Saturday, July 26, 2008

Kembara ke Eropah - Belgium


Saya selalu ingin ke Belgium. Bukan kerana apa, saya ingin membiasakan diri dengan Belgium terlebih dahulu sebelum saya ke sini keseorangan September ini. Bila dah biasa, tentu 'suspen' nya akan berkurangan. We were in Belgium for a day. Sebuah negara yang biasa-biasa sahaja dari segi pemandangan dan keindahan. Hebatnya Belgium mungkin kerana ianya ibupejabat bagi Kesatuan Eropah dan lain-lain organisasi internasional seperti Nato.

Gah-nya Belgium bagi saya adalah kerana research area saya keseluruhannya berkisar algoritma yang diideakan dari seorang berbangsa Belgium. Dan saya merasakan tidak mustahil external examiner saya nanti akan datang-nya dari sini (insyaAllah jika segala-galanya berjalan lancar, doa-kan ya).

Waffle Factory

Waffle pelbagai rupa

Belgium terkenal dengan cokelatnya dan kain-kain lace (lebih kurang lace Indonesia sahaja). Merupakan negara asal-nya french fries dan waffle. Seafood (mussels) juga sangat popular. Terdapat satu lorong yang penuh dengan restoran seafood yang menggiurkan. Macam menarik sahaja melihat mussels dimakan bersama french fries.

Pelbagai menu seafood. Ada juga yang halal (tanpa wine), kata pelayan Arab di situ.

Deretan restoran seafood. Berebut pelanggan pun boleh tahan di sini. Kami pura-pura kenyang. Tak mampu..

Di ofis, saya agak baik dengan seorang pelajar berbangsa Belgium. Ada ketika dia menunjukkan pada saya gambar-gambarnya di rumah. Penuh dengan beer. Rupanya Belgium adalah pengeluar beer terbesar dunia, lebih 500 jenis beer dari sini. Mmmm... patut-lah.

Anak-anak di samping patung Vincent Van Gogh yang tiada cuping telinga.

Patung pelukis Vincent Van Gogh juga terdapat di Belgium walaupun muzium seni-nya berada di Amsterdam dan beliau sendiri berasal dari Belanda. Van Gogh dipuja kerana hasil seninya, dan pelopor kepada seni 'expressionism' - iaitu menghasilkan seni berdasarkan emosi. Masa hayatnya Van Gogh ini bukan-lah popular sangat. Beliau popular mungkin kerana kontroversi, memotong kedua belah cuping telinganya akibat putus cinta dengan kekasihnya seorang lelaki. Mengalami sakit jiwa hingga mati membunuh diri. Biasa-lah, 'fahaman liberal' seperti di Belanda tentu akan mengagungkan hikayat begini.

Cabin sementara kami. Sangat cantik interiornya. Dilapisi kayu pine keseluruhannya. Seakan mahu lebih lama di dalamnya

20 comments:

k-riey said...

mussells ngan fries?
in french kami panggil moules et frites tak silap.
memang mahal macam ape ntah..
saye 2 taun kat La Rochelle yang tepi laut, sangat terkenal ngan bende ni..
da abih blaja kat LR baru merase..
tu pon sebab terpakse sbab ari tu tak de kedai daging halal bukak. hehe

Ibnurashidi said...

salam..

cantik gmbr kat sana ya..kak pakaba?
ada masa jalan2 blog sy plak ya..

Nur said...

Salam kak..tok n orang di kg semua sihat, saya dah dekat sebulan tak balik..kalut dengan anak2 tuisyen n tak sama cuti dengan Ku Chik..tu yang susah. Nak kumpul duit nak p cuti macam kak..ha..ha..boleh ke???

cikMilah said...

Salam Zlaa, ralit baca kisah orang berjalan2 ni.Best.
Almarhum tu cousin Zlaa! MasyaAllah. Waktu sekolah menengah dulu , tiap2 hari jumaat akak ikut mak pergi kuliah dia di Derang...tadah kitab.

Abang Long said...

French Fries berasal dari Belgium.

Kak Elle said...

Zlaa looks like kita pergi tempat yg sama2 but Belgium only stop for lunch at the thai resturant before leaving for Paris.

Ibnurashidi said...

syukran datang jenguk blog ana..dan komentar..Insyallah kalo kak ada duit blh dtg mlwt mesir.murah je kos. ana plak teringin nak ke UK..mahal tak?

Dalilawati Zainal said...

wah...seronoknya jalan-jalan...

MAMAMIA said...

Entri percutian Eropah Zlaa ni mengimbau balik my kenangan manis.

U went on your own as a family or ikut group?

Switzerland & Holland memang cantikkan... Kalau ada rezeki nak bawa the kids tour Europe esp these 2 ctries. Biar they all dapat tengok sendiri betapa cantiknya ciptaan Allah.

Fakhrul Azim & Noor Mardhiyah said...

akak,
Best gak cerita-cerita akak. Saya pun link kan blog ke diari mardhiyah&azim.

jemput la dtg rumah... anak-anak sihat ke?

Dalam Dakapan Ibu said...

Zlaa,
Bestnya dapat pi Belgium...mussels dgn fries... isshh..sedap ka?

I blajar Van Gogh masa amik Art101 dulu. Di aDutch kan? If only he knew he'd be famous mcm sekarang... hmmhh... Anyway, I like his 'The Starry Night'.

Mana gambaq Zlaa? Nak tengok la...

Mimi Amilia said...

Cabin akak tu..kalau tunuk gambar interior kan best.Nak gak tgk cantik camner interiornya :)

Tie said...

Salam kenal.. wah beruntung dapat merantau kat sana.. Tie tumpang suka je , yek..

epelijau said...

Salam kak..
Mesti teruja pergi tengok tempat orangkan. Moga akak dapat teruskan penyelidikan dengan lebih semangat. Caiyok kak!!

ZLAA said...

k-riey,

Sedap tak moules et frites tu? Akak tengok macam sedap je. Teringin jugak tapi tak mampu.

ibnurashidi,

Eropah memang cantik sangat. Beruntung mereka Allah kurniakan tempat secantik begitu.

nur,

Kumpulah duit jalan-jalan sini. Rajin sungguh dok hantar anak-anak ke tuisyen. Baguslah. Chik ni dah turun mak Chik lah tu. Kalut saja.

ZLAA said...

cikmilah,

Memang la best jalan ni Cik Milah. Tapi, tak boleh selalu. Nanti lupa mengaji. Orang suruh mai study.

Cikmilah pernah pi Derang? Tinggal mana dulu? Saya selalu p jugak tapi tak pernah p dengar orang mengaji sebab asyik duk bertemu adik beradik. Banyak cerita. Sedarq-sedarq orang dah habis mengaji.

abang long,

Memang asalnya fries dari situ tapi tak pulak letak Belgium fries kan?

Kak elle,

Never knew that there was a thai restaurant there. Dalam city centre dia ke?

ibnu rasyidi,

Jemputlah dtg UK. Mahal juga di sini kalau convert duit kita.

ZLAA said...

dalilawati,

Memangla seronok jalan-jalan. Cuma tak seronok bila kena keluar duit. hi..hi..

mamamia,

We all ikut tour package. Senang dan rehat. Really enjoyed ourselves.

Noor,

Kami sihat. Noor and family sihat ke? Harap dapat jumpa Noor and family sebelum u all balik for good. Jemput datang sini.

dalam dakapan ibu,

Anak I ada sorang suka Van Gogh. I tak makan pun fries dengan mussels tu. Nampak macam sedap.

ZLAA said...

mimi amilia,

Kami tak sempat ambil gambar dalam cabin tu sebab semua orang bukan otak photographer.

tie,

Terima kasih. Jemput datang lagi.

epelijau,

Terima kasih. Harap-harap epel pun sukses juga. Caiyok..caiyok..

silversarina said...

salam,

ingat akak je yang malas nak update blog, tak pe ada gang :)

cantik log cabin tu dan gathering tu ramai yang hadir, sure best dapat jumpa semua.

ZLAA said...

Silversarina,

I malas tak tahu kenapa...