Wednesday, July 23, 2008

Kembara ke Eropah - Netherland


Masih lagi tentang cuti-cuti. Kali ini kami ke Netherland atau Holland atau Belanda. Sempat ke Amsterdam, antara ibukota paling kecil dalam dunia, tetapi sangat popular di kalangan pelancung. Belanda negara istimewa. Setiap pemastautin negaranya wajib ada sijil berenang kerana negaranya 'below sea level', maknanya lautnya lebih tinggi dari tanahnya. Diselamatkan oleh benteng-benteng atau 'dikes' yang memisahkan laut dan darat. Selain Amsterdam, kami ke bandar pelabuhan Volendam. Sangat cantik tempatnya.

dutch clog - terompah kayu tradisional bagi orang-orang Dutch.

Banyak tarikan negara Belanda. Antaranya bunga tulip di musim bunga, kincir angin, terompah kayu, keju, muzium dan jutaan basikal. Teruja saya melihat rumah-rumah comel dihiasi cantik halamannya. Terusan-terusan air-nya penuh dengan bot-bot kecil.

ribuan basikal di kota Amsterdam

kota Amsterdam. Lebih basikal dari motokar.
Netherland, negara berfahaman liberal. Liberal bermakna 'strong support for freedom of choice and individualism'. Maka dengan itu tarikan unik seperti 'red light district' yang menghalalkan pelacuran sangat maju bisnes-nya. Kanabis dijual secara 'halal' hinggakan lollypop berperisa kanabis ada dijual di atas meja berhampiran cash-register machine.

Madame Tussaud of Amsterdam

kedai kebab halal

Tidak sukar mencari makanan halal di Amsterdam. Kami makan kebab di sebuah kedai makan Arab. Sukar juga terserempak dengan rakyat Malaysia di Amsterdam. Yang kami jumpa bangsa Asia adalah rakyat-rakyat Indonesia. Kaum minoriti Islam adalah dari kaum Arab Algeria dan Turki.

sex museum - kebanggaan Amsterdam

Belanda antara negara terkaya di dalam dunia. Apa yang menyebabkan ianya kaya ya? Antaranya ekonomi utama-nya adalah pemprosesan makanan, bahan kimia, pemprosesan petroleum dan pembuatan jentera elektrik. Kalau macam tu, kita pun boleh kaya macam Belanda. Kita pun menjana ekonomi lebih kurang macam mereka juga...

10 comments:

Tokyo BLUE said...

salam kenal.. bestnye.. tunggu la tahun depan saya g sane! yey

Anonymous said...

a'kum kak,
Saya student kat edinburgh. Just nak tanya akak pi tour ikut pakej ke? kalau tak keberatan boleh tak share info pasal penginapan n pengangkutan ni.
ada rancangan utk membawa keluarga berjalan2.
Terima kasih
Nina

naha said...

Assalaualaikum.
Wah menariknya. Ni lain kali kalau kami sekeluarga nak gi bolehlah mintak tips ya.

MULAN said...

waaahhh.. seronoknya kembara ke eropah...

Mimi Amilia said...

kak zlaa,

kita leh kaya cam belanda.masalahnya..kerajaan kita ni suka berbelanja yg ntah apa2..

bila la nak jalan2 amsterdam ni.asik transit jer kat airport dia.

ummufawwaz said...

cuti2 lg..
jauh tul perjalanan..sonok ye..
harap2 tahun depan bleh gi..:)

ZLAA said...

tokyo blue,

Salam. G mane tu? Amsterdam ke?

Salam Nina,

Kami ikut pakej. Nak senang dan dapat berehat dan bercuti. Orang dari edindurg ada 2 family pergi sama kami.

naha,

Waalaikumssalam wbt.

Bercuti memang best. Tapi, tak boleh selalu, nanti bangkrap.

ZLAA said...

mulan,

Memang seronok. Rasa macam nak pergi lagi.

mimi,

Cubalah pergi. Ambil cruise dari Hull atau New Castle pun boleh. Masa spring hari tu ada offer. 60GBP for 2 person.

ummufawwaz,

Cerita cuti belum habis lagi.

bimmer553 said...

hope you enjoy your holiday. singgah kat gassan tak ?.

LiLa said...

Assalamualaikum,
Kak Zlaa, Lila pun berkesempatan ke Amsterdam last 2 weeks... Pengalaman mengajar kita menghargai apa yang kita ada :)