya pisau tu kak?

cikMilah said...

bestnya ... itulah impian kedua saya; into Europe by train.

faizabelle79 said...

hmmm..seronoknya dapat jalan2 naik train yang cantik dan selesa itu..hmm....rasa2 Zlaa train ni sama x dgn TGV?Izah rasa TGV kecik sikit but laju gila la...

KAMATO said...

Berbalai beli pusau tu, saya beli pisau tu tahun 1996, sampai sekarang masih bermutu

ZLAA said...

kak elle,

Selesa kan? Tapi, kalau naik train selalu agak expensive jugak. Maklumlah kami ni ramai..

mulan,

Memang seronok jalan-jalan ni. tapi, tak boleh selalu, poket bocor nanti.

k-riey,

Kami biasa juga pergi Darnall tu. Kawasan ramai melayu. Kenapa tak pilih belajar di Sheffield? Terkenal juga universitinya.

ZLAA said...

nur,

Rasanya train kita di Malaysia pun dah okay. Oh ya, jumpa Zaini? Dia balik kampung cuti sekolah lah tu. Shitah dah balik rumah mertua dia.

shopforshoppers,

Teruk kan imigresen dia orang? Harap-harap kami tak akan hadapi masalah macam tu.

mimi amilia,

Istimewa Sheffield kata orang adalah pisaunya. Akak tak reti nak appreciate. Boss kata beli, kita beli aja-lah.

ZLAA said...

cikmilah,

Kalau impian macam tu, why not join backpackers? Murah sikit.

faizabelle79,

Saya tak pernah naik la TGV. Tak tahu macam mana. Laju gila? Wah..best tu.

Kamato,

Oooo..patutla terkenal pisau tu. Rupanya berkualiti. Sayang pulak nak guna. Display saja-lah. Hi..hi..

LiLa said...

Seronokkan berjalan... Released stress mengadap buku. Tak tahu lak tentang pisau sheffield ni dulu...kalau tahu mesti dulu saya dah cari.July ni insya Allah saya akan ke Oxford..tapi tak sempat rasanya nak ke Sheffield...

silversarina said...

Sheffield , namanya memang amat dikenali tapi tak sampai lagi, anak-anak kawan-kawan saya ada yang bekerja di sana sebagai doktor, menetap di sanalah jawabnya.

baru tau pisau sheffield terkenal , kalau ada kena buat display ajelah macam zlaa kata sayang nak pakai .

babazahra' said...

pisau sheffield yek? mungkin bila kita potong ayam, nanti lauk kita jadik sedap kot. ehek ehek! cuba ambil gambar pisau tu dari pelbagai sudut. boleh kita berkongsi menilai keistimewaannya kak. :)

CikguZue said...

ooo kalau gi sana nanti, kutuju terus ke kedai pisaunye...hehehe....ooopss dia jual kat mana?

ZLAA said...

Lila,

Kami pun tak tahu ada special pisau di Sheffield ni. Nak datang Oxford? Datang utk conference ye?

Silversarina,

Ramai melayu di Sheffield. Macam pelik je pisau nak buat display. Rupanya bukan cantik pun.. Tapi, boleh-lah letak kat belakang2 cabinet. Hi..hi..

babazahra',

Tak ada special mana pun. Ada la tulis nama Sheffield kat satu sudut. Tapi Kamato kata pisau tu tahan lama. Tu kira kualiti dia-lah kot.

Cikgu Zue,

I lupa la nama tempat tu. Nanti tanya kawan semula.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Zlaa,

Sheffield?

Bandaraya seribu kenangan. Cebisan peristiwa yang saya abadikan dalam buku 'Dafodil Untuk Insyirah'.

Nombor 15, Filey Street sangat berdekatan dengan universiti - rumah yang masih diduduki oleh pelajar Malaysia hingga kini. Saya dan suami adalah generasi pertama menghuni rumah itu (1979)...kami pengantin baru waktu itu, kemudian menjadi ayah dan ibu. Pulang ke Malaysia dengan segulung ijazah dan bayi berusia 9 bulan. Kini anak perempuan kami itu juga seorang ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun 9 bulan.

Saya sempat merakam gambar dan video 'rumah kami' itu semasa berseorangan bercuti sabatikal ke sana tahun sudah. Sudah tentunya setelah mohon izin daripada pelajar perempuan yang kebetulan berada di rumah itu. Dia begitu hairan dan teruja apabila mendengar permintaan saya (sebelum itu, dia membuka pintu dengan hati-hati apabila mendengar petikan loceng saya di depan rumahnya...mungkin dia menganggap siapa wanita ini...jangan-jangan perempuan gila entah datang dari mana!)

Puas rasanya...kemudian berjalan kaki ke stesen keretapi, mahu bermalam di Chesterfield..tidak sedar, air mata saya menitik....

k-riey said...

sbab da boring blaja english. hehehe
actually sbab engineering jarang JPA anta ke UK.
probabilité dapat US, Canada, Australia ngan NZ lagi tinggi.
i always prefer to be in Europe.
sbab tu pilih France.
plus France lokasi dia agak di tengah europe, sronok nak travel.

nurazzah8 said...

zlaa, dulu kak Puteri kat Sheffield jugak kan? eh...bukan Puteri, tapi Sharifah Lailee... lecturer Perlis tu.

Bila Nasiroh nak balik Malaysia? mintak tolong suruh dia contact akak kat emel: nurazzah@salam.uitm.edu.my atau nurazzah8@yahoo.com

thanks.

maklang said...

wah...memang seronok kan...dapat jalan2..