Saturday, July 26, 2008

Kembara ke Eropah - Belgium


Saya selalu ingin ke Belgium. Bukan kerana apa, saya ingin membiasakan diri dengan Belgium terlebih dahulu sebelum saya ke sini keseorangan September ini. Bila dah biasa, tentu 'suspen' nya akan berkurangan. We were in Belgium for a day. Sebuah negara yang biasa-biasa sahaja dari segi pemandangan dan keindahan. Hebatnya Belgium mungkin kerana ianya ibupejabat bagi Kesatuan Eropah dan lain-lain organisasi internasional seperti Nato.

Gah-nya Belgium bagi saya adalah kerana research area saya keseluruhannya berkisar algoritma yang diideakan dari seorang berbangsa Belgium. Dan saya merasakan tidak mustahil external examiner saya nanti akan datang-nya dari sini (insyaAllah jika segala-galanya berjalan lancar, doa-kan ya).

Waffle Factory

Waffle pelbagai rupa

Belgium terkenal dengan cokelatnya dan kain-kain lace (lebih kurang lace Indonesia sahaja). Merupakan negara asal-nya french fries dan waffle. Seafood (mussels) juga sangat popular. Terdapat satu lorong yang penuh dengan restoran seafood yang menggiurkan. Macam menarik sahaja melihat mussels dimakan bersama french fries.

Pelbagai menu seafood. Ada juga yang halal (tanpa wine), kata pelayan Arab di situ.

Deretan restoran seafood. Berebut pelanggan pun boleh tahan di sini. Kami pura-pura kenyang. Tak mampu..

Di ofis, saya agak baik dengan seorang pelajar berbangsa Belgium. Ada ketika dia menunjukkan pada saya gambar-gambarnya di rumah. Penuh dengan beer. Rupanya Belgium adalah pengeluar beer terbesar dunia, lebih 500 jenis beer dari sini. Mmmm... patut-lah.

Anak-anak di samping patung Vincent Van Gogh yang tiada cuping telinga.

Patung pelukis Vincent Van Gogh juga terdapat di Belgium walaupun muzium seni-nya berada di Amsterdam dan beliau sendiri berasal dari Belanda. Van Gogh dipuja kerana hasil seninya, dan pelopor kepada seni 'expressionism' - iaitu menghasilkan seni berdasarkan emosi. Masa hayatnya Van Gogh ini bukan-lah popular sangat. Beliau popular mungkin kerana kontroversi, memotong kedua belah cuping telinganya akibat putus cinta dengan kekasihnya seorang lelaki. Mengalami sakit jiwa hingga mati membunuh diri. Biasa-lah, 'fahaman liberal' seperti di Belanda tentu akan mengagungkan hikayat begini.

Cabin sementara kami. Sangat cantik interiornya. Dilapisi kayu pine keseluruhannya. Seakan mahu lebih lama di dalamnya

Friday, July 25, 2008

A popcorn machine from carboot

Minggu lepas kami ke carboot. Dapat-lah beberapa barangan murah-murah. Antaranya yang digunakan oleh anak-anak hampir setiap hari kini adalah mesin pembuat popcorn. Harga yang kami dapat bagi mesin tersebut hanya-lah 50 pence. Working perfectly.
Popcorn, snack ringan berusia lebih 5000 tahun. Kita selalu makan popcorn berperisa manis tetapi ada juga popcorn berperisa masin. Kurang sesuai dengan tekak. Hilanglah sedikit rindu pada pasar malam terutama pasar malam fasa 1 dan 4, Bandar Baru Bangi.

Wednesday, July 23, 2008

Kembara ke Eropah - Netherland


Masih lagi tentang cuti-cuti. Kali ini kami ke Netherland atau Holland atau Belanda. Sempat ke Amsterdam, antara ibukota paling kecil dalam dunia, tetapi sangat popular di kalangan pelancung. Belanda negara istimewa. Setiap pemastautin negaranya wajib ada sijil berenang kerana negaranya 'below sea level', maknanya lautnya lebih tinggi dari tanahnya. Diselamatkan oleh benteng-benteng atau 'dikes' yang memisahkan laut dan darat. Selain Amsterdam, kami ke bandar pelabuhan Volendam. Sangat cantik tempatnya.

dutch clog - terompah kayu tradisional bagi orang-orang Dutch.

Banyak tarikan negara Belanda. Antaranya bunga tulip di musim bunga, kincir angin, terompah kayu, keju, muzium dan jutaan basikal. Teruja saya melihat rumah-rumah comel dihiasi cantik halamannya. Terusan-terusan air-nya penuh dengan bot-bot kecil.

ribuan basikal di kota Amsterdam

kota Amsterdam. Lebih basikal dari motokar.
Netherland, negara berfahaman liberal. Liberal bermakna 'strong support for freedom of choice and individualism'. Maka dengan itu tarikan unik seperti 'red light district' yang menghalalkan pelacuran sangat maju bisnes-nya. Kanabis dijual secara 'halal' hinggakan lollypop berperisa kanabis ada dijual di atas meja berhampiran cash-register machine.

Madame Tussaud of Amsterdam

kedai kebab halal

Tidak sukar mencari makanan halal di Amsterdam. Kami makan kebab di sebuah kedai makan Arab. Sukar juga terserempak dengan rakyat Malaysia di Amsterdam. Yang kami jumpa bangsa Asia adalah rakyat-rakyat Indonesia. Kaum minoriti Islam adalah dari kaum Arab Algeria dan Turki.

sex museum - kebanggaan Amsterdam

Belanda antara negara terkaya di dalam dunia. Apa yang menyebabkan ianya kaya ya? Antaranya ekonomi utama-nya adalah pemprosesan makanan, bahan kimia, pemprosesan petroleum dan pembuatan jentera elektrik. Kalau macam tu, kita pun boleh kaya macam Belanda. Kita pun menjana ekonomi lebih kurang macam mereka juga...

Monday, July 21, 2008


AlFatihah to my dear cousin brother. Muga Allah cucuri rahmat ke atas rohmu.

Friday, July 18, 2008

Kembara ke Eropah - Switzerland

Banjaran Alps

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat kembali dari percutian yang cukup bermakna dalam hidup. Habis lupa segala saya pada semua beban kerja. Memang enak bercuti ini ya..

Sebaik sahaja pulang, saya harus bertemu supervisor. Apa-kah yang perlu saya present kali ini?
Tiada progress lansung. Fikir punya fikir kaedah paling selamat adalah saya harus mencari jalan untuk membuat dia yang bercakap. Maka soalan-soalan 'ala wartawan' saya perlu-kan. Alhamdulillah, saya berjaya membuat supervisor bercakap tanpa henti selama 40 minit. Sekali sekala sahaja saya mencelah dengan pertanyaan. Selamat-lah buat kali ini...

More on Alps

Cuti memang indah. Apatah lagi dapat ke tempat yang paling indah di dalam dunia bagi saya. Switzerland, antara negara terkaya di dalam dunia. Negara yang Allah kurniakan keindahan dan kecantikan. Rakyatnya penuh kesederhanaan tetapi 'gun politics'-nya paling unik di dunia. Pemilikan senjata bagi rakyatnya adalah yang paling tinggi di dalam dunia tetapi negaranya bersikap neutral/berkecuali dan bebas perang sejak kurun ke-19.

Kedai jam - antara souvenir popular dari Switzerland

Keretapi ke puncak Jungfraujoch

Hampir sebahagian banjaran Swiss terletak di Switzerland. Paling menarik adalah khidmat keretapi ke puncak tertinggi di Eropah bagi orang awam (Jungfraujoch). Paling ramai saya lihat adalah pelancung India dan Jepun. Tidak tergambar dengan kata-kata keindahan Switzerland.

The children - di puncak Jungfrau

the children - snowboarding

Friday, July 04, 2008

Cuti


Setelah lama tidak bercuti panjang, akhirnya minggu depan saya mengambil cuti 10 hari untuk berehat. School kami rasminya cuti tahunan adalah 21 hari. Saya sudah memohon cuti, malah telah meletakkan notis 'on holiday' di dalam diary school. Cuti kali ini saya betul-betul mahu berehat bersama suami dan anak-anak. Juga mahu jauh seketika dari dunia siber. Mudahan apabila kembali bekerja, minda saya akan benar-benar segar dan bersemangat kembali. Doakan ya.